Pages

Saturday, February 26, 2011

Bukti Anda Di Reject

Assalamualaikum....


Hari tue aku buat entry pasal tanda² lelaki tak nak berkahwin...kali nie aku buat entry pasal tanda² cinta kaum Adam di tolak pulak...info nie aku copy paste dari email yang di forwardkan oleh kakak ipar aku....baru fair kan ada entry pasal lelaki dan perempuan....sebagai perempuan info nie memang 100% betul...hehehe....

DALAM MENJALIN HUBUNGAN, ADA KALANYA KITA GAGAL MENEMUI TITIK KETIDAKSERASIAN BERSAMA PASANGAN. MUNGKIN MASALAH-MASALAH YANG TIMBUL JUGA MEMBUATKAN KITA MAHU MEMUTUSKAN PERHUBUNGAN. DI BAWAH INI ADALAH TANDA-TANDA WANITA MAHU MENJAUHI DIRI ANDA. JADI KEPADA LELAKI, INI ADALAH TANDA-TANDA YANG PERLU ANDA FAHAMI.

Berpura-pura masih cinta

Dia memang sudah lama mahu memutuskan perhubungan namun kerana anda masih mencintainya, dia masih meneruskannya. Tapi ada saja perkara-perkara yang dibuat menyakiti hati anda. Dia akan memanipulasi atau mempergunakan anda demi kepentingannya.

Dia Keluar Bersama Lelaki Lain

Anda sudah bersiap sedia untuk keluar bersama kawan-kawan, tiba-tiba dia menghubungi anda dan mengajak keluar bersamanya. Alasannya sangat biasa dan mahu anda bertemu juga. Namun ketika anda datang bertemunya, dia sedang duduk minum bersama lelaki dan bertanya adakah lelaki tersebut menyayanginya. Saat anda melihat adegan tersebut, sudah tentu hati anda hancur bukan!


Tidak mahu mengaku menjalin hubungan

Teman-teman melihat anda keluar ke sana ke mari dengannya, selain anda sendiri menyatakan perasaan suka dan berkongsi segala rasa duka bersamanya. Namun bila kawan-kawan bertanya adakah anda pasangannya, hanya anda saja yang menjawab ya sedangkan dia tidak menyatakannya langsung.

Mengkritik secara terbuka

Bila hati sudah tidak suka, akan timbul berbagai-bagai cara agar anda pergi jauh dari hidupnya. Namun mungkin disebabkan anda begitu mencintainya, anda masih mahu menunggu dia sebagai kekasih.

Tetapi satu yang harus anda belajar, apabila dia sudah mula mengkritik anda secara terus terang baik di hadapan kawan-kawannya atau kawan-kawan anda, itu satu petanda bahawa dia memang sudah tidak dapat menerima anda lagi. Apa yang harus anda buat, ialah putuskan hubungan agar anda tidak dimalukan. Wanita boleh dicari, jangan biar maruah anda diperkotak-katikkan di hadapan umum.

Tidak bersuara langsung

Jika dia masih berbicara itu tandanya dia masih mahu meneruskan hubungan dengan anda meski pun hatinya tidak suka. Namun jika dia melakukan protes secara senyap itu satu petanda, dia memang tidak sukakan anda lagi. Itu adalah tanda terakhir yang perlu anda fahami. Bayangkan anda bercakap dengan orang bisu, sudah tentu susah berkomunikasi bukan!

Terlalu emosi

Lelaki memang kurang menggemari wanita yang suka menangis dan emosi. Bagi mereka, menangis adalah satu bentuk kelemahan dan mereka tidak tahu cara memujuk yang sebenarnya. Jadi wanita selalu menggunakan emosi ini terutama air mata sebagai benteng terakhir mereka sama ada untuk mempertahankan diri atau mahu melepaskan diri.

Lelaki pula sangat pantang bila melihat wanita menangis. Jadi awas, kalau wanita sudah sampai mengeluarkan air mata meminta hubungan itu diputuskan, itu tandanya dia tidak mahukan anda lagi.

Dia berusaha mencari kenalan baru Dalam diam, dia mencari kenalan baru yang dikatakan lebih serasi dengannya. Ia satu alasan untuk tidak lagi bertemu anda. Lebih teruk lagi, jika dia cuba mendekati kawan baik. Kalau itu yang terjadi, anda sudah tahu bahawa dia sudah tidak menginginkan anda.

Tidak mengangkat telefon

Kalau sebelum ini dia memprotes dengan tidak bersuara , kali ini dia menyembunyikan diri dan tidak mengangkat sebarang panggilan dari anda. Dia lebih senang mendiamkan diri sedangkan anda berasa sangat risau. Kalau ini yang terjadi, anda faham sajalah maksudnya.

Minta lelaki lain belanja

Bayangkan situasi ini, teman wanita anda meminta lelaki lain membelanja dirinya minum sedangkan anda ada ketika itu. Dia memang sengaja berbuat demikian bagi menyakiti hati anda. Kalau anda sudah dimalukan begitu, anggap sajalah hubungan anda berakhir di situ sahaja.
Blogger Templates

Mari Buat Pilihan

Assalamualaikum.....


Meh kita rilek santai....pilih yang mana satu kite di kategorikan...tapi yang last sekali tue memang buat aku gelak jugaklah...nasib baik itu bukan aku...kehkehkehkeh....
Blogger Templates

Friday, February 25, 2011

Pemilik Sandal

Assalamualaikum....

Siapakah pemilik sandal comel nie...nie sandal anak buah aku tapi aku tak tahulah sandal anak buah aku yang mana....geram je tengok...

Gambar hawai lagi tue....

Sama ada ini budak yang punya atau.....

Ini budak yang punya....

>>>Pape pun aku suka tengok barangan budak² kecik nie...comel sungguh...
Blogger Templates

Jumaat

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah masih di beri kesihatan yang baik kepada aku untuk meneruskan langkah mencari sesuap nasi....cuma mata aku nie je yang mengantuk sebab malam tadi payah benau nak tido...mata pun dah sembab je nie...

>>>Ari senin aku ambik cuti....so far alhamdulillah aku belum ambik mc lagi..cume EL bulan satu sebab ada kematian...then ari senin nie ada hal peribadi yang mesti di uruskan....
Blogger Templates

Thursday, February 24, 2011

White Coffee Tesco

Assalamualaikum.....

Tengok air white coffee nie nampak sedap kan...tapi rasa dia lagi sedap....rasa lemak²....memang bestlah rasa dia....


Penuh buih....

Even aku dah kacau pun cepat je buih dia kuar...

Inilah sachetnya....brand tesco...harga dalam RM11++...tapi kalau rajin survey boleh dapat lagi murah....
Blogger Templates

Short Story Je

Assalamualaikum....

Aku belum pernah buat short story....event by event or date by date...so sesaja nak try buat entry short story without picture...kesah yang aku memang tak boleh lupalah dalam hidup aku...nak tulis panjang² no idea nk kelengtong...hahaha...my blog is true story k...

Kisah 1 :

Masa nie anak buah aku Muqri ikut aku naik bilik aku....ini budak memang suka ikut aku masuk bilik aku sebab nak mengemas....lepak punya lepak...lepas tue aku nak offkan lah kipas syiling aku guna remote...so dengan berhemah aku tekanlah button off...lepas tue aku pun campaklah remote tue ke tilam aku...tak lama lepas tue anak buah aku Muqri pun meniru gaya aku dengan mencampak kan handset aku dengan lambungan ke atas....aku tak dapat nak selamatkan handset aku....terus berderai keluar bateri ngan keychain phone aku....ternganga melopong aku tengok...aku tak perasan betul dia tengah pegang handset aku....yang aku sedih tue bila dia membuat lambungan siap dengan sorakan horreynye...aduhaiiii...tak tergamak aku nak marahkan anak buah aku tue...aku jadi nak gelak plak...lepas tue tahu plak dia hulurkan handset aku yang berderai tue satu² kat aku...dengan penuh lemah lembut....hahahhaha...memang masa tue aku tak jadi nak marah...bertambah² sayang lagi adalah...kahkahkahkah...sekarang nie handset aku dah jadi sedikit bengong...moral of the story...janganlah beraksi ganas di hadapan kanak²....

Kisah 2 :

Semalam aku balik² je aku tengok adik aku Wiyah tengah baring...mak aku plak kat sebelah dia tengah usap²....rupanya dia demam....aku pun tanya lah mak aku...mak aku pun citelah...masa tengah tunggu adik aku Ain ambik dia dari sekolah, dia tengah menangis kat pondok menunggu...sampailah balik rumah dia menangis...bila mak aku tnya dia cakap badan dia sakit²...rupanya badan dia sakit sebab sandang beg sekolah yang lagi besar dari dia...buku banyak plak tue....dia nie pun satu hal...mak aku dah beli beg tarik tue dia dok sibuk nak ikut kawan pakai beg sandang...dah badan terus panas...lepas tue badan sakit²...langusng tak boleh usik..so mak aku pun buat kesimpulan mungkin adik aku tergeliat kot masa nak angkat beg...eeeee...seram plak aku bayang kan...malam tadi masa dia nak pegi kencing mak aku tengok ada lebam sikit kat bahagian tepi kat pinggang...pegi klinik...sampai je kat klinik dia terus muntah kat mak aku....dah satu hal lagi...bila jumpa doktor, doktor cakap tak de pape....sakit sendi je....nasib baik tak de pape...aku dah risau dah....doktor pun bagi lah ubat...ari nie dia m.c...
Blogger Templates

Apa Maksud Bahlol

Assalamualaikum....

Pepagi nie aku nak share cite dengan korang yang aku rasa memang boleh jadi pengajaran pada kita semua...

Dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. Tahukah kengkawan siapakah bahlol yg sebenarnya?? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. 

Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri.

Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni..

Kisah 1:

Masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira² ganda² la panas dari kita yg duduk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulama, solat beramai-ramai tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening khalifah masa tu. Dipanggillah menteri dia mengadap.


"Hah, habis ulama dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat minta hujan!"

Bahlol pun pergilah ke masjid. Masa tu ramai dah yang ikut berkumpul. Nak solat minta hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni. Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia minta...

"Ya Allah, turunkan lah hujan".

Tak ada solat apa pun. Hujan tiba² turun dengan lebat. Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

Kisah 2:


Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar-Rashid jalan² dgn isterinya Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat. Zubaidah ni pun tanya,

“Buat apa tu Bahlol?”

“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.


Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit itu ke dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.

Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya.

“Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yang tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”

Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”

“Boleh!” jawab Bahlol
“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"


Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?

>>>Tersirat betul maknanye...aku pun tak faham...

Blogger Templates

Wednesday, February 23, 2011

Malware Di Blog Nafira

Assalamualaikum....

Masih ada lagi blog kengkawan yang aku tak dapat masuk...tak tahu nak bagitahu macam mana so aku kenalah buat entry...nasib korang masuk baca...tahulah korang kenapa aku dah lama tak terjah blog korang...

Nie haah...dak antu malware nie menyerang blog orang sesuka dia je...syuh syuh syuh...g jejauh...hehehe...macam halau anak ayam je..kalau lah nk terminate virus tue macam halau anak ayam kan best...

>>>Aku nak baca entry dia pasal Mam Ikan Besar Lagi Versi Stim...bab makan nie memang aku suka...suka tengok gambar...


Blogger Templates

Kalau Berpacaran Versi Anak Buah Aku

Assalamualaikum....

Kalau dengar lagu Kalau Berpacaran nyanyian Meor Hassan, Anna Raffali ngan Altimet sure aku teringat anak buah aku sorang nie....satu² nye anak buah aku lelaki...eh bukan...rupa²nya anak buah aku yang lelaki ada dua orang....

Yang sorang tue dah sekolah dah...dah darjah 5 dah...anak abang aku yang sulong dengan bekas bini dia yang pertama...a'ahlah..baru aku tersedar....hehe...sebab anak buah aku tue tak duduk sekali kan..tue yang kekadang lupa...

Nama dia Mohd Danish Zikry...abang aku berpisah masa umur Danish nie 2 tahun...sedihkan...kecik² lagi mak bapak dah berpisah...apa nak buat...dah sampai situ je jodohnya...

Tapi alhamdulillah sekarang nie...perkahwinan kedua abang aku dah pun mendapat dua cahaya mata perempuan...Balqis ngan Nurin...okey...lain aku nak cite sebenarnya...tapi lain plak yang aku cite...

Nie versi asal lagu Kalau Berpacaran...

Boleh pandang²,
Jangan pegang²,
Duduk renggang²,
Bertambah sayang,

Biar malu²,
Biar segan²,
Kerna malu itu perisai orang beriman.


Tapi nie versi anak buah aku...

Boyeh andang²,
angan egang²,
dok enggang²
ambah ayang (masa nie suara dia kuat),

Bia balu²,
Bia egan²,
(sampai sini dia stop sebab panjang sangat liriknya...hehe...)
Blogger Templates

Kena Faham Lenggok Bahasa Orang Lelaki

Assalamualaikum.....

Ini peringatan untuk gadis² yang belum berkahwin...sesungguhnya kita kena alert akan lenggok bahasa orang lelaki....meh baca meh...

Ramai lelaki menolak bila diajak bicara soal perkahwinan kerana merasakan diri belum bersedia untuk melangkah ke fasa itu. Alasan belum bersedia dengan tanggungjawab, duit belum cukup dan masih belum puas membujang adalah yang sering didengar. Akan tetapi selain alasan ‘rasmi’ itu masih ada banyak lagi. Antaranya seperti di bawah ini.

1. Soal anak

Ini alasan dangkal yang mungkin diberi lelaki yang memang belum bersedia ke alam perkahwinan. Bermakna mereka belum bersedia memikul tanggungjawab berat dan juga komitmen.

2. Anda anak emak

Dia menyukai masakan ibu anda, menjadikan ayah anda yang berkarisma sebagai idolanya, dia juga rapat dengan abang anda namun dia belum bersedia untuk memilih anda sebagai isterinya. Kalau lelaki memberi alasan anda anak emak, itu cuma dalihnya untuk tidak masuk ke gerbang perkahwinan.

3. Tidak serius

Bila ditanya adakah dia mencintai anda, dia menjawab ya. Namun bila diajukan soal perkahwinan, dia seperti belut yang licin, asyik mengelak dan terlepas. Jika lelaki ini yang ditemui, anda mungkin perlu menunggunya lebih lama untuk hubungan yang lebih serius.

4. Anda memberi tekanan kepadanya

Dalam menjalin hubungan, wanita akan mengimpikan ia akan berakhir dengan perkahwinan. Tidak hairanlah seorang lelaki itu sering diajukan soal perkahwinan. Namun bila anda berbicara soal ini, dia menyatakan bahawa anda memberi tekanan kepadanya maka anda harus terima kenyataan lelaki itu bukan yang terbaik untuk anda.

5.Anda berhutang sesuatu

Memang ramai lelaki yang suka menabur janji manis demi memikat hati tetapi kesannya mungkin tidak seperti yang difikirkan. Kalau seorang lelaki itu selalu berjanji dan amat sukar menunaikannya, itu satu petanda bahawa dia bukan serius dalam perhubungan. Anda mungkin bukan satu-satunya wanita yang ditaburi janji.

6. Kata-kata tidak diterima akal

Sesetengah orang beranggapan, perkahwinan sesuatu yang membebankan. Maka golongan ini akan sering memberi pelbagai alasan tentang perkahwinan terutama yang tidak masuk dek akal. Jika inilah yang terjadi, janganlah terlalu berharap, takut nanti anda akan kecewa tentang ilusi sebuah perkahwinan.

7. Mahu mengenali keluarga dahulu

Memang logik jika dia memberitahu mahu mengenali keluarga anda dahulu tetapi sangat tidak logik, jika ia mengambil masa yang lama. Ia mungkin satu alasan mereka lagi.

8. Terikut rakan

Adat manusia, bahagia bila melihat orang lain bercinta. Lantas diri mahu melakukan perkara yang sama walaupun sebenarnya tidak serius. Mereka hanya mengikut rakan. Jadi fikir-fikirkanlah apa kesudahannya lelaki begini.

9. Bercinta lebih seronok dari berkahwin

Ini antara alasan kurang matang bagi lelaki yang takutkan komitmen perkahwinan. Bagi mereka, perkahwinan bermakna satu kongkongan dan jika ditakdirkan bercerai maka diri akan trauma. Lain kalau cuma bercinta, selepas putus boleh terus cari pasangan baru.

10. Anda gadis manis

Memilih isteri bukan seperti memilih ikan di pasar. Tunjuk dan bawa balik ke rumah. Tetapi kalau dia menganggap anda hanya gadis manis dan sekadar kawan biasa, jangan terlalu mengharap. Ini antara alasan lapuk lelaki yang takutkan komitmen perkahwinan.

Blogger Templates

Kete Aku Hilang

Assalamualaikum.....

Korang penah kehilangan barang tersayang tak...sure penah kan....ape korang rasa...meh kongsi pengalaman dan perasaan ngan aku...sebab aku pun nak berkongsi pengalaman dan perasaan aku kehilangan barang tersayang....

Kejadian nie berlaku malam ke pagi tadi.....masa tue aku ngan member aku Imah baru balik keje...so ktorang nak pegi punchcard....tapi bila tengok ramai sangat tengah punch...dah tue aku tengok member aku Salina dah pegang punchcard ktorang....

Bila dah tengok tue aku ngan Imah pun teruslah tuju ke kete aku nak balik....sampai² je kat kete aku terkejut beb bila tengok kete aku kena pecah...bumbung dah tak de...tayar aku dah kena tukar ngan tayar lagi besar...kete aku kecik je...uwaaaaaaaaaaaaaa...

Sport rim pun dia tukar sekali....aku baru je tukar tayar bulan lepas.....uwaaaaaaaaa....seat belakang pun dia copet jugak....durjana batul....aku dah terkedu masa tue...tak tahu nak buat ape...ade dua orang lelaki kat situ pun just tengok je aku tergamam....

Yang aku herannya tue...macam mana aku boleh balik sama ngan Imah sedangkan kitaorang keje tempat yang berlainan....dan yang lagi satu peliknya...kawan aku Salina tue sebenarnya dah lama aku tak jumpa...kehkehkeh....

Nasib baik sume tue hanya mimpi sahaja...walaupun sekadar mimpi...aku dapat rasakan perasaan hampa bila kehilangan barang tersayang....memang sadis....harap² mimpi tue tak jadi kenyataan....my savvy....aku sayang my savvy....

>>>Mimpi banyak tafsirannya....
Blogger Templates

Tuesday, February 22, 2011

Idam Ayam Goreng McD Dapat.....???

Assalamualaikum....

Semalam aku dok ngidam ayam McD....entry nie.....sekali baru je dok abis update entry pasal tue...tetiba ade pakcik kat opis aku nie bagi aku bungkusan nie...kertas bungkusan McD....ffuuuhhhhh...masa tue ucap syukur sangat....

Dalam kepala otak aku dok terbayangkan 2 ekor ketul ayam goreng yang aku idamkan tue...dok menari² dalam paper bag tue....lepas jugak ngidam aku walaupun aku agak² je isi dalam paper bag tue...


Paper bag nie comel..aku simpan buat koleksi.....nak tahu isi dalam nye....

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

Lain dari sangkaan aku.... :(...tapi alhamdulillah...ada jugak orang nk belanja kan kan kan kan...

Ape beza sos cili kat atas nie...KFC tak kuarkan kan sos cili sendiri ke erk macam McD...

Sorrylah...terus ngap pada pukul 0915 malam...hehehe....
Blogger Templates

Pemergian Tahun Ke-19 Allahyarham Datuk Sudirman Haji Arshad

Assalamualaikum....


Sapa tak kenal Datuk Sudirman Haji Arshad....seorang penghibur nombor satu Asia di zaman kegemilangan dia dulu....rupanya hari nie adalah tahun ke-19 pemergian beliau...satu kehilangan besar dalam industri hiburan Malaysia...

Masa zaman dia nie aku sekolah rendah lagi...so tak dalah kenal sangat atau erti kata lain tak dalah ambil pot sangat dengan kegemilangan dia nie...tapi pada aku...lagu² dia memang masih diminati sehingga sekarang....

Dengar banyak kali pun tak jemu...tak macam lagu sekarang nie...itulah aura lagu dan suara Sudirman....aku suka lagu dia Salam Terakhir, Warisan, Balik Kampung, Apa Khabar Orang Kampung, Penganggur dan banyak lagilah....

Kecemerlangan beliau memang tak de artis masa kini yang dapat tandingi...beliau jugak kreatif dalam membuat persembahan...dia jugak artis yang berani buat konsert free untuk peminat² dia kat Chow Kit Road...memang ramai wooo datang....

>>>Al-Fatihah untuk Alllahyarham Datuk Sudirman haji Arshad.....
Blogger Templates

Mata Hitam Bertukae Ke $$$$$$$

Assalamualaikum....



Sejak dua menjak menyertai heartbeat nie...$$$$$$$ (kira ada bape ringgit sign tue) pun cepat nau jalannya....click banner je terus dapat sen..RM0.04...walaupun sikit tapi kalau sehari orang click banyak² tak ke dapat cecah hinggit².....

Berlainan ngan hari² sebelum nie....selalunya aku bergantung pada click banner je...itu pun kalau ada orang sudi click....baru lah sennya jalan...tapi bila tengok ada naik RM2 kat coloumn refer friend to register....alhamdulillah....

>>>Aku click korang nya HB jugak tau tapi aku click senyap² je...
Blogger Templates

Monday, February 21, 2011

Oh Ayam McD

Assalamualaikum...

Ko buat aku terliur....

Mengidam time sudah sampai dalam diri aku nie...addoooiiyayyyy...dah bape ari dok terpikirkan ayam goreng McD nie....dok terbayangkan kerak² dia yang sangat rangup di makan...alamak...terliur dah nie....

Aku nak makan kat McD BRP jugak....sebab kat situ memang sedap ayam dia compare ngan kat Tesco Puchong...hehehe....keciwa betul bila ayam yang aku beli kat McD Tesco Puchong berlainan dengan kat McD BRP nie...

>>>Kekadang aku nie cerewet jugak tang makanan nie...dan kekadang aku sendiri tak faham dengan selera aku....BRP stand for Bukit Rahman Putra....
Blogger Templates

Faceblog

Assalamualaikum.....

Click --> Faceblog....

Tadi jenjalan blog member...sekali terjumpa entry berkenaan ini...terus menjoinkan diri...so ape lagi jomlah kite hangatkan faceblog nie...
Blogger Templates

Give Away Dari Magrib

Assalamualaikum.....

Ini entry pertama untuk hari ini...nak join GA dari Magrib...katanya ini contest pertama dia sebab dia nak sangat bagi orang hadiah....mudah²an murahlah rezeki ko ye Magrib....aminnnn...sesapa nak join jom lah..senang je...korang pegi blog dia tahulah cara²nye...


Click --> Give Away Dari Magrib.....close date on 28.02.2011

Nak tag : Imah
Blogger Templates

Saturday, February 19, 2011

Bila Budak Baru Sampai

Assalamualaikum...

Nama dia Zaharah @ Ara...

Kat opis aku ada budak baru keje...hehehe...bahagian HR & Admin...budak lagi...baru 21 tahun...comey je budak nye....kecik² molek gitu....aku rasa dia belum ada pengalaman keje lagi kot....so banyak yang dia perlu belajar....

Nampak budaknya patuh pada arahan....lemah lembut je....tapi suara dia ala² kartun....masa aku tengah ngumpat dia nie...dia tengah belajau menaip guna typewriter...hikhik...boleh aku jadi otai kejap...berlagak ganster sikit....kahkahkah....

Haiissshh...aku tak de lah sampai nak buli ke...nak ragging ke....itu bukan budaya yang di terap dalam diri aku....bila tengok budak baru nie aku teringat diri aku di kala baru masuk keje...aku pun zer0 knowledge pasal hal ehwal opis nie....

Kekadang aku pelik jugak pasal mereka² yang kedekut ilmu atau dalam erti kata lain tak nak menolong ajar orang yang baru....ilmu bukan boleh bawak mana pun...sebar²lah kan...itu kan sifat rasul kita...menyampaikan....

Aku nie ada sikit nakal...bila ada budak baru....aku akan jadi sombong sikit...maknanya aku tak kan tegur dulu budak baru tue...buatlah ala² ko senior tahap tertinggi kan....buat muka ala² ko nie seorang yang serius....no joking²...

Tapi bila dah lama²....baru aku akan tunjukka sikap peramah aku....baru aku tunjukkan yang aku nie pun sengal (member aku yang cakap) jugak....masa tue lah ko nak cop aku ape ke aku tak kesah....hehehe...

>>>Aku sentiasa ingatkan diri aku supaya jangan jadi seorang yang sombong dan kedekut ilmu...
Blogger Templates

Masa Mula² Ada Blog

Assalamualaikum.....


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Kalau salah tolong tunjukkan

Biasa sangat dengan pantun nie...selalu di gunakan untuk orang² baru tak kiralah dari segi apa pun...mesti pantun nielah yang akan bermain di bibir orang..(ceh bibir gitu)....ini aku nak cite sikit perihal aku masa baru² ada blog.....

Hari sabtu nie kering idea nak buat entry...kalau cicah biskut hup seng ngan air milo....rasa²nye memang terus ada ide nak buat entry...makanan masa dok hostel...tengah malam tak da nak buat apa kan...bancuh milo makan dengan biskut hup seng....

Masa mula² dok blogwalking blog orang...pertama-tama aku tengok followers blog tersebut...wow 100++, wow 200+, wow 300+, woow 500++, woooow 1k++...perghhhh dasat betul dorang nie...banyak peminat...

So aku terpikir dalam kepala otak aku..."rasa² boleh ke aku punye followers cecah beratus²"...tapi semua tue tak jadi hal...aku terus menapak setapak dua tapak tiga tapak....lama² kelamaan followers aku bertambah....

Bila tengok followers bertambah dalam hati ade berkata jugak..."ada jugak orang nak follow cite aku....alhamdulillah...boleh share² cite"....maknanye aku bukanlah syok sendiri untuk menulis...ada yang suka...ada yang tak suka...

Aku bertanya jugak ape perasaan dorang bila dapat followers ratus²...ribu²...puluh² ribu...best ke erk..??korang rasa ape erk..??bila followers aku dah cecah 339 nie aku rasa heppy jugaklah...tapi yang aku takut bila aku tak dapat maintain follow entry korang....

Nak glemer sekelip mata senang je...tapi nak memaintainkan kepopularan tue yang payah tue...ibarat nak jadi artis evergreen....pape pun terima kasih pada korang yang sudi follow cite ini budak yang suka makan biskut marry coklat cicah milo...

>>>Semalam masa makan kat Kafe Labu Labi Saujana jumpa Herman Tino...kalau kak ipar aku tak cakap itu Herman Tino...sampai sudah aku tak tahu...hikshiks...
Blogger Templates

Happy Birthday Dak Ijad

Assalamualaikum.....

Hari nie 19 February 2011....hampir² lupa ari nie b'day anak buah aku sorang nie...anak sepupu aku tapi teramat rapat ngan ktorang...sebab masa mak dia pantang kan dia....dia di jaga oleh ktorang....

Dah darjah 5 dah budak Ijad nie....besar dah....kalau tengok memang manja ngan ktorang...asal cuti sekolah sure nak duduk ngan atuk wan (mak & bapak aku) kat kampung...manja² pun...baran jugak dia nie.....

>>>Nak wish semoga diberkati hidup dunia akhirat....sehat² sentiasa....aminnnn....


Dak Ijad....


Dengan kakak dia Dak Atun....selalu bergaduh tapi bila sorang tak de tahu plak rindu...
Blogger Templates

Friday, February 18, 2011

Blog BH Di serang Malware

Assalamualaikum....


Malas nak edit gambar atas nie....masih ada lagi blog kengkawan yang di serang malware....ini yang sempat aku print screen...blog Bidadari Hijau a.k.a BH...sebenarnya masih ada lagi beberapa blog yang aku tak boleh masuk....

>>>Bila jadi cam nie...rasa tak syok nak blogwalking....
Blogger Templates

Fuhhh (ala² Awal Ashaari)

Assalamualaikum....


Fuuuuuuuh...lega keje dah settle dengan baiknya...tak de keje yang tertunggak sangat....simpan untuk esok plak...kang esok tak de keje kang melanguk je depan pc...kekadang asik² online pun bosan jugak...

>>>Hati banyak gumbira...sampai ke petang aku masih tersenyum...:)
Blogger Templates

Senyum Seindah Suria

Assalamualaikum....

"Senyum tak perlu kata apa-apa"

@

Senyum seindah suria
Yang membawa cahaya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri

Senyuuuum kepada semua
Senyumanmu...amatlah berharga
Senyuuuumm...membawa harapan
nananananana (aku lupa)
Blogger Templates

Thursday, February 17, 2011

Contest Sempena 3 Series : Ayurashidah

Assalamualaikum....

Terima kasih bebanyak pada Cik Izah sebab tak lupa tag aku untuk join kontest....walaupun ktorg belum penah bersua muka dan hati tapi naluri "kekawanan" tue kuat....hehe...okey...aku nak settlekan ini contest....


Klik kat wording tue je...korang akan terus ke blog empunya yang anjurkan contest nie....due contest nie 25.02.2011...tapi bukan buta² je nak join contest nie...korang kena buat ucapan untuk ibu korang sendiri...hadiah dia menarik beb...

Okey nie ucapan aku untuk mak aku...jangan plak korang gelak kan aku....aku tak pandai berpuitis bagai...

Aku dilahirkan oleh seorang perempuan,
Aku di belai oleh seorang perempuan,
Aku di manjakan oleh seorang perempuan,
Aku di pukul juga oleh seorang perempuan,

Teringat lagi getah paip singgah di badanku,
Terbayang-bayang lagi senduk kayu hinggap di tanganku,
Terngiyang-ngiyang lagi bebelanmu hingga ke saat ini,
Hanya untuk membentuk aku,

Walaupun begitu anakmu ini tidak pernah berdendam,
Apatah lagi untuk membalas segala kekasaran mu itu,
Jauh sekali membuang kamu dari diari hidup ini,
Akan tetap aku jaga kamu sampai akhir hayat,

Andai kata ada yang bertanya sapa dalam hatiku,
Siapa yang terus-terusan dalam hatiku,
Siapa yang paling aku sayang,
Aku akan tetap menjawab orang itu adalah MAK,
Tidak akan berubah walaupun masa berlalu.
'Akak sayang mak..'

Dah langsai ucapan tue meh kita tag orang pulak...aku nak tag :
Blogger Templates