Pages

Thursday, November 25, 2010

Merawat Penyakit Hati

Meh merawat penyakit hati

Pertama;
Jangan banyak berbicara yang lara, hanya pada perkara yang perlu.

Kedua:
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa wajib ramadhan.

Ketiga:
Selalu mengingat Allah SWT. Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu
seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam,
dan lain-lain. Selain zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan
kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas murka Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

Keempat:
Bergaul dengan orang-orang yang soleh. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat samada disedari atau tidak telah kita lakukan. Tetapi apabila kita bergaul dengan orang soleh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya. Hati yang baik dan jujur adalah lebih baik dari segalanya. Dan orang yang paling pandai bermuka-muka di dunia ini, adalah orang yang busuk hatinya.

Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuh, daging itu ialah hati," (HR Bukhari & Muslim)



Free Signature Generator

6 comments:

  1. penyakit hati mmg penyakit yg parah..

    ReplyDelete
  2. Hati ..memang payah nak jaga..
    nak ubat lagi mencabar..
    namun kalau dalam berkumpulan/berjemaah dan saling ingat-mengingati..insyaAllah akan ..sembuh..

    ReplyDelete
  3. semoga kita sentiasa mengawal penyakit tu dari menjengah diri kita...

    ReplyDelete
  4. sentiasa mengingati allah jln terbaik...

    ReplyDelete
  5. kena pasang perisailah gamaknye dini...iaitu iman..

    ReplyDelete

Terima kasih dengan keprihatinan kawan² atas entry² dalam blog ini...komen dari kawan² amat saya hargai... :)