Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Showing posts with label alfalfa complex. Show all posts
Showing posts with label alfalfa complex. Show all posts

Thursday, January 1, 2015

Promotion Tahun Baru

Assalamualaikum....

Bulan Januari tahun baru...banyak betul shaklee buat promotion....shaklee kalau buat promotion memang aku tak nafikan...memang menjimatkan....rugi sesangat kalau tak beli....

Bulan nie meh kita beralfalfa...kalau tak cukup meh kita bervivix....meh kita ajak sekali simanja kita bervitalea...kanak² pun ada vitalea jugak...baru available ini tahun...hikhik....


Alfalfa Complex (L)
Buy 6 free 1 - RM585.00

Alfalfa Complex (S)
Buy 6 free 1 - RM322.50


Vivix
Buy 6 free 1 - RM2,850.00


Vitalea Chew for Children
Buy 3 free 1 - RM333.00

Aku yakin korang mesti pandai buat kira²...itu baru harga bukan ahli...kalau nak jimat lagi terus je daftar sebagai ahli...dapat nikmati harga ahli...

Zura
Sungai Buloh
0122217442

~ zura ~

Friday, November 28, 2014

Apa Itu Jangkitan Kulat

Assalamualaikum.....


jom cegah sebelum melarat....


kebiasaannya kulat membiak dia celahan jari...so jaga bebaik tang tue....

Athlete’s Foot ataupun istilah saintifik nya dikenali sebagai Tinea Pedis yang akan berlaku pada setiap orang sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Ia kerap berlaku pada lelaki dewasa ataupun remaja. 

Namun sesetengah mak kita selalu kat dapur kan. Dapur kadang-kadang macam lembap lantai berkemungkinan mudah dijangkiti kutu air. 

Athlete’s Foot atau bahasa pasar nya dikenali kutu air atau kutu makan air iaitu terdapat jangkitan kulat pada kaki. Kulat yang terdapat pada kaki adalah kulat hidup yang akan tumbuh dan membiak pada semua manusia.  

Takrifan Kutu Air

Kutu air ini berlaku disebabkan berlaku lembapan, peluh, dan kekurangan pengaliran udara pada kaki.

Punca-Punca Kutu Air

Kulat ini suka membiak pada tempat yang lembap dan basah. Tabiat yang tidak mengeringkan kaki dengan baik selepas mandi, kasut ataupun sarung kaki yang ketat sangat serta iklim negara panas menjadi punca pembiakan kulat.

Kutu air pada kaki ini tidak berjangkit dengan orang lain malah ia bukan keturunan pun.

Gejala Kutu Air Fizikal

Rupanya berbeza mengikut individu. Ada yang mengalami pengelupasan pada dua jari terakhir kaki, merekah dan berkuping. Ada juga kemerahan, keruping dan melecet pada tapak kaki ataupun sepanjang tepi kaki.

Kadang-kadang boleh menyebabkan gatal pada kulit dab boleh sampai pada jari kaki. ini akan menyukarkan rawatan. Perlu diingat pada ruam kaki adalah penyakit kutu air yea. Sebelum merawat better jumpa dengan doktor dulu.  

Pencegahan Kutu Air

๐Ÿ’„ Basuh kaki bersih-bersih setiap hari.
๐Ÿ’„ Keringkan kaki dengan sempurna terutamnya di bahagian celah-celah jari
๐Ÿ’„ Elakkan pakai kasut. Dicadangkan pakai sandle dalam cuaca panas
๐Ÿ’„ Pakai sarung kaki jenis kain kapas dan tukar dengan kerap sarung kaki jika dalam keadaan lembap. Elakkan pakai sarung kaki yang diperbuat daripada bahan sintetik.
๐Ÿ’„ Amalkan berkaki ayam salam rumah
๐Ÿ’„ Cuba serbuk anti kulat dalam kasut anda pada waktu siang.

Rawatan dengan Shaklee

๐Ÿ”ฐ Herbal Blend boleh disapukan pada waktu malam. Boleh disapukan sehingga kering pada permukaan kulit. Selain itu, HCB boleh merawat tumit kaki merekah.

๐Ÿ”ฐ Alfalfa Shaklee yang mengandungi kaya dengan mineral bertindak sebagai anti kulat bagi melawan jangkitan. Alfalfa bertindak untuk memperbaiki keadaan kulit disebabkan kurap dan ulat air dengan berkesan.

๐Ÿ”ฐ Garlic Shaklee mengandungi bahan semulajadi untuk melawan fungus dan kulat. Bertindak sebagai antibodi secara semulajadi  untuk meningkatkan sistem imun dalam badan dan menghalang penyakit seperti kulat dan kuman.

Zura
Sg Buloh
0122217442

~ zura ~

Monday, November 10, 2014

Kebaikan Susu Ibu

Assalamualaikum....

Besar nikmatnya  memberi susu ibu pada anak...tapi yang kesiannya bila susu merundum atau tak banyak....so macam² cara ibu² akan buat untuk susukan si manja....

Anugerah Allah....dia berikan yang terbaik untuk ibu dan anak....masing² ada kelebihan tersendiri....satu nikmat yang kita tidak boleh nafikan....satu anugerah yang patut kita hargai.....

Aku sertakan infomasi berkenaan kelebihan susu ibu pada baby dan ibunya....


kebaikan pada baby


kebaikan pada ibu

Dapatkan set penyusuan dari shaklee....
๐Ÿ“Œ Vita Lea
๐Ÿ“Œ Esp
๐Ÿ“Œ Bcomplex
๐Ÿ“Œ Alfalfa Complex
๐Ÿ“Œ Ostermatrix
๐Ÿ“Œ Sustained Release Vitamin C @ Chewable Vitamin C

~ zura ~

Wednesday, October 29, 2014

Saya Nak Kurus

Assalamualaikum....

Sekarang nie macam² orang nak kurus....macam² pil ditelan tapi tak berhasil...malahan memudaratkan lagi adalah....itu yang bahayanya....dah banyak kes yang akhirnya makan diri....apa pun tak dapat.....

Nak dapatkan badan yang ideal beratnya....kita cuba set cadangan slimming....bukan kurus je yang kita akan dapat...tenaga, kulit halus mulus....bonus yang menarik....biar lambat asalkan hasilnya mantop tip top....


 fungsi 3B....

Senarai, Fungsi & Opsyen Set Slimming :

Lecithin
- Menggalakkan fungsi optimum otak
- Memecahkan lemak
- Menurunkan paras kolestrol dalam serum

ESP
- Membekalkan tenaga
- Menyuburkan kesihatan kulit, rambut, kuku & otot
- Penting untuk kanak-kanak, ibu menyusukan anak & mereka yang sedang recover daripada penyakit (masih dalam keadaan lemah & tidak bertenaga)

Herb-lax
- Memudahkan penghadaman usus & menghindarkan sembelit
- Memudahkan fungsi usus
- Menghilangkan jeragat
- Menghilangkan bau badan

Alfalfa
- Kaya dalam nutrisi & mineral surih
- Mengurangkan toksin
- Melegakan rasa kebas & sakit sendi
- Merendahkan kolestrol
- Mengandungi enzim penting untuk penghadaman makanan

Cinch Shake Mix
- Dijana oleh leucine
- Membakar lemak & mengekalkan otot
- Efektif dalam mengurangkan lemak badan
- Minuman pengurusan berat badan yang berkesan

Omega Guard
- Menggalakkan pertumbuhan mental untuk orang dewasa & kanak-kanak
- Mengurangkan paras kolestrol & tekanan darah
- Mengurangkan risiko kanser payudara, prostat & usus
- Mengurangkan radang sendi

Shaklee ada menyediakan opsyen set untuk anda :

√ Lecithin @ Omega Guard - pemecah lemak & kolestrol
√ Herb-lax @ Alfalfa - detoksifikasi
√ Cinch Shake @ ESP - sumber protein

Anda boleh memilih salah satu di antara 2 opsyen yang disenaraikan.

Opsyen Set Slimming :

1) Lecithin + Herb-lax + Cinch
2) Lecithin + Alfalfa + ESP
3) Omega Guard + Alfalfa + ESP
4) Omega Guard + Herb-lax + Cinch

~ zura ~

Wednesday, October 15, 2014

Buang Bakar Bina

Assalamualaikum.....


Shaklee ada menyediakan opsyen set untuk anda.

√ Lecithin @ Omega Guard - pemecah lemak & kolestrol
√ Herb-lax @ Alfalfa - detoksifikasi
√ Cinch Shake @ ESP - sumber protein

Anda boleh memilih salah satu di antara 2 opsyen yang disenaraikan.

OPSYEN SLIMMING SET SHAKLEE

1) Lecithin + Herb-lax + Cinch
2) Lecithin + Alfalfa + ESP
3) Omega Guard + Alfalfa + ESP
4) Omega Guard + Herb-lax + Cinch

~ zura ~

Monday, October 6, 2014

Waktu Berpantang Yang Segar

Assalamualaikum....

Waktu berpantang memang sangat penting untuk kita lalui...sebab waktu tue segala urat2 kita dah longgar....so kena betulkan balik...luka2 dalaman dan luaran pun kena baikpulih....

Pengambilan supplement yang betul dapat membantu badan kita dibaikpulih...aku melahirkan anak secara ceaseran...so luka dalaman part paling utama untuk dibaiki...kalau tak belum tua dah rasa sakit2....

Aku cuma mengambil set budget penyusuan dan set luka dalaman...set budget penyusuan esp dan alfalfa complex manakala set luka aku ambil zinc complex add on b complex....

Kombinasi yang awesome...hasilnya pun mengauuumkan...rahim mengecut dalam masa lima hari sahaja....susu banyak dan pekat...luka pun dah baik...dapat acid folid untuk disalurkan pada anak....

So kalau rasa2 tak mampu ambil kesemuanya...ambil yang basic pun sudah memadai...asalkan konsisten makan...baru nampak hasilnya...kalau asik2 skip hasil pun segan nak datang....

ESP - rahim kecut, energy booster, kulit, penggalak susu, slim.

Alfalfa Complex - memekatkan susu, detox, tenaga.

B Complex - acid folid untuk anak.

Zinc Complex - pembaikan luka luar dan dalam, mengurangkan keguguran rambut.


set budget dan basic

~ zura ~

Friday, August 8, 2014

Wanita Yang Berbau

Assalamualaikum...

Masalah nie memang masalah dalaman wanita...datang tak mengira waktu....ada sesetengah tue kena semasa hamil...memang tak selesa...jom kita selami masalah dalaman wanita nie....

Apa Itu Keputihan?

Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj ada pelbagai sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.  Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada jangkitan.

Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan pada faraj menandakan jangkitan.

Punca Keputihan Terjadi

√   Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran haid yang dipengaruhi oleh hormon.
√    Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
√    Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
√ Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
√ Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis, tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada penyakit.
√  Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis, Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
√ Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu. Dapatkan nasihat doktor untuk memastikan bahawa keputihan itu adalah cuma lendiran faraj biasa dan bukannya disebabkan oleh jangkitan.


Selain dirawat dengan petua tradisional, keputihan juga boleh dirawat melalui pengambilan makanan tambahan seperti Set Keputihan di bawah ni...!  Iyalah, ada sesetengah orang lebih selesa rawatan jenis makan2 ni.. tak nak yg cuci2 dan sebagainya kan... kira alternatif lain lah ni selain cara tradisional...

Bagaimana kedua-dua suplemen Shaklee ni bertindak?

GLA Complex
••••••••••••••••••

√ Mengeluarkan virus, meningkatkan stamina
√   Menstabilkan hormon dengan mengawal selia estrogen dan testosteron
√    Meningkatkan sistem imun tubuh
√   Mengurangkan inflamasi kulit, eczema, alergi, kegatalan, kulit kering, kurap, tinea, memperbaiki bintik penuaan
√  Meringankan sakit dan bengkak yang terjadi dari rheumatisma, arthritis
√    Menghalang komplikasi diabetes dengan merendahkan gula darah, berkesan untuk diabetes semasa hamil dan usia tua.  Meringankan kebas dan kesakitan disebabkan oleh gula darah yang tinggi.


Alfalfa Complex
••••••••••••••••••••••

√  Mencuci hati, darah dan usus - Alfalfa adalah makanan yang sangat beralkali yang boleh mengembalikan kenormalan badan yang berasid, menghilangkan toksin dari badan, membersihkan hati, kolon, darah dan mencantikkan kulit dan otot.
√   Melawan alahan - Memperbaiki keadaan kulit dan hidung sensitif, kurap, bau badan dan ulat air dengan berkesan.
√   Baik untuk perubahan patologi di dalam usus dan perut - Memperbaiki masalah saluran penghadaman seperti kembung, hyperacidity, ulser gastrik, hepatitis dan sembelit.

Boleh dikatakan keputihan nie satu penyakit jugak...

Zura
Sg buloh
0122217442


~ zura ~


Tuesday, August 5, 2014

Perhatian Para Suami Dan Isteri

Assalamualaikum...

Gla selain sinonim dengan jerawat, muka glowing2...ia juga sinonim dengan kesuburan. Jadi aku nak share cara pemakanan set kan yg ada gla complex..

Cara makan set kesuburan shaklee

Set kesuburan Shaklee untuk si suami :

Zinc Complex - Zat yang sangat penting dalam pembentukan hormon testosteron. Beri tenaga dalam pembentukan sperma agar lebih aktif menuju ke ovum. Berperanan dalam pembentukan genetik DNA.

Vita-E Complex - Suburkan sel-sel & organ reproduksi lelaki. Melancarkan sel darah.
Cara makan set subur untuk suami :  zinc 1 biji sehari sebelum makan. Perut kosong lagi memudahkan penyerapan zinc dalam badan & vita-E 1 biji setiap hari.

Set kesuburan untuk si isteri :

Alfalfa - Sangat baik untuk wanita dimana bantu kurangkan masalah keputihan , haid tidak teratur, senggugut, sakit pinggang ketika datang bulan. Bertindak seperti kacip fatimah. 

GLA Complex - Bantu stabilkan hormon & untuk mudahkan perlekatan ovum & sperma. 

Cara makan set subur untuk isteri, Alfalfa 3-5 biji sehari.

Bagi period teratur, cara makan GLA ambil mulai hari pertama period hingga hari ke 13.  Hari ke-14 berhenti ambil GLA dan tunggu sehingga hamil/period yang seterusnya. Kalau masih period, mula ambil GLA semula (hari 1-13 period sahaja).Telan sebiji selepas lunch & sebiji lagi selepas dinner. 

Bagi period tak teratur, cara makan GLA ambil sebiji selang 8 jam setiap hari sehingga period teratur (biasanya 2-3 bulan lepas amalkan GLA, period akan teratur). Bila period dah teratur, ikut cara atas. Selepas 14 hari, boleh buat upt. Kalau positif, stop makan. Kalau negatif, sambung makan pada next period. 

So apalagi para isteri yang belum puyai anak...ayuh cepat berubah untuk dapatkan zuriat...inshaa Allah...dengan izinNya...hidup kita akan berubah.

Zura
Sg buloh
0122217442



~ zura~


~ zura ~

Sunday, July 27, 2014

Testimoni Meletop

Assalamualaikum....

Esok  kita dah nak raya...kejap je Ramadhan meninggalkan kita....harap dapatlah kita ketemui Ramadhan tahun hadapan....semoga Ramadhan ini kita beroleh seribu keberkatan ilahi....

Dah nak raya nie...mesti kita nak nampak berseri2....yelah kan...time rayalah orang pandang kita...hahaha...jangan pandang lama2...bahaya...isteri pandang suami, suami pandang isteri, anak2 pandang mak ayah boleh...digalakkan...

Nak cantik nak slim nak sehat...mesti kita ambil supplement....kalau tidak betul pengambilannya...pasti hasilnya mengecewakan...sebab itu kita kena cek betul2 supplement yang hendak di ambil....

Sebenarnya aku hendak tunjukkan beberapa testimoni berkesan hasil dari pengambilan supplement yang betul dan halal...selain pengambilan yang konsisten....

Zura
Sg buloh
0122217442


~ zura ~

Thursday, July 24, 2014

Hadamkan Perut Anda

Assalamualaikum.....

Nak hari raya nie mesti sistem penghadaman kita terjejas...almakumlah, raya nie macam2 hidangan di pagi raya...

Silap hari bulan...nasi beriyani gam, nasi tomato, nasi minyak, mee kari, bihun sup, laksa, rendang, ketupat...macam2kan menu...memang meletop....

Kita baca info pasal penghadaman....supplement apa yang boleh di ambil untuk kita boleh nikmati juadah raya...

Sistem penghadaman yang baik adalah asas kepada tubuh yang sihat.
  
Sembelit, mulut berbau, najis berbau, mengidam makanan, perut berangin dan kembung adalah masalah penghadaman yang biasa dialami oleh kebanyakan orang. Sistem penghadaman yang tidak sihat mengakibatkan :


Penambahan berat badan
Masalah gastrik
Perut buncit
Kanser usus
Masalah penghadaman
Sistem imun yang lemah

Set Shaklee Digestive Health dapat membantu meningkatkan kesihatan sistem penghadaman untuk kekal sihat.

Kebaikan:

Melegakan sembelit
Meningkatkan kesihatan sistem penghadaman
Menyokong kesihatan usus
Membantu menyahtoksin badan
Membantu mengurangkan berat badan
Melegakan perut yang tidak selesa    
Penjelasan Supplement :
 
PEPPERMINT GINGER PLUS

Nyaman dan Melegakan
Halia merupakan herba terbaik dalam memelihara saluran penghadaman dan mempunyai ciri-ciri semulajadi yang nyaman dan dapat melegakan senak perut. Pudina pula merupakan herba yang membantu dalam menggalakkan sistem penghadaman secara sihat dengan melegakan dan menyamankan perut.


Shaklee peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

HERB-LAX

Herb-Lax Shaklee didatangkan dengan kombinasi herba yang telah digunakan secara tradisional untuk melegakan sembelit dan meningkatkan proses pencernaan secara lawas. Bagi menangani kesulitan membuang air besar, Herb-Lax™ yang lembut boleh membantu.

Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa).  Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

ALFALFA COMPLEX

Sumber Zat Makanan Semulajadi & Klorofil
Alfalfa merupakan pusat pengumpulan segala nutrien.  Akar tunjangnya yang mengunjur sedalam enam meter ke bawah mampu menyerap pelbagai zat dan mineral daripada mendapan di dalam tanah, sementeara daunnya mengumpul klorofil yang banyak melalui proses fotosintesis semulajadi.  Alfalfa mengandungi vitamin A, C dan E serta kalsium, potasium, fosforus dan zat besi.


Alfalfa Complex merupakan satu Formulasi Shaklee Signature yang pada asalnya dibangunkan oleh Dr. Shaklee pada tahun 1950s.

•    Sumber semulajadi alfalfa.
•   Pil juga boleh dihancurkan dan dicampur ke dalam air sebagai minuman herba semulajadi.


Produk ini mengandungi alfalfa (Medicago sativa). Individu yang menghidap lupus eritematosus sistemik perlu meminta khidmat rundingan pakar sebelum mengambil produk ini. Tiada perasa tiruan, pemanis, pewarna atau bahan pengawet tambahan. 

ESP- SOY PROTEIN ISOLATE POWDER 

Protein Bukan-GMO yang Lengkap dengan semua Asid Amino Perlu. Serbuk ESP Shaklee merupakan sumber protein soya terbaik.  ESP menyediakan 14 gram protein soya bukan-GMO berkualiti tinggi  dengan semua  asid amino yang tubuh anda perlukan bagi proses sintesis protein termasuk sembilan asid amino penting.  Berbanding  protein daripada sumber daging, telur dan tenusu,  ESP adalah  rendah  lemak dan  bebas laktosa dan kolesterol.

Shaklee ESP:

•    Menyediakan tenaga berkekalan dan membantu menahan rasa lapar kerana bekalan sumber tenaga yang konsisten.
•    Protein soya membantu mengurangkan kolesterol.
•    Mengandungi lima  vitamin B penting, separuh daripada keperluan kalsium harian, dan soya isoflavones.  Kajian menunjukkan yang soya membantu dalam mengawal kestabilan hormon semasa tempoh putus haid.*
•    Protein soya bukan-GMO ini dihasilkan di bawah satu Program yang digelar Identity Preservation Program (IPP), di mana kacang soya dipantau dan dijaga dengan teliti dari proses menanam hinggalah saat pemprosesannya.

Zura
Sg buloh
0122217442




~ zura ~

Wednesday, February 27, 2013

Sourvenier Dari Penang

Assalamualaikum....

Seronokkan bila ada orang ingatkan kita....ini kisah famili day company aku...dorang pergi Penang...kenapa aku sebut dorang...sebab aku tak turut serta...ada hal yang lagi penting yang kena aku selesaikan....balik dari Penang...tiga orang member aku hulurkan aku benda alah nie


Jeruk...boleh bikin sakit tekak....penanda buku dan dua keychain....ingatkan tak ada pape untuk aku dari dorang...alhamdulillah dorang ingatkan aku...hikhik....


Jom join says.com & blingd untuk jana pendapatan sambil berFB


~ zura ~