Pilihlah Aku Jadi Temanmu
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Showing posts with label Kesihatan. Show all posts
Wednesday, June 19, 2019
Krim Ajaib
Cebisan Bicara:
herbal blend,
Kesihatan,
shaklee
Wednesday, June 12, 2019
Atasi Kulit Kering Dengan Nivea
Assalamualaikum....
Masalah bertahun-tahun yang aku tanggung...masalah kulit kering...macam-macam losyen aku cuba...tapi hampa...sama je kesannya....
Sebenarnya aku tahu dah losyen satu ni elok untuk kulit kering sebab kakak dan adik aku pernah guna...tapi tak tahu kenapa aku tak terfikir nak cuba...
Makanya...macam otak di picit loceng...terus teringat produk ni dan terus beli...aku bali hat yang kecil je...nak try...so far dah enam hari aku guna....
Nak kata berkesan belum boleh lagi kot...tunggu seminggu ke sebulan ke...dapat pulak review adik aku untuk kulit bertanda2 pun boleh hilang...i'm so excited...
Nak tahu krim apa...???
Tangan aku lepas sapu krim nivea...
Tutup dia tak rapat...susah nak bawa masuk dalam hadbag...
Inilah rupanya...melekit sikitlah...bau pun tak jadi masalah pada aku...
>>> Semoga bermanfaat pada aku...✌
~ zura ~
Tuesday, June 20, 2017
Produk Calit-Calit Cantik Dan Mesra Wuduk
Assalamulaikum....
Syukur walaupun sudah tidak bekerja...aku masih ada income lain....hasil dari income yang tidak seberapa dapatlah juga merasa pakai alat solek mesra wuduk dan krim calit-calit cantik.....
Nak tahu apa bendanya tu....jom baca lagi entry ni....hahaha...terasa poyo pulak....
Aku jatuh cinta dengan produk NURRAYSA....produk dia sederhana je....sekarang aku pakai DD glowing moist cake, pearl magic lipstick, perfect brow shaping dan uv cream....semua ni aku pakai time nak berjalan je....duduk rumah idoklah nak kenakan kat muka kan....aku tengah aim produk yang lain....mungkin mineral looser powder dan miracle eyeliner....hikhik....wishlist bulan Julai 2017....
Hah yang ni pulak produk calit calit cantik....hanya calit calit je....tindakan 12x teknologi nano boleh buat korang cantik asalkan konsisten dan cukup air 3 liter....oleh kerana promosi aku rembat sekali dua botol....sebotol hanya secoet je boleh tahan sebulan lebih....sapu pada nadi utama je....percaya ke tak percaya....banyak sudah testimoni berjaya....tujuan aku guna produk ni untuk sakit kaki aku dan nak tambah berat badan ke tahap ideal....selain glowing2 muka...
>>> Sesiapa nak cuba produk ni boleh bagitahu aku ye....
~ zura ~
Cebisan Bicara:
Kecantikan,
Kesihatan,
Nurraysa,
Perempuan,
set cantik,
Women Desire Essential Cream
Saturday, June 17, 2017
Multivitamin Untuk Anak
Assalamualaikum....
Setiap mak bapak mesti nak yang terbaik untuk anak-anak mereka kan....yang pasti kesihatan nombor satu....apa sahaja dikorbankan asalkan anak sihat dari segi wang ke, masa ke atau tenaga ke....
Macam tu juga dengan aku....beberapa minggu kebelakangan ni anak aku asyik batuk dan susah nak hilang...makan ubat klinik pun still tak reda 100% juga batuk dia...kita ni kalau boleh nak batuk tu hilang terus....
Masa pegi klinik kesihatan Sungai Buloh doktor cakap tonsil dia bengkak sikit dan ada kuman infection dan normal terjadi pada kanak-kanak sebaya dia....bila doktor cakap normal aku sedikit lega...masa ambil darah dia tak putus berdoa....
Alhamdulillah heart beat dia okey, paru2 dia okey....macam-macam solution juga aku buat untuk hilangkan batuk dia....sapu vick, bagi minum air suam, sapu wdec (women desire essential cream) tapi bersifat sementara je...
Lastly terfikir nak bagi dia makan vitamin masa tengah belek-belek katalog avon....dalam katalog tu ada jual vitamin kanak-kanak....so aku pergi kat Guardian...rupanya macam-macam jenis vitamin....
Ada yang vitamin c sahaja, ade yang multivitamin that mean ada macam-macam nutrisi lain, ada yang saccharin free, ada lysine lah...kalau tak de penerangan dari budak Guardian mahunya aku bantai beli...kikiki...
Aku beli vitamin yang boleh imun booster dan selera makan....vitamin aku beli ni free saccharin dan ada lysine....kalau ada saccharin...kanak-kanak yang ada diabetes tak boleh makan sebab saccharin ni pemanis yang tiada kalori...macam tulah penerangannya....
Lysine pulak adalah sejenis asam amino esensial penyusun protein yang tidak dapat diproduksioleh tubuh...salah satu kekurangan lysine pada kanak-kanak ialah kurang selera makan....sebab itu disarankan pengambilan supplement yang ada lysine....
Begitulah sedikit sebanyak tentang multivitamin yang aku beli untuk anak aku....bila dengar supplement boleh tambah selera makan....tanpa fikir panjang aku terus beli....ingat nak survey dulu harganya....
Anak aku ni memang kurang selera makan...badan pun cekeding je....memang payahlah nak suruh makan....tapi dah empat hari bagi dia makan vitamin nie syukur sesangat....dia dah mula minta "mak, nak nasi ngan kicap ngan telo"....
Seronok dengar dia minta nasi...tanpa berlengah masa aku terus capai kuali goreng telur hancur... Insha Allah, kalau sesuai dengan dia...aku akan maintain setiap bulan untuk dia...
Saya makan vitamin...
Multivitamin Champs
Price : RM35.90
Flavour : Orange
Quantity : 100 biji
~ zura ~
Cebisan Bicara:
alhamdulillah,
anakku,
Champs,
chewable vitamin c,
Hanim,
Kesihatan,
Lisina,
Multivitamin,
Sakarin,
vitamin c
Thursday, June 15, 2017
Bella Frutta Produk Kesihatan Dan Kecantikan
Assalamualaikum....
Dah pun sampai barang aku....barang apa ya....hah pada sesiapa yang masih tidak tahu apa yang aku amalkan untuk tampil bertenaga....mai aku perkenalkan pada korang....kiranya nie entry eklusiflah gamaknya.....
BELLA FRUTTA....produk kesihatan yang di asaskan oleh kawan kolej aku di bawah naungan syarikat Beautopia....masih tak pernah dengar...???yelah...produk ni baru je lagi di pasaran....baru setahun jagung....
Sebagai kawan memang aku suka bagi support pada bisnes kengkawan.....selain tu aku sendiri pun sudah mencuba tau....lepas bersalin aku menghadapi masalah angin dalam badan....alhamdulillah...lepas consume BF angin dah pergi...
Kalau dulu minum kafien mesti malam mula lah sesak nafas....perut rasa sebu....lah ni masalah tu sudah pun selesai....thumb up untuk Bella Frutta...banyak lagilah manfaat lain yang korang boleh rasa sebab ramuannya memang superb....
Jom aku cerita pasal khasiat lain, ramuan dia, kuantiti dia....kiranya peribadi dia lah....biar jelas pada korang....
Khasiat :
🍓 Meningkatkan prestasi seksual
🍓Membakar lemak dan mengurangkan berat badan
🍓 Menjaga aset lelaki & wanita
🍓 Anti Penuaan
🍓 Melembapkan & menganjalkan kulit
🍓Menegangkan & menganjalkan payudara
🍓 Meningkatkan Stamina (energy booster)
🍓Mengetatkan dan Memberikan bau harum kepada miss V
🍓Mengecutkan rahim dan lagi 1001 kebaikan jika ANDA konsisten menggunakannya
Ramuan :
Water, sugar, strawberry, white yam, green tea, dates, serapat, kacip fatimah, manjakani
Siapa yang boleh makan :
🍓Perempuan
🍓Lelaki
🍓Ibu berpantang
🍓Ibu hamil dan dalan perancangan untuk hamil DILARANG KERAS
🍓Perempuan period
Kuantiti :
🍓15g x 30 sachet
Harga :
🍓RM138/sekotak
Harga :
🍓RM138/sekotak
Cara makan :
🍓1 sachet pagi sebelum makan, 1 sachet malam sebelum tido untuk seminggu...selepas tu 1 sachet setiap hari
Keluaran :
🍓Beautopia
Parcel yang di post semalam.....efisien pak posto...
Nie lah kotaknya....kotak dia sedikit hancus....almaklumlah...dah banyak-banyak tak terjaga...
Sesiapa nak rasa BELLA FRUTTA bagitahu aku ye...
👉Whatsapp : 0122217442
👉DM : FB - Zue Tahir @ Email - z2007_jc@yahoo.com.my
👉Instagram : zuetahir2007
~ zura ~
Cebisan Bicara:
Bella Frutta,
Kecantikan,
Kesihatan
Thursday, March 12, 2015
Masuk Wad
Assalamualaikum....
Semalam dapat berita anak buah aku Farid admit ward sebab batuk berterusan...alahai kesiankan kalau baby masuk ward nie....dia baru je berumur lima bulan...walaupun kesian tapi comel...hehe...
Teringat masa anak aku admit ward selama dua minggu selepas dilahirkan...memang nekad akan pantau kesihatan dia lepas discharges....serik wooo....dan alhamdulillah....walaupun dia senang kena demam tapi belum sampai ketahap kena tahan ward dan guna neb....
So bila je dapat berita terus mak aku ajak aku dan suami pergi melawat...oleh kerana bapak dia keje di KPJ Damansara...makanya dia di tahan di KPJ juga....satu yang best KPJ nie...bebas waktu melawat dan budak-budak pun boleh masuk....itu yang laju je aku pergi....
Punyalah aktif walaupun tak berapa sihat...
Hah tido dalam baby court...
Budak nie dah pandai meminta...nampak je belon terus melonjak nak belon...bapak dia layankan je...anak baru sorang...belon tue dia yang pilih...suka bila dah dapat...
Senang hati tido kaki bersilang...hehe...
~ zura ~
Cebisan Bicara:
alhamdulillah,
anakku,
baby shaklee,
Hanim,
Kekeluargaan,
Kesihatan
Friday, February 6, 2015
Perbetulkan Posisi
Assalamualaikum.....
Aku nak sharekan sikit information untuk anak-anak yang suka duduk dalam posisi W termasuklah anak aku...hehehe...kena bertindak dari sekarang nie....
Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain. Adakah ianya baik? Atau sebaliknya. Teruskan pembacaan anda.
Bila bermain dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.
Duduk-W tidak digalakkan kepada semua anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.
Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?
Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan ini kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.
Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan keadaan berikut.
- Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai sejarah hip displasia.
- Jika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut.
- Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan.
Bagaimana nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi W
Salah satu cara efektif adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.
~ zura ~
Gajah Pun Makan AJHT...???
Assalamualaikum....
Antara kandungan yang terdapat dalam AJHT....
AJHT...AJHT...AJHT....bagus untuk sakit sendi....seawal lima hari dah nampak hasilnya...aku ada baca blog Master Farah Wahida berkenaan dengan AJHT nie...kenapa ia baik untuk sendi....
Lebih kurang beginilah ceritanya...beza gajah India dengan gajah kita....gajah India bukan sebarang haiwan...malahan dia digunakan sebagai pengangkutan...siap boleh angkut kayu balak lagi....
Nak tahu macam mana gajah India boleh kuat bagaikan juara...sebab makanan yang gajah nie makan adalah tumbuhan boswellia....kalau baca dari gambar kat bawah nie tahulah kenapa boswellia nie mujarab untuk sakit sendi....
Istimewanya bulan nie....ada promotion dua supplement yang terdapat dalam set cadangan sakit sendi....AJHT beli 3 free 1 dan ostematrix beli 6 free 1 atau beli 2 less 5%...sungguh menjimatkan....
Hah apa lagi kawan-kawan....kalau mak bapak kita ada sakit sendi hadiahkan dorang supplement nie sementara ada promotion nie....HANYA BULAN INI SAHAJA YE...
Testimoni sakit bahu....berkesan kan...
Antara kandungan yang terdapat dalam AJHT....
Sumber kalsium yang penting untuk tulang...
Dua dari tiga supplement tengah promosi...so apa laie...mailah gerab...hehehe....
Zura
Sg Buloh
0122217442
~ zura ~
Cebisan Bicara:
AJHT,
Kesihatan,
omega guard,
ostematrix,
promosi,
set sakit sendi,
shaklee,
testimoni
Rezeki Mata Baru
Assalamualaikum....
Alhamdulillah bertemu lagi kita di pagi Jumaat yang penuh barakah....Jumaat pertama di bulan Februari nie....hari mulia nie aku nak cerita pasal mata...hehehe...sebab apa...???sebab aku baru saja buat spec mata baru....kikiki....
Mata nie anugerah terindah Allah s.w.t....mata pancaindera yang merbahaya kalau nak dibandingkan dengan yang lain...sebab dari mata segala pancaindera lain turut sama berfungsi melainkan orang cacat penglihatan...tapi dia guna mata juga...mata hati...
Walaupun aku SID, tapi tidak kesemua supplement aku sudah cuba....ada yang dalam proses nak mencuba....salah satu supplement yang dalam perkiraan aku adalah carotomax...atau nama lain vitamin A yang baik untuk mata....
Satu hidangan carotomax bersama dengan :
102 biji pisang
714 biji aprikot
285 limau gedang
89 biji rasberi
Bayangkan punyalah banyak kuantitinya...manalah kita nak mencari untuk ditelan setiap hari....jadi carotomax hasil gabungan kesemua khasiat tersebut....
Power mataku...rasa-rasa boleh diselamatkan tak untuk tidak gunakan spec mata....
Cerminnya patah...hehe...nampak garisan halus tue...
Bingkai pun sudah berbau gam....cerminnya pernah tertanggal dari bingkai...tue yang gam je tue...
Dah dapat mata baru...alhamdulillah....rezki sudah mari...
Aku suka warna grey...so aku ambik warna grey...black-black grey...hihihi
Selain carotomax...vivix juga boleh membantu...kesihatan optimum dan boleh hilangkan katarak...
Kalau rabun orang sebelah pun tak nampak...
Zura
Sg Buloh
0122217442
💝 zura 💝
Tuesday, February 3, 2015
Penyakit Gaya Hidup
Assalamualaikum....
Gastrik satu lagi penyakit punca dari gaya hidup yang tidak sihat....kebanyakan kita gagal berkomitmen dengan jadual permakanan....mungkin atas desakan hidup, kesibukan kerja, sikap ambil ringan dan macam-macam lagilah alasan....tempoh lima tahun tempoh yang masih sempat untuk berubah....
Berikut info yang aku google pasal gastrik....
Punca Penyakit Gastrik :
Punca penyakit gastrik adalah amalan tabiat makan (minum pagi, makan tengahari dan makan malam) yang tidak mengikut waktu yang tetap. Sebagai contoh kadang-kadang makan tengahari pukul 11.00, kadang-kadang pukul 12.00, kadang-kadang pukul 1.00, kadang-kadang pukul 2.00 dan kadang-kadang bila tersangat sibuk sampai pukul 4.00 petang belum makan tengah hari.
Apabila amalan ini diteruskan untuk tempuh kira-kira 5 tahun, insyaAllah Allah akan memberikan penyakit gastrik. Setelah penyakit gastrik dikesan, namun tabiat ini masih diteruskan, insyaAllah dalam tempuh 2 tahun lagi, orang ini akan mendapat penyakit yang lebih serius lagi iaitu peptic ulcer atau ulser perut.
Tempuh matang untuk penyakit gastrik ini akan dipercepatkan lagi sekiranya seseorang itu merokok, suka makan nenas, makan mee segera, jeruk kering dan basah, junk food, minum minuman bergas, makan makanan berangin seperti pisang nangka, ubi dan cempedak / nangka, makan makanan terlalu pedas, makan hingga tersangat kenyang, makan ubat doktor atau tradisional tertentu dan makan makanan yang bercuka.
Tanda-tanda penyakit gastrik :
- # Kerap sakit kepala di bahagian kanan kepala terutama apabila perut kosong atau lewat makan nasi.
- # Sakit kepala ini kadang-kadang diikuti dengan perasaan loya atau mual dan sebu perut dan hilang selera untuk makan. Kadang-kadang simptom ini dialami tanpa sakit kepala.
- # Demam yang panggil demam gastrik apabila selalu miss makan pagi, tengahari atau malam.
- # Muntah kadang-kadang berwarna kuning dan kadang-kadang ada darah dalam muntah atau darah beku bergumpal.
- # Sakit perut yang kadang kala teramat sakit.
- # Keluar angin dari mulut macam sendawa terutama apabila bahagian tertentu badan digosok atau diurut.
Cadangan Supplemen Shaklee untuk Merawat Gastrik :
1) Energizing Soy Protein - ESP
ESP yang juga merupakan sumber protein unggul daripada kacang soya merupakan sejenis tumbuhan yang tinggi sifat alkalinya yang dapat meneutralkan keasidan di dalam perut.
Di samping itu, nutrien protein yang terkandung di dalam ESP sangat membantu membina sel-sel badan yang baru bagi menggantikan sel-sel lama yang telah rosak akibat dihakis oleh asid hidroklorik berikutan proses pencernaan makanan.
2) Peppermint Ginger Plus -
Peppermint Ginger Plus mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk rasa yang nyaman dan melegakan ketidakselesaan perut. Pil-pil juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas untuk minuman herba semulajadi.
3) Ostematrix -
Ostematrix adalah suplemen kalsium dengan magnesium dan vitamin D. Pesakit gastrik disarankan untuk mengambil susu atau kalsium, kerana ianya bersifat alkali dan mampu meneutralkan asid yang telah memasuki asofagus dan menyebabkan pedih ulu hati.
Faktor kekurangan kalsium dalam tubuh juga menyebabkan penyakit gastrik. Sebab tu tak pernah kita lihat bayi dan kanak-kanak yang banyak minum susu tak de sakit gastrik. Tambah pulak ubat kapur gastrik yang hospital bagi tu mengandungi kalisum jadi lebih baik kita ambil Ostematrix Shaklee yang lebih semulajadi dan selamat dari ubat kapur hospital yang sintetik.
Zura
Sg Buloh
0122217442
💝 zura 💝
Cebisan Bicara:
esp,
Kesihatan,
ostematrix,
peppermint gingger,
set gastrik,
shaklee
Wednesday, September 24, 2014
Giveaway - Saya Nak Sihat
Assalamualaikum....
Lama bangat tak join giveaway...buat julung kalinya aku nak join giveaway best nie...hadiah bernilai rm1000.00...
klik untuk tengok syarat2nya..
tarikh tutup 03/10/2014...cepat2 join...
Lengkapkan Slogan “Saya nak sihat kerana____________ (tidak lebih 100 perkataan di entry anda)
Saya nak sihat kerana mahu memberi khidmat kebajikan kepada masyarakat, terutama sekali pada Allah dalam melaksanakan perintahnya, pada ibu bapa tercinta untuk terus berkhidmat atas bakti yang dicurahkan selama ini. Semoga kesihatan saya dapat memberi manfaat pada yang lain.
Tag :
~ zura ~
Thursday, September 4, 2014
Semalaman Tidak Tidur
Assalamualaikum....
Fuuuhhh...letih serta dengan mengantuknya... semalam tak tido...aku nie kalau kata esok nak pergi mana-mana...malam tue sure susah nak tido...aduuuuh....
Pukul 6 terus mandi....pastu kejutkan bapak aku...suami tengah mandi...anak tido lagi...mengantuk sakan anakku...hihihi...tak sampai hati nak kejutkan...
Pukul 0710 bertolak dari rumah...nasib jalan jenis jem bergerak...so sampai Hospital Selayang dalam pukul 0815 macam tue...temankan bapak aku pergi ambil darah....
Sampai je....mak ai...punyalah crowded...nak parking susah...banyak kereta parking ikut naluri memasing...aku dua kali jugalah pusing..bapak aku tunggu kat lobi....
Settle parking...bergerak daftar nama kat tingkat atas...tiga step jugaklah nak sampai ke ruang menunggu untuk dipanggil ambil darah...nasib juga baik orang tak ramai...
Dalam pukul 0915 macam tue...selesai sudah boleh balik...selamat tinggal Hospital Selayang yang crowded...aaahhhh...lega...patutlah member aku bercinta nak pergi sana....erm...
>>>Jamulah mata anda dengan suasananya ye...hikhik...
sementara tunggu suami datang dengan kereta...parking jauh wooo....
Alahai...macammana pulak ada gambar cekci nie...hihihi....
Memula bapak aku takde...
Eh ada pulak..kihkih...
Mesti nak menyelit sekeping sejak ada anak nie...
~ zura ~
Friday, August 29, 2014
Sakit Mata
Assalamualaikum....
Pagi nie bangun je mata rasa lain....alahai kena sakit mata ke...tengok mata anak pun bertaik...ala kesian tengok budak kecil kena sakit mata walaupun comel....
Oleh sebab rasa risau aku ajaklah husband pergi klinik...dengan dia2 sekali berjangkit...tapi dia boleh bertahan lagi...masa kat klinik mata aku dah bertaik...
Masuk bilik doktor rupanya doktor cakap memang musim sakit mata...ini minggu ketiga...erm...nasib badanlah...semua kehendak Allah s.w.t....
Mata anakku yang di serang sakit mata....
Sarapan pagi dengan ayam boneless dulu...tak pernah umur sarapan ayam goreng....
~ zura ~
Thursday, August 28, 2014
Susu Ibu Jalan Penyelesaian
Assalamualaikum....
Lain yang aku nak cari lain pulak yang aku jumpa....dan satu info nenarik yang aku dapat di www.carigold.com...
Hukum agama tidak boleh di pinda...apa yang sudah Allah tetapkan itulah yabg termaktub sampai akhir dunia....
Jom baca kisah nie....
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika. Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak lelaki le....
Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit masalah tersebut!
Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir tuh!
Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya.
Setelah diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut.
Setelah dapat keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama tersebut. Nak tau apa keputusannya ?
Salah satu dari susu ibu tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium, zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada anak lelaki tersebut !
Maka doktor amerika tadi bertanya, apa buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa, bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka. Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan 'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding untuk anak perempuan !
~ zura ~
Cebisan Bicara:
hukum islam,
Kesihatan,
susu ibu
Friday, July 4, 2014
Duit Dan Kesihatan
Assalamualaikum.....
Kalau kita kata duit susah nak cari...sebenarnya kesihatanlah yang paling susah nak cari bila tidak dijaga...untuk kesihatan paling optimum....vivix ada jawapannya...
10 SEBAB KENAPA VIVIX
=========================
√ anti penuaan...awet muda gitu
√ mengurangkan risiko sakit jantung
√ mengurangkan komplikasi sakit kencing manis
√ meningkatkan sistem imun
√ menyokong kesihatan sendi
√ mengurangkan nyanyuk
√ merencatkan sel kanser
√ mengurangkan berat badan
√ menyokong kesihatan mata
√ kesihatan menyeluruh
Zura
Sg buloh
Shaklee distributor
✉ 012 2217 442
~ zura ~
Thursday, June 19, 2014
Pengalaman Melahirkan Anak
Assalamualaikum....
Tetiba rasa rajin pula nak bercerita pasal pengalaman melahirkan anak...walaupun ceaseren tapi pengalaman yang buat aku serik. Appointment dengan hospital Sungai Buloh pada 15/11/2013 terus kena admit ward....
Sebab2 admit ward previa plasenta type 3...itu bahasa hospital...bahasa kampung...uri kat bawah yang tak moh naik2....logiknye...menutup jalan untuk baby keluar....
Memang aku nak anak yang di kandung cukup 9 bulan10 hari...aku kuatkan diri untuk tak bleeding...tapi sapalah kita nak melawan kuasa Allah s.w.t....segalanya telah termaktub...kita melakonkannya sahaja....
Pada tanggal 20/11/2013 jam 4 a.m cenggitu...aku nak ke toilet....sekali aku bleeding....doktor cucuk ambk darah...dia pesan...kalau esok still bleeding kita akan operate...alamak...masa tue kandungan baru 32w3d...tak cukup bulan nie....
Esoknya dalam tengahari...doktor ppuan lain datang cek...dok cita2....sekali disuruh aku emergency operate....ya Allah...tuhan sahaja yang tahu betapa serunnya aku...almaklumlah...mana penah operate2 nie...husband pulak tak sampai lagi....
Terus call husband bagitahu...doktor pun sama2 call husband aku...dalam 1210 p.m cam tue aku di tolak ke operation theatre...memang aku terpaku takut...rase nak melompat dari katil...mulut nie dah macam2 ayat aku baca....
Aku di bius habis...nasib baik darah tak banyak keluar...kalau tak katanya...rahim aku terpaksa di buang...alhamdulillah...akhirnya selamatlah aku di bedah...baby memang tak dapat tengok sebab tak cukup bulan kan...terus hantar NICU....
Tiga hari je duduk ward lepas bersalin...aku pun discharges tanpa baby...sedihkan tapi masa tue aku macam tak de perasaan je...sebab terkujat...rasa tak percaya pun ade...
Selepas operate tue husband aku bawak aku melawat anak kat ward....sampai sana...tengok dia memang menangis...rasa tak sampai hati biarkan dia kat situ...tapi aku kena kuat....
Dua hari lepas tue aku kena panggil dari pihak hospital untuk admit ward NICU jaga anak...sampai kat ward nak ambik anak...ade sorang makcik nie berlari panggil doktor...rupenya ade baby tersedak susu...
Tengok kes tue buat aku seriau nak breast feed baby sendiri...dua minggu aku duduk kat ward...antara orang yang lama bertapa kat ward tue...orang lain dok kuar masuk aku tak keluar2...nurse pun hairan...
Bagus jugak duduk bertapa kat ward NICU walaupun macam dalam penjara...sebab hanya husband je yang boleh datang melawat...dua minggu aku tak tengok wajah kesayangan famili...satu part yang sengsara...
Dalam ward nie ibu2 di ajar untuk menjaga baby pramatang yang sensitif...penjagaannya tak sama ngan baby cukup bulan tau...kena sentiasa alert keadaan baby pramatang nie...
Selama dua minggu dalam ward NICU nie....dua kali anak aku tido bawah lampu sebab kuning...bergelen2 airmata mengalir....mulut nie tak berhenti berdoa...alhamdulillah berkat doa seorang ibu....
Akhirnya aku dapat juga keluar dari ward....menuju ke lobi hospital berjumpa mak ngan adik bongsu aku Wiyah...satu part yang tak dapat aku gambarkan perasaan aku pada masa tue...
Sepanjang perjalanan macam-macam cerita aku ceritakan pada mak aku...rindu yang mendalam dengan famili....tak sabar rasanya nak tunjuk anakku pada semua kaum keluarga....
Alhamdulillah....sudah tujuh bulan berlalu...anakku sudah cerdik dengan gelak tawa dia...kesihatan yang amat aku syukuri...semangat kental dia untuk buktikan yang dia kuat menempuh ujian Allah....
Tiada lain yang terindah dalam hidup aku selain anak ini...✌✌✌
~ zura ~
Cebisan Bicara:
Hanim,
hospital sungai buloh,
Kesihatan
Wednesday, July 13, 2011
Kelebihan Telur Ayam Selain Melantak
Assalamualaikum.....
Aku bacalah komen sambil membalas komen member.....terbacalah komen dari Myra yang bertanya kan pasal telur ayam boleh kurang kan panas badan akibat demam....ya...inilah jawapan aku....memang boleh Myra....
Kalau panas tak kebah²....sebab budak² nie susah nak makan ubat....mak bapak aku akan sapukan telur ayam yang putih sahaja kat seluruh badan dorang....paling afdal telur ayam kampunglah....kalau cepat je kering tue tandanya memang panas sangatlah badan tue....
Alhamdulillah sejak amalkan petua nie....memang boleh kuranglah panas badan....macam sekarang nie senang...dah ada air cap badak...macam² cara sebenarnye boleh kurangkan panas badan budak² nie....
Antara yang aku tahu...mandi dengan air beras atau air suam....paling senang tampal je cool fever tue....tapi ada jugak budak yang tak suka dahi dia bertempek benda alah tue...so cubalah mana² cara pun...
Telur ayam kampung nie kuning dia keoren-orenan sikit...kekadang macam tak confident je aku nengoknye...
Buat telur dadar makan dengan nasi panas....perrgghhhh...tak toleh dah...tenyeh plak ngan cili api kat sos campur kicap...gulp..

kalau buat telur mata pun sodap....kuning jangan masak sangat...hehe..3² gambar nie dapat dari warung google...
~ zura ~
Monday, July 11, 2011
Aku Pun Turut Berjaga
Assalamualaikum.....

Sapa tahan tengok baby kecik cam nie sakit...

Demam jugak Zairah nie...

Muqri pun demam...rindu kat Zana...seminggu dia kat umah nenek dia....
Sabtu korang kuar pegi memana tak...tak kan...macam aku jugak sebab jalan pegi KL di tutup dan banyak nau roadblocknye....kalau tak de sume tue pun belum tentu jugak aku ke KL....cuma hari sabtu tue kejadian dalam sejarah Malaysia berlaku....
Aku yang tengok kat internet pun serun inikan nak pegi menyibuk kat sana...idoklah...baik duduk umah yang aman...lagi pun dua orang anak buah kesayangan aku (anak kakak) demam...panas yang amat badannye...malam tadi pun meragam je....
Nasib baik petang tue aku dah tido kejap so kalau malam kejap² terjaga pun tak pe lagi....aku kesian tengok dorang meragam sebab tak selesa....bila terjaga tue aku sama² lah jaga ngan kakak n mak aku....
Dah tampal cool fever pun macam tak berapa baik sangat...kaki dorang dah sejuk pucat...bibir dah merah je aku nengok....pecahkan sebijik telur sapu kan kat badan dorang....pastue kang nak susu...pastue kang menangis lagi....
Bila jadi cam tue aku terpikirlah....macam manalah orang yang ada anak ramai dan rapat² nie....contoh macam mak aku...ish tak dapat bayangkan...mesti tido tak menentu...sampai opis sure mengantuk tak bermaya...
Ini pun anak abang aku yang nombor 3 tue pun demam jugak...ngan abang² aku sekali demam...adooiii..risaunye aku tengok anak² buah kesayangan nie demam...cepatlah korang sembuh tau...
~ zura ~
Cebisan Bicara:
anakku,
Kekeluargaan,
Kesihatan
Wednesday, January 12, 2011
Lagi Pasal Kesihatan
Wednesday, July 29, 2009
Kesihatan Aku
Assalamualaikum...
Ari nie kesihatan aku masih lg d paras suam-suam kuku....selesema aku masih lg x baik...bile dh selesema nie th aje lah kan...susah nk buat keje...tisu mmg sentiase lah...aarrrggghhhh....dok plak dlm air cond....
Ari nie kesihatan aku masih lg d paras suam-suam kuku....selesema aku masih lg x baik...bile dh selesema nie th aje lah kan...susah nk buat keje...tisu mmg sentiase lah...aarrrggghhhh....dok plak dlm air cond....
Tapi ari nie aku bawak minyak kat bawah nie tuk legakan pernafasan aku....kepantangan aku betullah tgh selesema nie org merokok...eeee...bos aku nie nk kena kuntau agaknye...suke merokok walaupun dlm air-cond...

Minyak warisan zaman berzaman....
Subscribe to:
Posts (Atom)

























.jpg)
.jpg)




