Assalamualaikum.....
Aku nak sharekan sikit information untuk anak-anak yang suka duduk dalam posisi W termasuklah anak aku...hehehe...kena bertindak dari sekarang nie....
Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain. Adakah ianya baik? Atau sebaliknya. Teruskan pembacaan anda.
Bila bermain dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.
Duduk-W tidak digalakkan kepada semua anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.
Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?
Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan ini kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.
Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan keadaan berikut.
- Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai sejarah hip displasia.
- Jika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut.
- Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan.
Bagaimana nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi W
Salah satu cara efektif adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.
~ zura ~
No comments:
Post a Comment
Terima kasih dengan keprihatinan kawan² atas entry² dalam blog ini...komen dari kawan² amat saya hargai... :)