Assalamualaikum......
Setelah hampir sebulan kita melangkah ke bulan baru dalam tahun 2012 nie...memang tak banyak yang boleh di ceritakan untuk santapan umum...lagi² plak masih hijau lagi ceritera kita di tahun 2012 nie...
Walaupun masih baru tapi semua orang sure mengharapkan sesuatu yang terbaik akan sentiasa mengelilingi hidup mereka....doa akan sentiasa mengiringi jalan hidup kita.....tetapi Allah maha mengetahui segala²nya....
Setiap doa yang kita pohon ada yang sudah termakbul dan ade jugak yang masih belum termakbul² lagi....doa yang masih belum termakbul inilah yang membuatkan kita rasa seperti masih diuji keimanan diri oleh Allah s.w.t.....
Tahu tak kita bahawa Allah sedang menguji ketabahan, kesabaran diri kita untuk menghadapi hari² mendatang....jangan sesekali kita merungut kerana ada pelangi yang akan menanti kita untuk mewarnai hidup kita....
Dalam hidup aku...pada umur lewat 20-an inilah aku di uji dengan pelbagai dugaan....sebagai manusia yang lemah ada kalanya aku rasa seperti nak jatuh bila menghadapinya...air mata dah berbesen² aku tadah...
Kesabaran yang aku tanggung adakalanya buat aku rasa mempertikaikan ujian Allah ini...rasa seperti tidak di sayangi....tapi alhamdulillah berkat dorongan orang terdekat buat aku melafazkan ayat taubat tanda kekesalan yang mendalam....
Di tahun baru ini ada beberapa perkara yang buat aku rasa bahagia....tapi dalam aku tersenyum...aku masih trauma dengan dugaan yang bakal menjelma untuk aku lalui...takut aku rebah...tewas...
Sehinggakan aku rasa takut untuk tersenyum....seolah² tiada senyuman yang akan terukir.....aku mengharapkan sesuatu yang baik pada tahun nie...semoga bahagia milik aku....dugaan mengajar aku kematangan...
~ zura ~