Pages

Friday, February 8, 2013

Tabiat Berbahaya


Assalamualaikum....

Tahukah anda bahawa mengorek telinga setiap hari boleh menyebabkan kerosakan pada gegendang telinga dan membawa kepada risiko telinga dijangkiti kulat dan bakteria yang boleh membuat anda pekak?

Biasa kita lihat ibu bapa menggunakan putik kapas untuk membersihkan tahi telinga anak-anak. Tetapi, sedarkah anda tindakan tersebut boleh mengakibatkan tahi telinga terbenam dan melecet. Selain itu, cebisan putik kapas akan tertinggal di dalam telinga atau kulit telinga akan terluka.

Agak sukar untuk kita mengelakkan diri daripada mengorek telinga.Ia sudah menjadi rutin dan mampu membuatkan kita khayal sekejap. Apa pun alasan, hentikan tabiat ini jika tak mahu gegendang telinga anda rosak kemudian hari.

Memang tahi telinga kotor dan menggelikan, pastinya kita kena ingat ia berfungsi sebagai pelindung.Lendir dan cecair yang ada dalamnya menyekat kemasukan serangga dan kotoran debu. Kerana itulah kita dilarang mengorek telinga kerana risau akan menyebabkan luka. Telinga yang sudah luka akan mudah dijangkiti bakteria dan kulat.



Tadi jenjalanlah kat blog member²...pastu terjumpa blog nie...ralit jugak baca macam² cerita kat blog nie...pastu terjumpe artikel nie...terus buat entry tuk sebagai peringatan pada diri aku...satu tabiat aku ialah membersihkan lubang telinga...mengorek tue macam buruk nau bunyinya...hahaha

Boleh di katakan setiap hari jugak aku bersihkan dalam telinga aku nie...gune putik kapas....walaupun aku akui bahayanya guna putik kapas masa membersihkan dalam telinga tapi dek karana boleh mengkhayalkan sekejap aku teruskan....

Pernah satu masa dulu....kejadian kat opis...tetiba telinga aku berdenyut...terus aku mintak balik umah...ambik halfday.....sebelum pergi check doktor tue aku terpaksa menahan denyutan yang amat sangat kat telinga nie...

Memang sakit sangat...lepas tue baru bapak aku bawak aku pegi klinik....itu pun aku dah menangis²....aku ajak jugak bapak aku pergi klinik...sampai je memang ada jangkitan kuman...doktor tue check dan terus bagi aku m.c keesokan harinya sebab dia tengok muka aku lemah....

Lepas kejadian tue terus aku berhati² bila nak bersihkan telinga...aku jarang²kan tabiat tue....kekadang bukan ada taik telinga sangat pun tapi lebih kepada gatal²...almaklumlah...aku nie kan pengidap resdung...makan salah sikit dah gatal²...

 Jom join says.com & blingd untuk jana pendapatan sambil berFB

~ zura ~

12 comments:

  1. aku baru - baru gi check kat doktor sbb tonsil aku sokmo la bengkak and kena infection
    rupa2nya doc diagnosis aku ni ade resdung
    cais!
    beria2 aku kate laki aku
    aku pun sama
    so then sama mcm ko
    mkn benda tetiba idung gatal
    tpi rasanya dah worse kot sbb tonsil manjang bengkak

    ReplyDelete
  2. haah kan~ ade gak terbaca pasal bahaya korek telinga nih.. tapi bila time gatal tuh.. tak tertahan rasanye~

    ReplyDelete
  3. betul2.xboleh jgk korek hari2..bahaya..

    ReplyDelete
  4. akak percaya tak sha sebulan sekali nak korek telinga pun payah..kekadang smpai berbulan tak korek..hahaha..betull..kawan sha kata sha gile biar telinga tak berkorek lama..masalahnye taik telinga sha jenis kering..kalau korek kena guna pengorek yg besi tu..selalu kalau sha bersihkan pun time die dah kuar serpih2 kat luar lubang telinga..:P

    ReplyDelete
  5. bahaya kalau tertolak tolak taik kelinag ke dalam makin banyak lak berkumpul jadi keras..

    ReplyDelete
  6. salam ra..jemput dtg ke rumah baru aku :)

    ReplyDelete
  7. sbb gatal je nafira...bkn sbb ape pun...

    ReplyDelete
  8. kena jarang2 kan kalau nk korek telinga nie amy...bahaya..

    ReplyDelete
  9. sbb tue xd galakkan korek telinga selalu dkna...

    ReplyDelete

Terima kasih dengan keprihatinan kawan² atas entry² dalam blog ini...komen dari kawan² amat saya hargai... :)