Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Sunday, October 30, 2011

Bosan Pulak

Assalamualaikum.....

Sekarang korang kat mana....??
- Tengah baca entry nie kan....kan...kan....kan....

Cuba korang scroll up...apa korang nampak....??
- Nampak header blog Merry Go Round kan...kan...kan...kan...

Ape korang rasa...??
- Jemu..??kalau korang jemu...aku seribu kali jemu...at least korang tak lah ari-ari dok tatap blog aku nie...

Apa aku rasa...??
- Aku nak tukar header baru tapi aku tak reti....

Solutionnya adalah...??
- Ada sapa-sapa baik hati tak nak buatkan aku header baru....hihihi...

Jawapannya...
- Apaaa...tak de sorang pun....huhu...tak pe lah....

~ zura ~

Dia Mai Daaaah

Assalamualaikum.....


From google.....

Dia mai daaaaah.....adoooiii....sangat tak boleh nak halang kalau dia dah mai....lagi plak bila asik dok layan game chuzzle....kubiarkan blog ini berhenti berbicara....tapi pagi ahad nie....aku gagahkan jua jariku menari² tekan keyboard....

>>>Adakah sebab faktor usia...ermmm...

~ zura ~

Monday, October 24, 2011

Bila Guna Lilin

Assalamualaikum....

Ini cite ari Jumaat...sekarang nie kan musim hujan kan...tapi ari jumaat tue bukan hujan je lebat...siap ngan guruh petir kilat lagi....dah lama rasanya aku tak rasa setakut tue...ingat lagi masa kecik² siap selubung sebab takut kena panah....

Oleh kerana elektrik umah mak aku otomatik blackout kalau kilat...so bergelaplah ktorang sekejap....bagus jugak guna sistem nie sebab tuk keselamatan....bila dah gelap nie...kenalah nyalakan lilin tuk terang.....

Satu masalah bila pasang lilin nie adalah budak²....takut dorang nie main api....nasib tak baik kang lain plak citenya....macam satu lirik tue..."terbakar dalam hujan"....bila dah pasang lilin tue kena pastikan tempat tue selamat di letak.....

Inilah ceritanya bila kat umah mak aku pasang lilin.....macam perangai aku masa kecik² dulu...

Adik ngan anak² buah aku dok ngadap je api tue....

Budak tecik nie pun lorat bila tengok ucu yah, abg Muqri ngan kakak Zana dia dok ngadap lilin...keletak keletuk dia merangkak datang....

Baru lepas menangis kena bantai mak dia....asik melalak je...tengok lilin terus senyap....


Terasa lilin nie menyala plak dalam blog nie....

~ zura ~

Magnum Classic

Assalamualaikum.....

Alhamdulillah dapat jugak merasa ais krim magnum classic nie....sedap sangat dengan bahagian dalamnya perasa vanilla....tapi tak de pulak orang bawak mahkota ngan kerusi di raja bagi kat aku....hehehe....

Aku tertarik dengan packaging nye....

Tebal siot ais krim nie....

Vanilla ngan coklat mmg feveret aku....

~ zura ~

Friday, October 21, 2011

Dapat Jugak Download Game Chuzzle

Assalamualaikum....

Akhirnya dapat jugak aku bermain game chuzzle deluxe....game yang aku suka nie..best main dia...aku mula tahu pasal game nie dari sepupu aku...dia yang ajar ktorg main game nie...lepas nie boleh lah layan game nie sampai muak.....

Nie masa tengah download....

Dah pun abis download....

Inilah hasilnya....so lets start....nak heboh kat adik² akulah...dorang pun suka main game nie....

Thanks so much Zie sbb begitu alert ngan request dari akak nie....korang nak download jugak ke...korang masuk --> http://princessredbloodsnow.blogspot.com/2011/10/nak-download-games-chuzzle-deluxe-ea.html

~ zura ~

Apa Kesannya

Assalamualaikum......


Seharian tanpa blog....apa yang akan korang rasa kalau korang jenis tegar sangat dengan blog nie....

~ zura ~

Thursday, October 20, 2011

Tak Sampai Setahun Dah Kena Tukar

Assalamualaikum......

Inilah ceritera bila kite mula memakai kenderaan...tak kiralah apa jenis kenderaan pun....sekarang nie pun kenderaan bukanlah kehendak tetapi dah jadi keperluan....sebab tue setiap umah mesti ade sekurang²nya satu.....

Banyak benda kena fikir bila kita dah menetapkan untuk mengguna kan kereta ke van ke motor ke kapal terbang ke...ape² je lah...monthlynye lah...maintainancenye lah....valuenye lah....hutang dengan bank lagilah...jauhkan perjalanannye....

Aku dok pam² tayar...tapi asiklah kempis anginnya....adalah dalam tiga kali buat cam tue...last to last...aku pegi je kedai tayar nak tengok ape masalahnya...sekali tayar aku macam pecah dan di bahagian tepi dan memang tak boleh nak inject.....

Taukeh tue cakap kena tukar...aaaaaargggggggggggghhhhhhhhh....dah lah cash tak banyak dalam purse.....tepon bapak aku nie cite masalah aku....dengan ihsan yang tinggi kat anak dara dia nie bergegaslah bapak aku ke Subang....

Bayangkan sungguh ralat hati aku bila tayar yang baru je aku tukar bulan 12 tahun lepas kena tukar lagi...bunga tayar pun masih cantik lagi....punyalah aku berhati² bawa tak nak sampai langgar lubang...kena jugak...adoooiiii....

>>>Pesan aku...hargailah ape saje hak milik korang...tak kiralah benda ke...orang ke....binatang ke....jaga elok²....

Tayar side co-driver....

Kat seberang tue ade gerai makan....nasi ayam kukus dia menusuk ke hidung masa menunggu bapak aku...rasa lapa tetiba....

~ zura ~

Wednesday, October 19, 2011

Muka Baru

Assalamualaikum....

Baru perasan benda alah nie...tapi prefer interface yang lama...mungkin ambik masa nak guna yang baru punya....aku pernah try sekali buat entry guna yang baru...kalau nak masukkan link memang mudah berbanding dengan yang lain....

Klik kat anak panah tue.....

Akan jadi macam nie.....

Sebelum nak switch back ke yang lama kena bagi respon dulu....

~ zura ~

Berhenti, Bersedia Atau Jalan

Assalamualaikum......


Kalau lampu isyarat macam nie memang kemalangan berlaku...sebab sumenye bernyala..tak tahu nak berenti ke...bersedia ke..atau jalan....

~ zura ~

Monday, October 17, 2011

Give Aways Template Cik Nurfarah

Assalamualaikum....


Dapat tagged GA dari si manis AmyLiana...baru nak lari...sekali kena tagged...hahaha...gurau je Amy..thanks sebab tak lupa kan akak...okey...GA nie mudah sesangat...hadiah pulak menarik...kalau ada rezeki aku best nie...yang penting kita mencuba...

Syarat² penyertaan korang klik je kat Give Aways Template Cik Nurfarah....malas lah nak taip syarat²nye...nak korang terus pegi kat blog Farah...blog pinky winky dia...aku nak tagged sapa erk..???okey dah dapat...

2. Masz 

~ zura ~

Bila Allah Murka

Assalamualaikum.....

Dalam beberapa hari kebelakangan nie...aku ngan member opis tetiba bertanya sesama sendiri tentang pemerintah Israel yang kita sedia maklum memang kejam....diam tak diam rupa²nya dah lima tahun dia koma....erm....kejap je kan...

Apa yang jadi kat dia banyak pengajaran yang kita boleh ambil...sesungguhnya doa orang² teraniaya memang di makbulkan Allah s.w.t....mungkin balasan yang diterima belumlah setimpal dengan kekejaman yang di lakukan....nauzubillah....

Beberapa fakta yang aku nak sharekan ngan korang untuk kita renung²kan dan mengambilnya sebagai iktibar yang aku dapat dari google dan terus ke blog Anak Seberang.....

* Ariel Sharon lahir di Kfar Malal, Palestin dengan nama Ariel Scheinermann pada 27 Februari 1928, ketika bapanya masih menuntut dalam bidang agronomi di Universiti Tbilisi, Georgia, sementara ibunya dalam bidang perubatan.

* Sharon memang bersifat pelampau kerana sejak berusia 10 tahun lagi sudah terlibat dalam pergerakan pemuda Zionis, Hassadeh (bererti, Medan). Pada usia 14 tahun, Sharon menganggotai pula Gadna, iaitu batalion separuh militer, kemudian Haganah, pasukan separa militer bawah tanah Yahudi. Ketika era pembentukan negara Israel, Sharon dilantik menjadi komanden platon briged Alexandroni, dan mengalami cedera teruk semasa bertempur dengan tentera Jordan di Latrun, Israel.

* Pada 1949, Sharon dinaikkan pangkat menjadi komander kompani Briged Golani dan tahun berikutnya, pegawai perisik Central Command, seterusnya Ketua Unit 101, iaitu Unit Khas pertama tentera Israel (1951).

* Di bawah pimpinannya, Unit 101 melancarkan siri serangan yang tidak putus-putus ke atas Palestin dan negara-negara Arab lain. Unit ini dibenci kerana selain tentera, mereka juga menjadikan orang-orang awam sebagai sasaran. Unit 101 menjadi dalang operasi Qibya pada musim luruh 1953 menyebabkan 69 orang penduduk kampung di Tebing Barat, Palestin meninggal dunia, termasuk kanak-kanak.

* Isteri Sharon, Margalit mati dalam kemalangan kereta pada Mei 1962 menakala anak lelakinya, Gur mati pada Oktober 1967 kerana ditembak oleh kawannya semasa mereka bermain dengan selaras rifel. Selepas kematian Margalit, Sharon mengahwini adiknya, Lily. Lily pula mati pada tahun 2000 akibat kanser.

* Sharon menjadi komander Briged 202 Israel dalam perang Terusan Suez pada 1956, dan bertanggungjawab merampas kembali kawasan timur Sinai dan Genting Mitla. Sharon juga terlibat merancang dan memimpin pasukan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada Oktober 1973. Sharonlah juga yang mengesan lompang-lompang dalam kemaraan pasukan-pasukan tentera Mesir, lalu menyerangnya hingga tentera Mesir dan negara-negara Asia Barat lain yang bersekutu dengannya, tumbang.

* Karier politik Sharon bermula pasa 1940 dengan menjadi ahli Mapai (Parti Pekerja dan Tanah Israel), sebelum ditukar menjadi Parti Buruh. Beliau adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti Likud pada Julai 1973 dan dilantik Menteri Pertahanan pada 1981 di bawah Perdana Menteri, Menachem Begin.

* Dosa Sharon yang tidak akan dilupakan oleh seluruh dunia Islam ialah menjadi dalang pembunuhan keji terhadap pelarian-pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila pada 1982. Sebagai Menteri Pertahanan, Sharon telah mengapikan tentera Kristian Phalengis Lebanon menyerang penghuni khemah pelarian itu, menyababkan hampir 4,000 orang awam yang tidak bersalah, dibunuh dengan kejam. Suruhanjaya Kahan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut mengesahkan penglibatan Sharon. sharon akhirnya terpaksa melepaskan jawatan, (namun terus menjadi Menteri Tidak Berpotfolio dalam kabinet Menachem Begin), tetapi itu pun setelah puas didesak dan terjadinya pertempuran antara orang awam Israel dengan tentera negara tersebut.

* Sharon menjadi menteri di beberapa potfolio dalam kabinet Perdana Menteri-Perdana Menteri berikutnya, hinggalah beliau sendiri menduduki jawatan tertinggi itu pada Februari 2001 selepas Parti Likud pimpinnya memenangi pilihan raya.

* Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan lagi. Kematian di kalangan pejuang dan orang awam terus meningkat. Pada 14 Disember 2001, Sharon 'memenjarakan' pemimpin pejuang pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat di dalam pejabatnya di Ramallah kerana menggalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.

* Sharon amat membenci Arafat, hinggakan sewaktu ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkaat, dia menyesal kerana tidak membunuh Arafat, 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Lebanon pada 1982. Malah Sharon berkata, "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu".

* Sewaktu Arafat terpenjara, Sharon terus mengarahkan pihak tentara Israel mengganas , membunuh pejuang serta rakyat awam Palestin dan meruntuhkan kediaman mereka. Pada 3 April 2004, Sharon mengeluarkan ancaman bahawa Arafat dan pemimpin pergerakan Hizbullah di Lebanon adalah sasaran pembunuhannya. Ancaman itu dikeluarkan dua minggu selepas tentera Israel membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin ketika ulama itu dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Seminggu selepas mengeluarkan ancaman tersebut, tentera Israel membunuh pula pengganti Ahmed Yassin, Abdel Aziz Rantisi.

* 11 November 2004, selepas dua tahun 'dipenjarakan ' di pejabatnya oleh tentera israel, Yasser Arafat meninggal dunia dalam keadaan misteri, dipercayai akibat diracun. Tidak lain tidak bukan, perencana kepada kesengsaraan dan kematian Arafat itu adalah lelaki pendek berbadan gempal yang bernama Ariel Sharon.

* Pada 16-30 Ogos 2005, Sharon melakukan suatu tindakan yang mengejutkan apabila mengusir 9,480 penduduk haram Yahudi di 21 petempatan haram di Gaza, dan empat lagi di utara Tebing Barat. Tindakannya itu membangkitkan kemarahan pelampau Yahudi, menyebabkan seorang abi bernama Yosef Dayan mengenakan sumpahan Pulsa di-Nura ke atasnya, dengan harapan malaikatmaut akan menyeksa serta mencabut nyawa Sharon.

* 18 Disember 2005, Sharon diserang strok dan doktor turut mengesan kerosakan pada saraf jantungnya . Beliau diminta berehat sementara menunggu hari pembedahan pada 5 Januari. Sharon enggan mematuhi arahan itu dengan pergi bekerja, dan sebagai imbuhannya, dia diserang strok sekali lagi pada 4 Januari, sehari sebelum dibedah. Pada 8 Januari, Sharon koma sampailah sekarang.


>>>Bila sampai kemurkaan Allah s.w t inilah jadinya....

~ zura ~

Saturday, October 15, 2011

Sabtu Yang Penuh Rancangan Kegemaran Aku

Assalamualaikum.....

Aku nie bila ari sabtu je terus teringatkan TV9...TV9 kan di hati...hehe...itulah tagline TV9....memang sesuai....kalau tak de buat ape² kat umah...aku rela layan katun kat TV9 dari melayan hindustan kat TV3 ngan TV2....

Memang dari dulu aku kurang meminati hindustan walaupun orang dok cakap hero nie hensemlah...heroin nie cantiklah....cite nie bestlah...tak tahulah nape aku susah nak minat hindustan....tapi kalau hindustan tue genre seram aku suka...hehe...

Pada aku kalau nak di ikutkan.....tamil punya cite lagi best dari hindustan....sebab tamil kebanyakkannye menceritakan cerita masyarakat....kan kan kan kan....ape² jelah kan...korang pun ada pendapat korang sendiri.....

Meh aku bagitahu korang cita ape aku layan dari pukul 0700 pagi - 0530 ptg ari sabtu... 


0700 - 0730....atasinchi di TV3....


0230 - 0300....wonder pet's....


0300 - 0330...go go diego....


0330 - 0400....dora the explorer....

Jimmy Neutron (2001) movie poster

0430 - 0500....jimmy neutron.....

Align CenterJustify Full

0500 - 0530....spongebob squarepants....

>>>Boleh hilang strees kalau layan kartun....hehe...hari sabtu yang penuh kartun dalam hidup aku....

~ zura ~

Mungkinkah Ada Tahajjud Cinta The Movie..??

Assalamualaikum....


Amacam...Tahajjud Cinta dah abis....korang puas hati tak ending dia....kalau aku baca beautifulnara.com....ada peminat yang tak puas hati....erm...sebab ending dia tergantung....tak tahu ape jadi pada ustaz Shauki, Seri, Solah dan yang lain²nya.....

Pendapat akulah....penonton melayu kita nie lebih suka di sogok dengan sesuatu yang jelas....sesuatu yang nampak tanpa perlu berfikir kesudahannya....atau tak mahu membuat bermacam² spekulasi tentang sesuatu tue....

Berlainan ngan aku...aku suka buat andaian untuk kesudahan sesuatu tue....aku suka berfikir..."mungkin macam nie atau macam nie"....bukan suka kan kekeliruan tapi aku suka sesuatu yang buat aku berfikir....

Memang jelas lah ending nya tergantung.....nampak muka terkejut ustaz Shauki bila rumah dia di serbu orang kampung yang di ketuai oleh anaknya sendiri....mungkin ada sebab Erma Fatima buat cam tue kot...manalah tahu ada Tahajjud Cinta The Movie pulak....hehehe...

>>>Segalanya tak mustahilkan....totally cerita dia pada aku...biasa² je tapi sarat dengan pengajaran....

~ zura ~

Friday, October 14, 2011

Terapi Hilangkan Mengantuk

Assalamualaikum.....

Korang mengantuk tak...meh layan video sengal nie...aku tengok rase nak gelak guling² dari bukit ke gunung.....tak tahan tengok muka lelaki yang pakai baju biru tue....kalau korang ape korang boleh buat..???


Terus hilang mengantuk aku....

~ zura ~

Jeles Betul

Assalamualaikum....

Sejak ade page sendiri nie...suka bebenau aku link kan entry kat page sendiri.....sejak reti nie aktif betul aku link kan kat page aku tue....dulu tak tahu....dan malas nak godeh².....tapi aku tak boleh link kan kat wall fb aku tue....

Sebab nya budak opis aku tak tahu aku ada blog nie...lagi pun aku tak nak bagitahu....nanti dorang tahulah aktiviti aku kat opis.....kena berjaga² kat wall fb nie....takut terkantoi....kekadang jeles ngan korang yang bebas link kan blog....


Untuk mengelak di kesan oleh pihak berkuasa Jasa (opis aku)...aku telah meletakkan singkatan huruf saje..Zue Tahir Merry Go Round --> ZT MGR....


Selain kat page sendiri...aku kerap jugak link kan kat Kelab Blogger nie....

Pin kan jugak kat www.innit.com.my...tapi dah lama tak link kan sebab macam leceh sangat...nak kena taip link blog..aduush...kalau Geng Blogger senang nak pin blog tapi asiklah kena serang virus....sejak kena serang tue aku pun terus buang banner GB...ada lagi ke virus kat GB...??

~ zura ~

Thursday, October 13, 2011

Tanpamu

Assalamualaikum.......


Tanpamu - Amir Jahari
Selamat pagi semua
Dengarkanlah nada
Suara dan irama

Embun pagi yang lembut
Yang menyakitkan telinga
Menyentuh pipi yang gebu

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Saat 7 pagi
Akan ku tersedar
Mungkin kerana kau
Aku dapat merasa

Embun pagi yang lembut
Menyentuh pipi yang gebu
Waktu pagi diriku
Hingga pagiku sambut

Tanpamu
Ku kan terlewat
TanpamuKu kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Ku kan terlewat
Tanpamu
Ku kan sedih
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Tanpamu
Kerana kau lah penyelamat
Dan akan sentiasa di hati

Pernah dengar lagu nie tak....???lama² dengar lagu nie aku jadi suka plak...memula tue macam biasa je perasaan tue...aku nie kalau tak betul² susah nak jatuh gedebuk kat sesuatu...kena pandai tacklelah kiranya....hahahaha...

Lagu nie dah semakin glemer kat corong² radio....untuk dengar sambil bersantai....korang dengarlah lagu nie....memang boleh buat kite berbuai perasaan punyelah....duduk atas buaian tido tepi pantai plak tue.....

Korang nak tahu sapa tunang Amir Jahari nie.....selama nie aku dok baca entry² tunang dia tapi tak pulak aku tahu si dia nie tunang Amir Jahari nie...aku tahu kewujudan artis nie pun dari entry tunang dia....sebab aku bukannya kipassusahmati AF....

Meh terjah blog tunang dia....Amni....

~ zura ~

Wednesday, October 12, 2011

Mesti Tengok

Assalamualaikum.......


Tahajjud Cinta....pergghh tajuk...cite nie kiranye biase je pada aku....tapi mungkin sebab plot² yang menarik dengan bakat pelakon yang menjadi....buat aku melekat nak tengok sambungan cita nie.....

Jumaat nie last episode tuk cite nie....pendek je kan episod cite nie....13 episod.....kang lama sangat kang...bosan plak....tak kesahlah kejap pun asalkan citenye padat.....tak sabar aku nak tengok ending cite nie.....hihihi.....padan muka bapak Seri....

~ zura ~

Segmen : Kenapa Nickname Saya Begini?

Assalamualaikum.....



Masuk blog iEyLa...terjumpalah segmen nie....rasa macam best je kan so aku pun joinlah...korang klik kat banner tue....korang boleh baca syarat² segmen kat blog beliau....sebenarnya aku baru mengenali blog ummihanie nie....

" ZURA "

Itulah nama panggilan aku yang telah tertulis sejak aku kecik sampailah dah besar panjang nie....memang tak berubah....sebenarnya adelah beberapa nama panggilan lain yang di panggil tuk aku nie....tapi kiranya ini nickname paling besarlah pengaruhnya....

Selain nama ZURA nie....ada jugak orang panggil aku dengan panggilan Zue....malahan aku sendiri guna nama tue untuk FB....walaupun macam tue tapi aku selesa orang memanggil aku dengan nama ZURA....tak kesahlah nak panggil mana² pun...

Aku suka nama aku tue....dari situ aku meminati huruf Z....dah macam Zorro je....ada jugak member yang panggil aku Zorro...tak baik kan....hehe....kalau boleh biarlah nickname tue ade pada fullname kita...so tak delah orang rasa pelik...

Aku bangga dengan nama aku.... :)

~ zura ~

Bila Heliza Dan Fida Tidak Bertudung

Assalamualaikum....

Kat bawah nie keyword semalam....orang mencari Heliza tak pakai tudung....salah tue....kisah hot sekarang nie fesyen tudung Fida yang terlalu trendily....sehingga menampakkan lehernye sendiri...jauh berbeza di awal kemunculan dia dulu.....

Tahu tak...masa aku tak de mood nak berupdate blog nie.....aku usha² jugak nuffnang aku....mase tue mmg banyak orang masuk blog aku nie sebab nak tengok gambar Fida tue....tapi mesti dorang hampa sebab tak ade.....

Macam manalah kalau Heliza tak bertudung kan....??tapi aku solutelah Heliza nie....walaupun dia lawa, cun, cantik...personaliti dia tetap tak berubah....still sama macam dulu lagi....belum lagilah dia bertudung terlalu mengikut trend sampai nampak leher....

>>>Aku suka kalau seseorang perempuan tue sekadar mengenakan tudung bawal je untuk bertudung....tapi sebab fesyen sentiasa berubah²kan....sure kite nie nak mencuba....







Pencarian dua artis bertudung...



Heliza Helmi cantik walaupun bertudung simple...mata dia tue mahal....



Kan lawa pakai tudung cam nie je...

~ zura ~


Tuesday, October 11, 2011

Cuba Petua Dari Myra

Assalamualaikum......

Masa dok baca² entry kengkawan....aku pun ternampaklah entry pasal petua atasi resdung kat blog Myra....kalau senang aku boleh buat....memang senang nak buatnya....so aku pun rembatlah halia seketul ngan lada hitam kat umah mak aku....senangkan...hehe...

Masukkan bahan² tue dalam periuk berisi air dan didihkan atas api....senang je kan....lepas tue bukan minum tapi just kumur² pagi, petang dan malam....sekarang nie aku tengah mencuba petua dari Myra nie.....

Sekarang nie resdung aku ketahap hidung dah tersumbat sebelah....memang tak selesa terutama sekali nak tido....adoooiii....kalau pepagi tue tak bersin tak sah....aku jgak alah pada habuk...boleh bawak ke demam....harap² berkesanla aku amalkan petua nie....


Hairanlah Myra...nape macam berminyak erk...memang macam tue ke...????


Selain cuba petua nie...aku makan jugak pil resdung nie....

~ zura ~

Bulat Macam Doraemon

Assalamualaikum....


Jiyah...baru nampak lekuk kat dagu...memang keturunan aku ada lekuk kat dagu...gen bapak aku kuat.....

Ini anak buah aku yang kedua bongsu....yakni yang ke-8....tengah membesar bagai johan anak buah aku sorang nie...dah pandai merangkak....mulut pun dah bising semacam je...asik nak berdukung je...badan dah lah bulat....

Dah macam doraemon je mukanye.....aku panggil dia bulat....bulan nie tujuh bulan dah...kalau aku balik tak ambik dia...aku buat tak tahu...dia akan pandang je aku...nak suruh ambik...aku dah fahamlah perangai dia tue....

Kalau menangis suka sangat bunyi kan perkataan "abuuuuuu...abuuuuuu" ngan mulut terketar²....bila dia nangis aku akan mengejek...sebab geram...bila nada jadi lain ngan muka dah merah baru aku pujuk...hehehe...

~ zura ~

Monday, October 10, 2011

Budget Oh Budget

Assalamualaikum......


Image from google

Baru² nie PM dah pun bentangkan budget tuk negara....aku belum baca sepenuhnya lagilah pasal budget negara nie......tapi tahulah sikit² pasal budget yang di bentangkan.....antaranya..:-
  • Umur persaraan di lanjutkan dari 58 tahun ke 60 tahun.
  • % kwsp di naikkan ke 13%...cadangan kerajaan.
  • Pesara dapat RM500 sebagai bayaran bantuan...yang nie bapak aku suka...aku pun tumpang gembira...hehehe.
  • Yuran sekolah rendah & menengah di mansuhkan.
Sebenarnya masa bentangan budget tue aku tak mengadap pun.....sebab ape ntah aku tak mengadap ntah....aku harap kerajaan akan tunaikan ape yang mereka bentangkan dan jangan putar belitkan budget plak nanti....

Honestly.....dulu aku memang tak rasa pun budget nie penting.....tapi bila dah semakin naik umur nie...barulah aku rasa kepentingannye....dan pasti pekerja gomen ngan swasta ternanti² imbuhan tiap tahun....

So aku pun kenalah bentang budget tuk diri sendiri nie....sejak dua tahun kebelakangan nie aku adalah jugak buat budget tuk tiap² bulan....nak buat budget tuk setahun rasanya macam besar sangat plak...so buatlah tiap² bulan....sudah memadai bagi aku...

>>>Azam untuk tahun depan aku nak kerat budget yang tak penting....supaya aku rasa smooth je cash flow aku yang tight sejak kebelakangan tahun nie...ermmm....

~ zura ~

Sunday, October 9, 2011

Jom Terjah Blog Newbie

Assalamualaikum...



Nak join segmen dari iMBobo....ari ahad nie dok baca² entry korang kan....terjumpa lah segmen nie...aku suka memeriahkan ape jua segmen atau GA yang korang buat mengikut kerajinan aku....kalau korang nak join klik kat sini --> Segmen Jom Terjah Blog Newbie....

Segmen nie mintak kita pilih satu entry dari blog kita yang kita rasa menarik....hehe....boleh tak aku cakap sume entry aku menarik....kalau tak tak lah korang datang jenguk komen kan...hehehe...gurau je....hanya korang je yang boleh menilai entry tue baik atau tak...

Okey...aku nak cakap ini antara entry aku yang terbaik pernah aku hasilkan.....


Done

>>>Ape lagi jomlah join...senang je....tarikh tutup 22.October.2011... :)

~ zura ~

Saturday, October 8, 2011

Baru Nak Bermalas²an

Assalamualaikum.......


Alhamdulillah....dapat lagi satu BE....baru nak bermalas²an....nuffnang dah bagi lagi satu BE...terima kasih nuffnang...sangat hargai...

~ zura ~

Friday, October 7, 2011

Teruja Dengan Queen Rania

Assalamualaikum.....

Dulu aku rase dia lah paling lawa tapi nape sekarang aku tengok biase² je...mata aku nie ada masalah ke....???

Dulu pertama kali tengok dia terus aku terpegun dengan ciptaan Allah untuk dia miliki....memang lawa lah...bukan setakat lawa tapi bijaksana...memang pakejlah kelahiran dia....subhanallah...ciptaan Allah s.w.t.....

Tapi sekarang nie dah banyak perempuan lain yang lagi lawa dari dia...tapi aku tetap mengata kan dia nie lawa walaupun biasa...mungkin sebab aku suka dengan personaliti dia kot....cukup cantik dengan kelahiran sebagai Islam sejati....

~ zura ~

Thursday, October 6, 2011

Majlis Raya Di Sirim Shah Alam

Assalamualaikum.....

Nak cita pasal raya sikit....bulan lepas dapatlah jemputan majlis raya dari Sirim....dorang buat kat Shah Alam Convension Centre....sebelah SACC Mall....aku pergi ngan dua orang lagi member opis aku.....makan free sapa tak nak....

Makanan dia boleh tahanlah....tak teruk dan tak sedap sangatlah...sedang²lah....untuk kenyangkan perut okeylah.....tapi aku hampa bila sate daging dia agak liat....sangat merundumkan my appetite....

Masa sampai tue aku kat belakang seseorang nie....style rambut dia mengalahkan artis....siap cakap dalam hati tue...."rambut tak ingat...macam artis"....bile dia toleh memang betul artis daaa....hahahaha...gelak sorang² aku dalam hati...dah nama pun dalam hati...sorang²la...

Member aku pilih meja makan sebelah meja artis tue...saje je member aku tue....tengah² makan datang lagi sorang artis kecil molek.....sebelum makan member aku terus terjah dia nak ajak bergambar....hihihi...segan aku....

Bila tengok dua orang member aku bergambar ngan dorang...tak kan aku nak jadi camera women je kan....so suruhlah member aku snap kan....hehe....selalu kalau jumpa artis tak kose aku nak bergambar cam nie...just tengok² je....

Nak tahu sapa artis tue....tak delah seglemer mana tapi ramai jugaklah orang kenal kan....

*
*
*
*
*
*
*
*

Aku ngan Maya Matahari....tegak je bergambar...mber aku siap rangkul pinggang Maya lagi tue...manalah tahu aku dapat tawaran jadi hulubalang istana ke....kahkahkahkah...

Lagi dengan dia....yang belakang tue lah artis yang aku cakap tue...rupenya Rohana Jalil...dengan dia aku tak snap gambar pun sebab tengok masa tue drg rushing nak ke pentas....lagi sorang Jaafar Onn....besar tinggi ko....Maya nie rendah sikit dari aku...tapi molek...

~ zura ~

Barang Di Kembalikan

Assalamualaikum.....

Inlah barang yang aku nak anta tue...kena sorokkan....nanti tak surprise plak....

Aku konyok²kan masuk terus dalam dust bin....

Bengang pun ada...bila nak pos barang pastu di kembalikan balik...tapi sebenarnya dah dapat agak dah akan di kembalikan sebab dulu Dini ada bagi tahu pasal nie...sekarang nie pos express hanya terima dokumen sahaja.....

Ish leceh betullah....dulu boleh je nak pos barang yang ringan kat dalam tue...erm....nampaknya kena buat pos lajulah pas nie...sebenarnya barang nie dah lama tunggak....risau aku simpan lama².....tak pe...insyaAllah akan sampai juga pada pemiliknya....

~ zura ~

Wednesday, October 5, 2011

Hukum Atau Fesyen

Assalamualaikum....


Yes yes yes...mood untuk berblogging dah naik 40%....hahahaha...bukanlah saja nak share benda nie tapi untuk renungan kita bersama....pada aku eloklah di sebarkan ilmu dan peringatan itu berkali² walaupun sedikit.....

Kat FB dah banyak gambar nie tersebar sebenarnya....so aku sebarkan plak kat dalam blog aku nie untuk peringatan pada aku sesungguhnya....ambiklah iktibar dari setiap kejadian itu dengan penuh penghayatan....

>>>Dah macam ustazah plak aku nie....

~ zura ~

Tuesday, October 4, 2011

Bila Hijabmu Di Buka

Assalamualaikum.....


Nanti cite seram nie menjengah pawagam...minggu nie...ari Khamis 06.10.2011...wow...teruja nak tengok...kalau tengok trailernya bukan main seram mengigil lagi....tapi jangan indah kabar dari rupa....

Tapi Tun M dah tegur penggiat seni sebab terlalu banyak sangat lambakan cite genre seram nie....Tun M takut kita² nie terpengaruh dengan amalan percaya kan bomoh....sikit² jumpa bomoh....macam tak percayakan kehebatan kuasa Allah...

Tapi aku ada pendapat aku sendiri.....kalau kita menonton sesuatu cerita tue dengan akal dan fikiran insyaAllah kita akan beroleh pengajaran dari cerita tersebut sebab aku percaya penggiat seni akan buat cerita dengan pengisian yang bermanfaat....

>>>Jom tengok nak....aku takut tengok sorang²....

~ zura ~

Monday, October 3, 2011

Di Mana Dia

Assalamualaikum......

Alhamdulillah...aku masih di beri kudrat untuk terus menulis di blog kosong nie....kudrat tue ada tapi emosi tue yang tak berapa nak baik sangat....hehe....tue yang lama mendiamkan diri tue....elok plak tue lepas raya mood jadi hampeh....

Nak kata mood beraya tue ada....tak jugak....sebab mood tue biasa-biasa je....ntahlah....nak kata idea menulis tue tak de....tak jugak sebab cite raya masih belum di kongsikan lagi....antara nak dengan tidak je.....

Terima kasih pada kawan-kawan yang bertanya khabar aku....orang pertama yang tanya adalah Cik Izah...awek melaka....hehehe...ada yang bertanya melalui FB...msg handset....email....komen dalam entrylah...thanks again....

Bukan niat nak cari populariti...chewaaaaaah...tapi mood nie tak berapa nak menjengah dalam diri nie.....InsyaAllah aku akan cari balik mood tue...kalau korang terjumpa mood tue bagi tahu aku cepat-cepat tau...hehe....

>>>Okeylah....nak tido...selamat malam sume...luv u all....

~ zura ~