Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Saturday, February 28, 2015

Esok Bulan Mac

Assalamualaikum....


Hari terakhir bulan Februari...maka esoknya masuklah bulan baru...iaitu bulan Mac...Shaklee buat promotion apa ya...tunggu esok saja lah ye...hehe...

Sapa nak order supplement...nak cantik, nak sehat, nak bertenaga boleh call aku...nak jadi ahli pun dialu2kan sesangat....yang penting bayar yuran RM65 + RM10 untuk postage....

~ zura ~

Tuesday, February 24, 2015

Asyik Dok Cium Bau Pinggan

Assalamualaikum....



First time guna get clean dish wash keluaran shaklee...teruja ko...excited giler...mana taknya...banyak dah dengar testimoni kengkawan cakap pinggan bersih, selamat, jimat dan paling best wangi....haha...cakap pasal wangi...asal basuh pinggan je sure aku dok cium-cium bau pinggan...wangi...smooth je aroma masuk hidung...cuba pencuci lain...mahunya aku dan bersin-bersin...

Hah sesapa nak cuba jom whatsapp aku...tak rugi beli sebab menjimatkan...tapi kalau famili kecil mungkin boleh tahan over 3 month...macam aku famili besar so mungkin kejap je tahannya...tak kesahlah asalkan jangan aku dok buat basuh baju udah dek kerna baunya yang wangi bangat tue...kikiki....

Okey aku bg info sikit ye...

Handal menanggalkan minyak dan kotoran pada pinggan mangkuk dengan cucian tangan

Jika kami sering mengatakan yang pencuci wangian pinggan mangkuk kami lembut pada tangan dan mesra pada alam sekitar mungkin anda fikirkan ianya tidak mudah menanggalkan kotoran pada pinggan mangkuk anda. Tetapi percayalah anda hanya memerlukan beberapa titisan sahaja untuk menanggalkan minyak dan kotoran yang melekit pada pinggang mangkuk anda.

Get Clean Dish Wash 

Lembut pada tangan, 
Semulajadi, 
Berasaskan tumbuh-tumbuhan
Tahan lama kerana kepekatannya
Menjadikan pinggang mangkuk bersih berkilau. 

Hanya dengan beberapa titisan sahaja dapat mencuci beberapa timbunan pinggan mangkuk di dalam sinki.

Tahukah anda?

Sesetengah pencuci pinggan mangkuk mengandungi sukfraktan yang berasaskan petroleum dan bahan pencuci seperti Diethanolamine dan sodium dedecylbenzensulfonate. Kedua2 kandungan tersebut boleh merensakan kulit dan mata. Dish Wash Concentrate tidak mengandungi bahan-bahan tersebut mahupun bahan-bahan berbahaya yang lain. 

Perbezaan

Selamat

~Tidak bertoksik
~Hipoalergenik
~Tanpa klorin
~Lembut pada tangan
~pH seimbang
~Tanpa bahan kimia berbahaya

Berkesan

~Amat berkesan menanggalkan kotoran berminyak
~Formula pekatan yang hanya sedikit diperlukan untuk mencuci pinggan mangkuk yang lebih banyak
~Biuh sabun yang lebih tahan lama

Mesra alam

~Ramuan semulajadi yang diekstrak daripada jagung dan kelapa
~Biorosot
~Tanpa fosfat
~Bungkusan boleh dikitar semula
~Tanpa bahan pewarna
~Selamat untuk sistem septik dan pembetungan

Jom apa tunggu lagi....harga mampu milik RM28.00 dengan kepekatan cecair sebanyak 16oz/473 ml....

Zura
Sg buloh
0122217442

~ zura ~

Sunday, February 22, 2015

Vitamin Yang Tidak Berkesan

Assalamualaikum.....

Kenapa supplement yang kita makan tidak berkesan...???Sedar tak kita apa puncanya...???Atau disebabkan supplement tersebut yang tidak bagus...???Macam-macam soalan bermainkan...???Ada beberapa faktor sebenarnya...meh aku kupaskan satu persatu ye...

1- Culas


Culas maknanya makan yang tak konsisten...hari nie makan esok tak makan...so mana nak nampak hasilnya...kekadang tue jumlah yang diperlukan atau dos tidak menepati arahan...mungkin faktor kesibukan bekerja buat kita culas makan....sebab tue disediakan pil box untuk memudahkan kita....tapi itu pun tetap jugak lupa kita nak makan...senang cerita...set alarm...hehe.

2- Healing crisis


Bila kita makan supplement...badan kita akan bertindak untuk pembersihan segala kekotoran dalam badan atau dipanggil detoksifikasi....dalam masa ini...badan kita akan mengalami beberapa simptom yang buat kita tidak tahan sekaligus terus berhenti makan supplement....antaranya sakit kepala, sakit-sakit badan, mual, rasa nak pitam, lemah-lemah badan....sebenarnya simptom tersebut bersifat sementara sahaja...penyelesaiannya...kenalah minum air yang mencukupi atau lebih....25 kg berat : 1 liter air...itulah keperluan air dalam badan kita.

3- Kurang air


Kekurangan air boleh menyebabkan simptom healing crisis terjadi...air adalah sebagai sokongan untuk supplement ini menjalankan proses penyembuhan....jadi, ambillah air secukupnya...insha Allah simptom tersebut akan cepat berlalu.

4- Bajet


Ini juga jadi satu masalah pada kita...kebiasaannya kita disogok dengan pemikiran "supplement mahal"...kebanyakan supplement yang berada di pasaran boleh bertahan selama sebulan sahaja...contoh...aku pernah minum susu IGG...memang ngam-ngam sebulan denga  harga RM120...tapi bila aku cuba ESP Shaklee...boleh tahan sampai sebulan setengah dengan harga yang lebih kurang (ahli)...so kena pandai pilih...Shaklee pada aku tidaklah mahal sebab boleh tahan lama antaranya Sustained Realease Vitamin C, Vitamin E, Herblax, B Complex, Zinc Complex, ESP, Vitalea.

5- Kelulusan status produk

Contoh

Setiap produk di pasaran memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Malaysia...tanpa pengesahan tersebut....pengguna akan rasa was-was dengan kandungan yang terdapat pada produk tersebut...banyak kes produk yang tidak mendapat kelulusan memudaratkan pengguna...ini berbahaya...lagi-lagi pil kurus...kelulusan KKM dan JAKIM sangat penting.

6- Konsultasi


Tanpa konsultasi yang betul tidak akan memberi impak pada kita...supplement bukan boleh nak makan tanpa arahan yang betul...ini kerana kita tidak tahu jika khasiatnya relevan dengan waktu atau pun tidak.

7- Cadangan set


Cadangan set yang tidak betul juga boleh menjejaskan keberkesanan sesuatu supplement tersebut...sebelum kita cadangkan set pada pengguna, kita perlu mengkaji punca penyakit tersebut dan khasiat apa yang diperlukannya...jadi kenalah cadangkan set yang tepat untuk penyakit tersebut.

Peringatan....pilihlah supplement yang betul-betul kita yakin kesannya....sebelum memilih eloklah kita selidik dulu latar belakang supplement tersebut...jangan menyesal kemudian hari...duit dah beratus-ratus keluar tapi hasilnya tak nampak...rugi tue...

~ zura ~

Friday, February 20, 2015

Bantal Bulat Comel

Assalamualaikum....

Breeze, sunlight, comfort ultra, cift buat barang free...dapat bantal bulat comel nie...kalau tengok bantal tue menyerupai kambing biri-biri....apalagi pergilah beli barang pencuci yang aku mention...


Comey tak....

~ zura ~

Tuesday, February 17, 2015

Ambank Yang Mudah

Assalamualaikum...

Pertama kali aku berurusan di kaunter Ambank....selalunya guna mesin je....Ambank Sg Buloh...tak ramai orang tapi kaunter buka satu sahaja....so jadi lambatlah....yang bestnya...datang-datang terus ambil nombor....

Sampai je aku tengok borang tak de...so tanyalah dekat pegawai yang bertugas....rupanya dah tak guna borang...wah...berita gembira untuk sesapa yang maleh isi borang...hehe...


Nombor giliranku....


Dah ambil nombor...just duduk tunggu nombor dipanggil...

~ zura ~

Sunday, February 15, 2015

Allah Mendengar Kata-Kataku

Assalamualaikum...

Beberapa hari nie memang tekak nie nak makan KFC....itu pun tengok adik aku Anor send gambar dalam whatsapp dia pergi makan KFC anak beranak....

Semalam pagi aku pergi hantar minyak wangi di Jasa...opis lamaku...hihi...pergi dengan suami dan anakku...lepas tue suamiku terus menuju ke KFC Subang...cawangan ke 500....

Dalam hati bersyukur ko sebab dua hari nie Allah kurniakan rezeki yang tidak kusangka....segala urusanku dipermudahkan....terima kasih Ya Allah....


Kenangan berlalu...dulu hari2 ke sini mencari nafkah....


Cantiknya muka...baru kejap bapak dia gerak ambik sos...dah melalak...


Tukar angin...minum mirinda....


Ambil set B combo classic....


Dua-dua ambil set yang sama tapi aku punya spicy...tapi tak spicy pun...


Terliur tak...hehehe...

~ zura ~

Friday, February 13, 2015

Testimoni Basic H

Assalamualaikum....

Hah nak tengok testimoni Basic H tak...???macam-macam boleh dibuat dengan Basic H nie....memang multi-purpose betullah...


Kesan marker pen...


Ibu-ibu jangan risau kebersihan kasut anak...guna saja Basic H...insha Allah masalah selesai...

Zura
Sg Buloh
0122217442

~ zura ~

Monday, February 9, 2015

Perbezaan Umur Dan Badan

Assalamualaikum....

Anakku dengan sepupu dia Farid....cuba bezakan badan dorang....Farid baru umur empat bulan tapi badan masyAllah...semangat....alhamdulillah....anakku walaupun badan kecik tapi sihat...baby shakleelah katakan...hasil dari mealshake dan omega...biar cerdik dan sihat sejahtera....hehehe...



Nak digigitnya tangan anak den....


~ zura ~

Sunday, February 8, 2015

Kitar Semula

Assalamualaikum....

Guna semula barang yang tak berapa nak guna....ingatkan benda nie tak penting tapi hati tue macam berat je nak buang...akhirnya sampai sudah akal sedikit kreatif....sapa SID tahulah kalau beli barang online akan dapat gabus berbentuk nombor tiga....

Gabus tue gunanya untuk mengelakkan barang yang di pos bergerak-gerak....so nak padatkannya...tabur gabus....berapa kali juga aku beli barang online so banyaklah gabus aku dapat...tapi tak tahu nak buat apa....so ini solutionnya....


Comel gabus nie....bila dh banyak-banyak boleh buat mandi....


Akukan tokeh minyak wangi...bila minyak wangi dah kurang terpaksa ambil something untuk di sendal...almaklumlah botol tue kaca...dulu guna kertas...buat cam bola then sendalkan...sekarang guna gabus shaklee....terbaiklah aku simpan...ada juga gunanya...

~ zura ~

Friday, February 6, 2015

Perbetulkan Posisi

Assalamualaikum.....

Aku nak sharekan sikit information untuk anak-anak yang suka duduk dalam posisi W termasuklah anak aku...hehehe...kena bertindak dari sekarang nie....




Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain. Adakah ianya baik? Atau sebaliknya. Teruskan pembacaan anda.


Bila bermain dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.

Duduk-W tidak digalakkan kepada semua anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.

Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?

Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan ini kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.

Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan keadaan berikut.


  • Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai  sejarah hip displasia.
  • Jika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut.
  • Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan. 

Bagaimana nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi W

Salah satu cara efektif adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.


~ zura ~

Gajah Pun Makan AJHT...???

Assalamualaikum....

AJHT...AJHT...AJHT....bagus untuk sakit sendi....seawal lima hari dah nampak hasilnya...aku ada baca blog Master Farah Wahida berkenaan dengan AJHT nie...kenapa ia baik untuk sendi....

Lebih kurang beginilah ceritanya...beza gajah India dengan gajah kita....gajah India bukan sebarang haiwan...malahan dia digunakan sebagai pengangkutan...siap boleh angkut kayu balak lagi....

Nak tahu macam mana gajah India boleh kuat bagaikan juara...sebab makanan yang gajah nie makan adalah tumbuhan boswellia....kalau baca dari gambar kat bawah nie tahulah kenapa boswellia nie mujarab untuk sakit sendi....

Istimewanya bulan nie....ada promotion dua supplement yang terdapat dalam set cadangan sakit sendi....AJHT beli 3 free 1 dan ostematrix beli 6 free 1 atau beli 2 less 5%...sungguh menjimatkan....

Hah apa lagi kawan-kawan....kalau mak bapak kita ada sakit sendi hadiahkan dorang supplement nie sementara ada promotion nie....HANYA BULAN INI SAHAJA YE...


Testimoni sakit bahu....berkesan kan...


Antara kandungan yang terdapat dalam AJHT....


Sumber kalsium yang penting untuk tulang...


Dua dari tiga supplement tengah promosi...so apa laie...mailah gerab...hehehe....

Zura
Sg Buloh
0122217442

~ zura ~

Rezeki Mata Baru

Assalamualaikum....

Alhamdulillah bertemu lagi kita di pagi Jumaat yang penuh barakah....Jumaat pertama di bulan Februari nie....hari mulia nie aku nak cerita pasal mata...hehehe...sebab apa...???sebab aku baru saja buat spec mata baru....kikiki....

Mata nie anugerah terindah Allah s.w.t....mata pancaindera yang merbahaya kalau nak dibandingkan dengan yang lain...sebab dari mata segala pancaindera lain turut sama berfungsi melainkan orang cacat penglihatan...tapi dia guna mata juga...mata hati...

Walaupun aku SID, tapi tidak kesemua supplement aku sudah cuba....ada yang dalam proses nak mencuba....salah satu supplement yang dalam perkiraan aku adalah carotomax...atau nama lain vitamin A yang baik untuk mata....

Satu hidangan carotomax bersama dengan :

102 biji pisang
714 biji aprikot 
285 limau gedang
89 biji rasberi

Bayangkan punyalah banyak kuantitinya...manalah kita nak mencari untuk ditelan setiap hari....jadi carotomax hasil gabungan kesemua khasiat tersebut....


Power mataku...rasa-rasa boleh diselamatkan tak untuk tidak gunakan spec mata....



Cerminnya patah...hehe...nampak garisan halus tue...


Bingkai pun sudah berbau gam....cerminnya pernah tertanggal dari bingkai...tue yang gam je tue...


Dah dapat mata baru...alhamdulillah....rezki sudah mari...


Aku suka warna grey...so aku ambik warna grey...black-black grey...hihihi


Selain carotomax...vivix juga boleh membantu...kesihatan optimum dan boleh hilangkan katarak...


Kalau rabun orang sebelah pun tak nampak...

Zura
Sg Buloh
0122217442

💝 zura 💝

Saya Nak RM150 Produk Percuma daripada Nile.com.my

Assalamualaikum....

Jalan punya jalan...jumpa giveaway nie....berminat terus menjoinkan diri....


Klik banner...

Syarat-syarat menyertainya...hah meh klik sini pulak...hanya 5 pemenang sahaja dipilih....tarikh tutup pada 15/02/2015 @ 1159 p.m....












Jumlah :

RM30.99+RM62.90+RM23.50+RM20.90+RM9.60 : RM147.89

"GOOD LUCK TO YOURSELF"

~ zura ~

Tuesday, February 3, 2015

Penyakit Gaya Hidup

Assalamualaikum....

Gastrik satu lagi penyakit punca dari gaya hidup yang tidak sihat....kebanyakan kita gagal berkomitmen dengan jadual permakanan....mungkin atas desakan hidup, kesibukan kerja, sikap ambil ringan dan macam-macam lagilah alasan....tempoh lima tahun tempoh yang masih sempat untuk berubah....


Berikut info yang aku google pasal gastrik....


Punca Penyakit Gastrik :

Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari. 

Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.

Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka, makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.

Tanda-tanda penyakit gastrik :

  1. # Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
  2. # Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
  3. # Demam yang panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
  4. # Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
  5. # Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
  6. # Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.

Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik :



1) Energizing Soy Protein - ESP

ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.

Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.

2) Peppermint Ginger Plus - 

Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.

3) Ostematrix - 

Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.

Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik.

Zura
Sg Buloh
0122217442

💝 zura 💝