Pages

Tuesday, November 30, 2010

Episod Akhir Asmara

Assalamualaikum...




Sapa tengok cite nie...??Aku tak tengok cite nie pun...bkn maksud aku tak tengok langsung...tengok bila TERbukak je..tapi itu pun layan sekejap je...kekadang aku bertanya jgak jalan cite dia kat member opis...saje nak tahu...

Bila aku baca sinopsis dia sikit²...lepas tue tanye member aku sikit²...menarik jugak jalan cite dia....tapi dah lambat pun sebab malam nie episod last...tak pe..bleh tengok online kalau aku nak...kalau rase tetiba nak layan...

Di sebabkan malam nie episod last so aku ingat nak tengoklah...hehe...aku kan suke mengadap episod last...tapi kesian kat kawan dia lakonan Faralyna (suke tgk muke dia nie)....kenapa tajuk dia ASMARA...?nape letak nama ASMARA....?erm..


Free Signature Generator

Bukak² Je Ada Benda Alah Nie

Assalamualaikum....


Bukak² je dashboard dalam kete ternampaklah ini...2 puting anak buah aku...macam manalah boleh ada dalam kete aku...patutlah dok cari² kat umah tak de..ini kes masa aku pegi Ampang ambik anak sepupu aku berpantang di umah mak aku lepas bersunat...heeeiii...lupa nak kuarkan...bila nak tido mulalah mengamuk² puting tak de...

Free Signature Generator


Mentadak Mentadu Macam Mana Muqri Tido

Assalamualaikum....


Waaaaah...lenanya tido....mase nie aku tengah online ari Ahad...masa tengah online lah anak buah aku nie datang kat aku meleseh²...rupenya dia nak tumpang tido kat aku...dia kalau tido cm nielah gayanye...puting di mulut..lepas tue dia akan main² jari kita....


Free Signature Generator

Kali Nie Saja Ye Zana

Assalamualaikum.....

Kerenah anak buah aku dengan kucing...betullah anak kucing nie anak kepada kucing yang ktorg bela tue...di entry nie....sebab balik je semalam aku tengok ini budak sedang menyusu kat mak dia...mak dia yang bernama Genda....

Budak² sebenarnya tak elok pegang² kucing kan sebab bulu kucing boleh sebabkan asma...tapi dek kerana comel je tengok dia pegang macam tak jadi je nak marah..."tapi kali nie je ye Zana ko berpeluang main ngan kucing..lain kali..NO.."

Gambar² kat bawah nie adik aku snap sebab masa nie aku tengah memasak...puas adik aku Wiyah suruh tengok dia main kucing tapi malas nak layan...lagi pun perut dah lapa beb...buat nasi goreng je bukannya grand menu pun...





Manalah nak di bawaknya....


Manja plak kucing tue ngan dia...



Berani plak dia angkat...aku dh lama tak manja²kan kucing...semalam saje je angkat anak kucing nie...geram je tgk...



Free Signature Generator


Monday, November 29, 2010

Perlukah Asingkan Blog

Assalamualaikum....

Perlukah kita klasifikasikan blog...maksud aku di sini...perlukah kita kelas² kan blog² followers kita...even aku sendiri pun kelas²kan blog m'ber² aku....mungkin itu penting untuk kita bezakan follower kita nie berada di tahap mana....

Pada pendapat aku..kite mengelaskan blog² member kita bukanlah beerti kita meletakkan mereka di bawah atau di atas...mungkin untuk memudahkan kita untuk menambah blog di side bar bila ada follower baru....

Kebanyakan yang aku tengok...kita akan mengasingkan blog keluarga...blog artis popular....blog kawan rapat kita sendiri...barulah blog kawan alam maya....even aku sendiri pun buat macam tue...aku ada 5 group....

Aku beri keutamaan pada blog adik-beradik aku sendiri....blog kawan² yang aku kenal masa sekolah....blog kawan alam maya bagi perempuan dan lelaki...dan blog artis.....aku klasifikasikan sbb senang aku nak jengah umah korang...

>>>Kekadang aku sendiri lupa blog nie sapa punye blog nie sapa punye....hehehe...


Free Signature Generator

Sunday, November 28, 2010

Ena Dapat Baby Boy

Assalamualaikum....

~ TAHNIAH ENA ~



"Salam, Telah selamat lahirkan bby boy seberat 3.49kg pada pukol 4.27 pg tdi di hosp sg buloh secara se-car"

Alhamdulillah....kepada sapa folower member aku nie...inilah berita terkini dia...Ena telah selamat melahirkan baby keduanya...tahniah Na....bertambah anak buah aku...hehehe...Umairah dah ada adik....

Ena satu ketika dulu adalah kawan rehat aku sbb opis kami berdekatan....kalau masa sekolah dulu...Ena kawan aku dari form 3...form 4 & 5 kami dulu duduk sebelah-sebelah dalam kelas...apa nama anak Ena nti aku akan update ye...



Free Signature Generator

Saturday, November 27, 2010

Muncullah

Assalamualaikum...




Harapan sekian lama tiada...hehe...




Free Signature Generator


Good Morning Semua

Assalamualaikum.....




Dah pukul 11 lebih baru nak ucap good morning kat korang...lambat sangat kan..tapi masih pagi lagi kan...harap minggu nie membawa seribu keberkatan dalam hidup kite dan seterusnya...




Free Signature Generator


Friday, November 26, 2010

Contest Dah Macam Year End Sale (YES) Pulak

Assalamualaikum...

Ini statistic untuk weekly nye dalam blog aku...betullah cakap Zie...dah nak hujung² tahun nie ramai plak yang buat GA, contest, cabutan...baru² nie pun aku ada jugak buat cabutan...mber aku Imah pun sama...Zie plak dalam planning nak buat...kirenya banyak jgaklah aku join contest lately nie....


4 dari 5 ranking teratas yang hanya di penuhi contest sahaja...




Free Signature Generator


Nak Rompak...Rompak Aje Lah

Assalamualaikum....

Pepagi lagi mood aku geram dengan satu berita nie...geram yang amat sangat..kejam sungguh manusia ini...syaitan bertopengkan manusia....klau tanya aku dorang nie tak layak panggil manusia dah...eeeeeee...geramnyeeeeeee...

Laporan dari Metro Harian - 26.11.2010

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam"

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000"

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu."

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


>>>Nak rompak, rompak je lah...macam mana klau mak ke anak² korang kena macam tue....tempat kejadian nie kira dekat jugaklah dengan opis aku...


Free Signature Generator

Thursday, November 25, 2010

Kepada Kamu

Assalamualaikum...

"Kepada pemenang cabutan Merry Go Round sila lah bagi nama, alamat dan nbor telepon anda di email add saya z2007_jc@yahoo.com.my .....saya bagi tempoh sampai Jumaat minggu depan (03.12.2010)...kalau masih juga tiada saya akan buat cabutan yang baru...selepas dari tarikh itu tidak akan di layan..."

Senarai pemenang :
  • C Comel √
  • Rosila
  • Juniza
  • Sakinah
  • Sarah
  • Nurezzat √

Free Signature Generator

Merawat Penyakit Hati

Meh merawat penyakit hati

Pertama;
Jangan banyak berbicara yang lara, hanya pada perkara yang perlu.

Kedua:
Emosi dapat membuat hidup menjadi tidak tenang. Oleh karena itu kita sebaiknya selalu menjaga emosi kita agar tidak menjurus ke penyakit hati. Beberapa contoh nafsu yang harus kita tundukkan antara lain seperti nafsu akan harta, nafsu seks, nafsu makan, nafsu pangkat, nafsu marah, nafsu mewujudkan impian, dan lain sebagainya. Salah satu cara untuk melatih emosi dan nafsu kita adalah dengan melakukan ibadah puasa, baik puasa sunat mahupun puasa wajib ramadhan.

Ketiga:
Selalu mengingat Allah SWT. Ada beberapa cara untuk dapat selalu mengingat Allah SWT iaitu
seperti dengan rajin solat baik solat wajib lima waktu, solat tahajud, solat dhuha, solat malam,
dan lain-lain. Selain zikir, doa dan mengaji atau membaca al-qur'an juga dapat menghindarkan
kita dari penyakit hati. Diharapkan dari mengingat Allah SWT kita menjadi takut atas murka Allah SWT jika kita melakukan dosa yang disebabkan oleh penyakit hati dan perbuatan maksiat.

Keempat:
Bergaul dengan orang-orang yang soleh. Dengan berteman dengan orang-orang yang penuh dengan penyakit hati hanya akan menulari kita dengan penyakit-penyakit itu sehingga kita akan semakin jauh dari Allah. Salah pergaulan juga dapat menambah dosa akibat perbuatan maksiat samada disedari atau tidak telah kita lakukan. Tetapi apabila kita bergaul dengan orang soleh yang selalu menjaga dan membatasi diri dalam pergaulan agar mereka tidak terjerumus ke lembah maksiat.

Semoga anda selalu terhindar dari penyakit hati, serta masalah yang disebabkan olehnya. Hati yang baik dan jujur adalah lebih baik dari segalanya. Dan orang yang paling pandai bermuka-muka di dunia ini, adalah orang yang busuk hatinya.

Rasulullah SAW bersabda: "Bahawa di dalam tubuh badan manusia ada seketul daging, sekiranya baik daging itu maka baiklah seluruh tubuhnya tetapi sekiranya rosak daging itu maka rosaklah seluruh tubuh, daging itu ialah hati," (HR Bukhari & Muslim)



Free Signature Generator

Aku Dah Try Super Max 5+1

Assalamualaikum...

Masa aku buat entry nie...Dini mintak aku bgth rase sachet yang aku dapat nie Super Max 5+1 nie...oleh kerana aku sendiri pun nak tahu rasenye...semalam aku telah mencubanye...nak tahu pe rasenya....meh scroll smpai ke bawah....


Mesej Dini suruh aku try....

Air sejuk yang aku just agak² je...klau ikutkan kena 300ml...

Sachet yang aku dapat tue....


Meh bubuh dalam cawan isi air sejuk td...


Dan lepas tue....shake kan dia sampai korang rase penat...hehehe...lastly korang minumlah...rasenye nak tahu tak..


*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*

SANGAT SEDAP DAN LAZAT (TAK TAHU NAK DESCRIBE RASE YANG MACAM MANA)...DINI NAK LAGI...TAK PUASLAH MINUM SATU SACHET JE...HEHE



Free Signature Generator

Wednesday, November 24, 2010

Cara Menjawab Soalan SPM

Assalamualaikum...

Lama jugak tak kena tag....ini tag dari Asha MDM7781...okey jom jawab beramai²....

1 - Apa benda paling penting dalam hidup korang?
Banyak yg penting...udaralah tuk pernafasan...tak de udara satu ape pun tak bleh buat....dalam erti kata lain my savvy...hehe...

2 - Benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Makan tengahari tadi...nasi putih + kentang masak sambal cili api + ayam masak sambal cili api...sangat addict pada cili api.....

3 - Dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Hahahha...nie angan² lah ye...surelah kat umah mak bapak ku...sebab adik beradik yang lain pun kat umah tue jugak...lagi pun best kawin kat umah ada kenangan...tema..??tema...??..nak kaler fav...purple ngan grey...matching tak...

4 - Adakah korang sedang bercinta sekarang?
Bercinta ngan blog...bercinta ngan alam...bercinta ngan hutang...bercinta ngan masalah...pening wooo...

5 - Berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
Selagi hidup masalah tak kan selesaikan so...sampai tutup matalah jawabnya...

6 - Di manakah korang selalu jumpa kekasih korang?
Sentiasa bersama ngan aku...hahaha

7 - Novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Dah lama tak menelaah..ntahlah tak ingat dah...

8 - Ape nama penuh korang?
Ziana Zain boleh...nak artis aje...hehehe...meh check IC aku meh klau nak tahu...

9 - Antara emak dan ayah, mana korang lebih mesra
Dua²...nak jawab dua² sebab tak nak jawab satu...

10 - Namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
Orang tak betul...hahaha...sapa erk...rase nak jumpa Heliza Helmi sebab nak korek mata dia pinjam sat...

11 - Adakah korang basuh baju korang sendiri?
Tak sebab mesin yang basuhkan...

12 - Dimanakah tempat yang korang betul² nak pergi?
Jepun...sapa nak bawak aku silakan...

13 - Pilih salah satu, peluk atau cium?
Dua² aku rimas...yang ini aku tak nak pilih...hehe...

14 - Beritahu 3 benda mengenai orang yang beri tag
Nama dia Asha...ada 2 orang anak boy n girl...jawapan dia untuk tag nie mencuit hati aku...

15 - Lima benda yang paling anda sayangi dalam hidup anda?

  • Diri sendiri

  • Keluarga

  • Keretaku

  • Handphone

  • Kenangan² lama

16 - Lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Berubah dari masa ke semasa...4 this time aku suke dgr lagu Baik² Sayang-Wali band

17 - Bila tarikh lahir korang dan bila korang sambut tahun lepas?
Kalau nak tahu tengok IC aku dengan nama dengan bday aku sekali korang tahu...biasanye seminggu after b'day...

18 - Lima rakan blogger yang korang nak tag?
  • Zie Iezmierah

  • Imah Anak²ku

  • Lovelly Bella

  • Joy

  • Dan korang yang baca ini tag...



Free Signature Generator

Mesej Yang Aku Ingin Sampaikan

Assaalamualaikum...

Kesian kawan aku...dia nak announcekan pemenang GA dia tapi tak boleh sebab hal² yang tak dapat di elakkan...so aku pun checklah aku punye blog...sama cm dia...followers tak appear...erm...korang nye okey tak..??


Kosong macam coklat bar plak...






Free Signature Generator


Giveaway Kecantikan #5

Assalamualaikum...

Nak join contest Dini plak...


Click kat banner nie tuk join...


Free Signature Generator


Statistic Semalam

Assalamualaikum....

Alhamdulillah tengok akaun nuffnang semalam mencanak naiknye...aku rasa sebab aku sudah pun umumkan pemenang cabutan aku...so ramailah nak tengok sapa yang menang kan...kalau aku tak maintainkan minggu depan down teruk²lah gamaknye...erm...


1st time dapat banyak nie...




Free Signature Generator

Tuesday, November 23, 2010

Bear Yang Tomey

Assalamualaikum.....

Sangat tertarik pada bear comel nie...aku dh kecek² adik aku Ceah tapi dia tak bagi...dia cakap tue kenangan ex-boy dia bagi..ceh...dia buat key chain kat hset dia...hari nie dia temankan aku sebab charges motorola dia rosak...so dia suruh aku try charge dalam kete....


Ala tomey nye...


Nampak macam bear nie senyum je...hehe..gilerrr....



Free Signature Generator


Contest Teka Kereta

Assalamualaikum....




Nak join contest dr Faryza plak....
Jawapan : Perodua MyVi
ID Follower : Zura



Free Signature Generator

Senarai Pemenang Cabutan Merry Go Round

Assalamualaikum...

Okey...nie keputusan cabutan aku tue....tiada sebarang unsur penipuan ye..aku jujur cabut tuk korang nie...aku ingat Dini penah cakap masa dia buat Contest Kecantikan dulu... "kalau boleh dia nak bagi semua orang hadiah"...bila cm nie brlah aku rase....tapi faham²lah sendiri...


Nombor yang dah di gunting dengan berhemah...
Aku gulung dengan penuh berhemah....

Aku kumpulkan atas tapak tangan aku dengan berhemah...

Aku goncang²kan tangan aku then mana kertas yang jatuh..itulah nbor yang bertuah...then satu dah pun jatuh....kena tunggu lagi satu aku pun goncang lah lagi...


Pap...jatuh lg satu...so dah ada dua cabutan aku buat...itu kira cabut ke...tak kesahlah...memula nak cabut tp macam tak best je..asik cabut je so aku buat cara lambungan plak...

Inilah nombor yang bertuah itu....memula tue aku tak tulis word enam tue...bila tengah dok gulung² baru aku teringat yang nombor 6 ngan 9 sama...so aku pun tulislah word 6 tue atas kertas tuk bezakan nye....

G3 - C Comel & Sarah & Rosilah

G6 - Nurezzat & Sakinah & Juniza

Free Signature Generator