Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Showing posts with label hukum islam. Show all posts
Showing posts with label hukum islam. Show all posts

Sunday, December 14, 2014

Biar Miskin Asbab Membayar Hutang

Assalamualaikum....

Rasa terbeban dengan hutang rumah, hutang pinjaman bank, hutang kad kredit, hutang belajar....dalam islam ada penyelesaiannya...Insha Allah....mari kita amalkan semoga beroleh manfaatnya....


akibat gaya hidup yang melampau...inilah jadinya...kesan dari perbelanjaan yang melampaui pendapatan diri....jerat leher sendiri....gadai diri dan keluarga....
 

berbelanjalah secara berhemah dan ikut kemampuan diri....sabar adalah penting dalam menangani kehendak diri....saving bulanan dapat atasi kita dari berhutang yang teruk...


Sabda Rasulullah yang ada benarnya bagi mereka² yang prihatin membayar hutang...jangan main² dengan hutang....sebab hutang kita tak tido lena...


ada manusia yang tak sanggup miskin sebab membayar hutang sedangkan membayar hutang itu adalah amal jariah...membayar hutang kita dapat kurangkan beban si pemberi hutang...


kata TIDAK pada hutang....


taknak ke jadi macam nie...freedom...free from debt....dapat pergi melancong, simpan duit untuk anak², membantu yang memerlukan....sebab kebanyakan manusia bila susah dia lagi susah nak menderma sebab takut miskin...itu pandangan yang salah ye....bersedekah tidak menjadikan kita miskin...itu janji Allah....

Di bawah nie ada beberapa ayat yang boleh kita amalkan....Insha Allah...Allah sentiasa bersama orang yang meminta denganNya dengan sabar dan tawaduk....mari kita amalkan...





" Ya Allah, yang meleraikan dukacita, Yang melapangkan kekusutan, Yang menyahut seruan orang yang susah, Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang di dunia dan akhirat, Engkau mengasihi aku, maka rahmatilah aku dengan suatu rahmat yang mencukupi untukku berbanding rahmat yang ada pada selainMu. "


~ zura ~

Thursday, August 28, 2014

Susu Ibu Jalan Penyelesaian

Assalamualaikum....

Lain yang aku nak cari lain pulak yang aku jumpa....dan satu info nenarik yang aku dapat di www.carigold.com...

Hukum agama tidak boleh di pinda...apa yang sudah Allah tetapkan itulah yabg termaktub sampai akhir dunia....

Jom baca kisah nie....

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....

Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!

Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh! 

Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.

Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.

Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ? 

Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !
Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !

~ zura ~

Monday, October 17, 2011

Bila Allah Murka

Assalamualaikum.....

Dalam beberapa hari kebelakangan nie...aku ngan member opis tetiba bertanya sesama sendiri tentang pemerintah Israel yang kita sedia maklum memang kejam....diam tak diam rupa²nya dah lima tahun dia koma....erm....kejap je kan...

Apa yang jadi kat dia banyak pengajaran yang kita boleh ambil...sesungguhnya doa orang² teraniaya memang di makbulkan Allah s.w.t....mungkin balasan yang diterima belumlah setimpal dengan kekejaman yang di lakukan....nauzubillah....

Beberapa fakta yang aku nak sharekan ngan korang untuk kita renung²kan dan mengambilnya sebagai iktibar yang aku dapat dari google dan terus ke blog Anak Seberang.....

* Ariel Sharon lahir di Kfar Malal, Palestin dengan nama Ariel Scheinermann pada 27 Februari 1928, ketika bapanya masih menuntut dalam bidang agronomi di Universiti Tbilisi, Georgia, sementara ibunya dalam bidang perubatan.

* Sharon memang bersifat pelampau kerana sejak berusia 10 tahun lagi sudah terlibat dalam pergerakan pemuda Zionis, Hassadeh (bererti, Medan). Pada usia 14 tahun, Sharon menganggotai pula Gadna, iaitu batalion separuh militer, kemudian Haganah, pasukan separa militer bawah tanah Yahudi. Ketika era pembentukan negara Israel, Sharon dilantik menjadi komanden platon briged Alexandroni, dan mengalami cedera teruk semasa bertempur dengan tentera Jordan di Latrun, Israel.

* Pada 1949, Sharon dinaikkan pangkat menjadi komander kompani Briged Golani dan tahun berikutnya, pegawai perisik Central Command, seterusnya Ketua Unit 101, iaitu Unit Khas pertama tentera Israel (1951).

* Di bawah pimpinannya, Unit 101 melancarkan siri serangan yang tidak putus-putus ke atas Palestin dan negara-negara Arab lain. Unit ini dibenci kerana selain tentera, mereka juga menjadikan orang-orang awam sebagai sasaran. Unit 101 menjadi dalang operasi Qibya pada musim luruh 1953 menyebabkan 69 orang penduduk kampung di Tebing Barat, Palestin meninggal dunia, termasuk kanak-kanak.

* Isteri Sharon, Margalit mati dalam kemalangan kereta pada Mei 1962 menakala anak lelakinya, Gur mati pada Oktober 1967 kerana ditembak oleh kawannya semasa mereka bermain dengan selaras rifel. Selepas kematian Margalit, Sharon mengahwini adiknya, Lily. Lily pula mati pada tahun 2000 akibat kanser.

* Sharon menjadi komander Briged 202 Israel dalam perang Terusan Suez pada 1956, dan bertanggungjawab merampas kembali kawasan timur Sinai dan Genting Mitla. Sharon juga terlibat merancang dan memimpin pasukan tentera Israel dalam Perang Enam Hari pada 1967 dan Perang Yom Kippur pada Oktober 1973. Sharonlah juga yang mengesan lompang-lompang dalam kemaraan pasukan-pasukan tentera Mesir, lalu menyerangnya hingga tentera Mesir dan negara-negara Asia Barat lain yang bersekutu dengannya, tumbang.

* Karier politik Sharon bermula pasa 1940 dengan menjadi ahli Mapai (Parti Pekerja dan Tanah Israel), sebelum ditukar menjadi Parti Buruh. Beliau adalah salah seorang pengasas penubuhan Parti Likud pada Julai 1973 dan dilantik Menteri Pertahanan pada 1981 di bawah Perdana Menteri, Menachem Begin.

* Dosa Sharon yang tidak akan dilupakan oleh seluruh dunia Islam ialah menjadi dalang pembunuhan keji terhadap pelarian-pelarian Palestin di khemah Sabra dan Shatila pada 1982. Sebagai Menteri Pertahanan, Sharon telah mengapikan tentera Kristian Phalengis Lebanon menyerang penghuni khemah pelarian itu, menyababkan hampir 4,000 orang awam yang tidak bersalah, dibunuh dengan kejam. Suruhanjaya Kahan yang ditubuhkan untuk menyiasat kejadian tersebut mengesahkan penglibatan Sharon. sharon akhirnya terpaksa melepaskan jawatan, (namun terus menjadi Menteri Tidak Berpotfolio dalam kabinet Menachem Begin), tetapi itu pun setelah puas didesak dan terjadinya pertempuran antara orang awam Israel dengan tentera negara tersebut.

* Sharon menjadi menteri di beberapa potfolio dalam kabinet Perdana Menteri-Perdana Menteri berikutnya, hinggalah beliau sendiri menduduki jawatan tertinggi itu pada Februari 2001 selepas Parti Likud pimpinnya memenangi pilihan raya.

* Apabila Sharon menjadi Perdana Menteri, serangan terhadap Palestin diperhebatkan lagi. Kematian di kalangan pejuang dan orang awam terus meningkat. Pada 14 Disember 2001, Sharon 'memenjarakan' pemimpin pejuang pembebasan Palestin (PLO), Yasser Arafat di dalam pejabatnya di Ramallah kerana menggalakkan pejuang Palestin menyerang Yahudi. Bala tentera Israel yang dilengkapi dengan kereta kebal mengepung pejabat Arafat 24 jam sehari serta memotong bekalan elektrik.

* Sharon amat membenci Arafat, hinggakan sewaktu ditemu bual oleh stesen televisyen BBC pada 3 Januari 2002, Sharon dengan bongkaknya berkaat, dia menyesal kerana tidak membunuh Arafat, 20 tahun lalu, sewaktu tentera Israel menyerang PLO di Lebanon pada 1982. Malah Sharon berkata, "Maafkan saya kerana tidak membunuhnya dahulu".

* Sewaktu Arafat terpenjara, Sharon terus mengarahkan pihak tentara Israel mengganas , membunuh pejuang serta rakyat awam Palestin dan meruntuhkan kediaman mereka. Pada 3 April 2004, Sharon mengeluarkan ancaman bahawa Arafat dan pemimpin pergerakan Hizbullah di Lebanon adalah sasaran pembunuhannya. Ancaman itu dikeluarkan dua minggu selepas tentera Israel membunuh pengasas Hamas, Syeikh Ahmed Yassin ketika ulama itu dalam perjalanan ke masjid untuk bersembahyang Subuh. Seminggu selepas mengeluarkan ancaman tersebut, tentera Israel membunuh pula pengganti Ahmed Yassin, Abdel Aziz Rantisi.

* 11 November 2004, selepas dua tahun 'dipenjarakan ' di pejabatnya oleh tentera israel, Yasser Arafat meninggal dunia dalam keadaan misteri, dipercayai akibat diracun. Tidak lain tidak bukan, perencana kepada kesengsaraan dan kematian Arafat itu adalah lelaki pendek berbadan gempal yang bernama Ariel Sharon.

* Pada 16-30 Ogos 2005, Sharon melakukan suatu tindakan yang mengejutkan apabila mengusir 9,480 penduduk haram Yahudi di 21 petempatan haram di Gaza, dan empat lagi di utara Tebing Barat. Tindakannya itu membangkitkan kemarahan pelampau Yahudi, menyebabkan seorang abi bernama Yosef Dayan mengenakan sumpahan Pulsa di-Nura ke atasnya, dengan harapan malaikatmaut akan menyeksa serta mencabut nyawa Sharon.

* 18 Disember 2005, Sharon diserang strok dan doktor turut mengesan kerosakan pada saraf jantungnya . Beliau diminta berehat sementara menunggu hari pembedahan pada 5 Januari. Sharon enggan mematuhi arahan itu dengan pergi bekerja, dan sebagai imbuhannya, dia diserang strok sekali lagi pada 4 Januari, sehari sebelum dibedah. Pada 8 Januari, Sharon koma sampailah sekarang.


>>>Bila sampai kemurkaan Allah s.w t inilah jadinya....

~ zura ~

Wednesday, October 5, 2011

Hukum Atau Fesyen

Assalamualaikum....


Yes yes yes...mood untuk berblogging dah naik 40%....hahahaha...bukanlah saja nak share benda nie tapi untuk renungan kita bersama....pada aku eloklah di sebarkan ilmu dan peringatan itu berkali² walaupun sedikit.....

Kat FB dah banyak gambar nie tersebar sebenarnya....so aku sebarkan plak kat dalam blog aku nie untuk peringatan pada aku sesungguhnya....ambiklah iktibar dari setiap kejadian itu dengan penuh penghayatan....

>>>Dah macam ustazah plak aku nie....

~ zura ~

Sunday, June 28, 2009

Impak Maksima

Assalamualaikum...

First thing apa yang akan korang fikir pasal gambar² kat bawah nie...kalau aku..wow..lawa² perempuan nie...dorang nie asal dari Thailand...gambar² nie member aku send by email.....usha dulu gambar² kat bawah nie dulu...betapa cantiknye dorang² nie semua...







Aku suke tengok perempuan yang pakai baju biru tue...sweeties...





Tapi jangan terkujat...dorang² nie sebenarnye semua lelaki....bayangkanlah cantiknye dorang tue mengalahkan kite orang perempuan....habis di authornye anggota badan...tp pedulik ape lah, drg tue kafir...kalau org islam lah yg buat memang dha lama aku geleng² angguk²....mesti dorang berfikir...betapa ruginye perempuan yang tak mahu menghiasi diri....betapa dorang² nie menghargai wanita sehinggakan dorang sanggup berhabis wang untuk tukar jantina....

Free Signature Generator