Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Showing posts with label Tip. Show all posts
Showing posts with label Tip. Show all posts

Thursday, December 3, 2015

Star Message Pada Whatsapp

Assalamualaikum....

Alhamdulillah...masih bisa menulis di blog kesayangan....kali nie aku nak share pasal aplikasi yang popular sekarang nie whatsapp....

Mungkin ada yang tahu atau mungkin ada yang tak tahu...so aku tetap jugak nak share dengan korang...mai mai baca ye....ilmu nie...ilmu suka2...hikhikhik...


Kalau korang update whatsapp mesti ada sign star kat bahagian atas once korang highlight mesej....tengok yang aku love kan tue....


Bila korang klik star tue....akan ade tanda star kat bahagian bawah mesej yang korang highlight kan tue....tengok yang aku love kan tue...


Untuk nak tahu apa gunanya...korang back to starting wall whatsapp....


Then klik button kat phone korang untuk show menu macam kat atas tue....nampak tak ade menu starred messages....klik kat situ....


Inilah jadinya...akan keluar mesej yang korang starkan tue...fungsinya lebih kepada favourite mesej....sangat berguna untuk simpan conversation penting....so tak payah nak scrool balek....

Selamat Mencuba...

~ zura ~

Thursday, August 27, 2015

Apa Yang Boleh Apa Yang Tak Boleh

Assalamualaikum...

Wah wah wah...lama nau dah blog nie sepi sunyi....tuan rumah pergi bercuti...hikhik...bukan bercuti oversea pun...mood tue yang bercuti....

Okeylah...sempena entry pertama di bulan merdeka nie...aku tertarik nak share sesuatu dengan korang....tempoh berpantang sangat2 penting....

AKu attach beberapa 'boleh' dan 'tak boleh' sepanjang tempoh berpantang....selain tue korang boleh amalkan tempoh berpantang dengan bershaklee jugak...

Pemakanan sangat penting dalan proses luka2 dalam dan luar nak baik....jangan main bedal je nak makan...esok yang merana badan sendiri...baru padan muka...nak menyesal pun dah tak guna...

Okeylah...tak nak celoteh panjang...mai tengok apa yang 'boleh' dan 'tak boleh' tue...gambar rajah nie aku dapat dari facebook







Tempoh berpantang cuma 44 hari tapi banyak yang 'tak boleh'...bukan senang nak sehat luar dan dalam...dah nama pun PANTANG kan...hikhik

~ zura ~

Wednesday, March 4, 2015

Nasi Daun Pandan

Assalamualaikum....

Satu cara atau tip nak bagi nasi yang kita masak wangi...letak daun pandan...tak semestinya nak masak nasi lemak je baru nak masukkan daun pandan....nasi biasa pun boleh...silap hari bulan orang ingat kita masak nasi lemak....


Aku suka bau dan pandan....

~ zura ~

Sunday, February 22, 2015

Vitamin Yang Tidak Berkesan

Assalamualaikum.....

Kenapa supplement yang kita makan tidak berkesan...???Sedar tak kita apa puncanya...???Atau disebabkan supplement tersebut yang tidak bagus...???Macam-macam soalan bermainkan...???Ada beberapa faktor sebenarnya...meh aku kupaskan satu persatu ye...

1- Culas


Culas maknanya makan yang tak konsisten...hari nie makan esok tak makan...so mana nak nampak hasilnya...kekadang tue jumlah yang diperlukan atau dos tidak menepati arahan...mungkin faktor kesibukan bekerja buat kita culas makan....sebab tue disediakan pil box untuk memudahkan kita....tapi itu pun tetap jugak lupa kita nak makan...senang cerita...set alarm...hehe.

2- Healing crisis


Bila kita makan supplement...badan kita akan bertindak untuk pembersihan segala kekotoran dalam badan atau dipanggil detoksifikasi....dalam masa ini...badan kita akan mengalami beberapa simptom yang buat kita tidak tahan sekaligus terus berhenti makan supplement....antaranya sakit kepala, sakit-sakit badan, mual, rasa nak pitam, lemah-lemah badan....sebenarnya simptom tersebut bersifat sementara sahaja...penyelesaiannya...kenalah minum air yang mencukupi atau lebih....25 kg berat : 1 liter air...itulah keperluan air dalam badan kita.

3- Kurang air


Kekurangan air boleh menyebabkan simptom healing crisis terjadi...air adalah sebagai sokongan untuk supplement ini menjalankan proses penyembuhan....jadi, ambillah air secukupnya...insha Allah simptom tersebut akan cepat berlalu.

4- Bajet


Ini juga jadi satu masalah pada kita...kebiasaannya kita disogok dengan pemikiran "supplement mahal"...kebanyakan supplement yang berada di pasaran boleh bertahan selama sebulan sahaja...contoh...aku pernah minum susu IGG...memang ngam-ngam sebulan denga  harga RM120...tapi bila aku cuba ESP Shaklee...boleh tahan sampai sebulan setengah dengan harga yang lebih kurang (ahli)...so kena pandai pilih...Shaklee pada aku tidaklah mahal sebab boleh tahan lama antaranya Sustained Realease Vitamin C, Vitamin E, Herblax, B Complex, Zinc Complex, ESP, Vitalea.

5- Kelulusan status produk

Contoh

Setiap produk di pasaran memerlukan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia dan Jabatan Agama Islam Malaysia...tanpa pengesahan tersebut....pengguna akan rasa was-was dengan kandungan yang terdapat pada produk tersebut...banyak kes produk yang tidak mendapat kelulusan memudaratkan pengguna...ini berbahaya...lagi-lagi pil kurus...kelulusan KKM dan JAKIM sangat penting.

6- Konsultasi


Tanpa konsultasi yang betul tidak akan memberi impak pada kita...supplement bukan boleh nak makan tanpa arahan yang betul...ini kerana kita tidak tahu jika khasiatnya relevan dengan waktu atau pun tidak.

7- Cadangan set


Cadangan set yang tidak betul juga boleh menjejaskan keberkesanan sesuatu supplement tersebut...sebelum kita cadangkan set pada pengguna, kita perlu mengkaji punca penyakit tersebut dan khasiat apa yang diperlukannya...jadi kenalah cadangkan set yang tepat untuk penyakit tersebut.

Peringatan....pilihlah supplement yang betul-betul kita yakin kesannya....sebelum memilih eloklah kita selidik dulu latar belakang supplement tersebut...jangan menyesal kemudian hari...duit dah beratus-ratus keluar tapi hasilnya tak nampak...rugi tue...

~ zura ~

Wednesday, September 24, 2014

Persediaan Suami Isteri

Assalamualaikum....

Okey, ini bukanlah tips dari aku ya...tapi tips dari blogger lain yang aku lupa sapa blogger tue...tapi memang bermanfaat tips yang dia bagi nie....so boleh praktiskan sesapa bercadang nak jadi suri rumah sepenuh masa....

Langkah-langkah menjadi surirumah sepenuh masa :

1. Bincang dengan suami pasal kewangan keluarga sebab dia yang akan tanggung nanti

2. Inform keluarga dan keluarga mertua

3. Setelkan semua hutang kad kredit yang ada

4. Cancel semua kad kredit

5. Mansuhkan semua expenses bulanan yang tak diperlukan

6. Pastikan ada simpanan 2-3bulan gaji sebagai back up plan kalau nak buat side income

7. Mentality kena kuat especially kalau minat online shopping.. No more online shopping beli barang mengarut2 dan xperlu..

8. Beli buku masakan sebagai panduan nak memasak hari2 jika xpandai masak.. takkan surirumah nak tapau lauk dari luar je kan?

9. Bersedia secara fizikal kerana jadi fulltime housewife sesungguhnya lagi memenatkan..

10. Jangan risau jika takut bosan bila di rumah.. Percaya lah… 24jam akan terisi dengan kerenah anak2..

11. Bersedia dengan suara2 sumbang yang akan asyik dok mengata rugi belajar tinggi, jd surirumah.. tinggalkan kerjaya, gaji tinggi.. bukan derang yang tanggung pon..jadi, abaikan…

12. Jangan lupa kawan2… Nanti sunyi pulak xde org nak bercerita hal2 dewasa… Asek cerita Boboiboy,upin ipin ngan pororo je..hehe..

Persediaan bagi suami

1. Suami kena bersedia dari segi kewangan… Tak perlu mewah.. cukup makan,pakai,insurance,tempat tinggal,setel..

2. Suami kena faham rutin seorang surirumah.. sekali sekala bawakla isteri berjalan jalan sebagai bonus bekerja 24jam sehari.. takdela dia rasa terperap dalam rumah je.

3. Percaya dan yakin…rezeki datang dari Allah..bukan dari manusia..

4. Sentiasa support isteri dan masih menolong buat kerja rumah..

~ zura ~

Saturday, September 13, 2014

Isteri Yang Bersendirian

Assalamualaikum.....


Hehe...suami sapa cenggini...wahai para suami...janganlah bersikap begini....tak baik tau biarkan isteri sendirian menyelesaikan segalanya sensorang....gunanya suami adalah tulang belakang keluarga....isteri hanya membantu mana yang mampu....

~ zura ~

Monday, September 8, 2014

Mealshake Menggemukkan...????

Assalamualaikum....

Produk ini hanya sesuai untuk golongan yang kurang berat badan dan ingin mencapai berat badan ideal.

Anda perlu mengambil meal shake, B complex dan vitalea mengikut jadual yang telah disediakan. Kebiasaannya pengguna yang mengamalkan produk yang dicadangkan akan naik dalam lingkungan 2kg selapas sebulan.

Serba sedikit penerangan tentang Meal Shake, Vitamin B dan Vitalea.

Meal Shake - membekalkan 35% atau lebih nilai harian bagi 19 vitamin dan mineral yang penting. Sumber yang kaya kalsium, fiber dan protein. 

Vitamin B complex - mengandungi 8 jenis vitamin B yang penting untuk badan. mengawalatur kadar metabolisme dalam badan, menggalakkan kesihatan sistem kardiovaskular, mengurangkan rasa letih, tekanan perasaan dan meningkatkan sistem pertahanan badan.

Vitalea - membekal 23 jenis vitamin penting bersama iron yang sangat penting dalam pembentukan sel darah merah. Banyak membantu mencantikkan kulit wajah, kuku yang licin, rambut yang kuat dari segi akarnya, membantu mencegah penyakit tiroid@ beguk(penyakit tiroid ini terjadi kebiasaannya kerana kekurangan iodin dan ini terdapat di dalam vitalea kita), supplement penting untuk diet atau slim yang mana walau kita kurang makan namun pengambilan vitalea ni banyak membantu memberi badan rasa bertenaga, tidak lesu dan menjadikan kulit yang sentiasa tegang, mengelak pitam dan pening.

Tip tambah berat badan :

Pagi (Sarapan) :
Makan pagi (terserah, nasi goreng or nasi lemak or ape2..janji mesti ada daging/ayam /telur/ikan)
Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu Mealshake)
Makan Bcomplex (1 biji) dan Vitalea (1 biji) dengan air kosong.

Brunch (Makan dalam jam 10 pagi iaitu makan antara makan pagi dan makan tengah hari) :
Makan roti, Minum susu 1 gelas

Tengah hari /lunch:
Makan siang yang bergizi seperti biasa seperti -nasi plus lauk ayam/ikan/daging. (Tak perlu makan banyak)

Minum Petang /Tea time :
Makan roti, Minum susu 1 gelas(bancuh 1 sudu mealshake)

Makan Malam
(sebaiknya 3-4 jam sebelum tidur..nasi + lauk.. Tak perlu makan banyak). Makan Vitalea 1 biji.

10 minit sebelum tidur :
Makan roti sekeping. Minum susu 1 gelas

PERATURAN /RULES
Senaman sehari 10 minit paling kurang...tak perlu melakukan senaman yang berat. Cukuplah dengan mengangkat botol air mineral yang 500 liter tu. isi air dlm tu. angkat mcm angkatberat. Ataupun skipping atau apa-apa senaman untuk membina otot badan dan Jangan makan makanan ringan dan ikut jadual ni selama sebulan.

Zura
Sg buloh
0122217442


~ zura ~

Tuesday, October 11, 2011

Cuba Petua Dari Myra

Assalamualaikum......

Masa dok baca² entry kengkawan....aku pun ternampaklah entry pasal petua atasi resdung kat blog Myra....kalau senang aku boleh buat....memang senang nak buatnya....so aku pun rembatlah halia seketul ngan lada hitam kat umah mak aku....senangkan...hehe...

Masukkan bahan² tue dalam periuk berisi air dan didihkan atas api....senang je kan....lepas tue bukan minum tapi just kumur² pagi, petang dan malam....sekarang nie aku tengah mencuba petua dari Myra nie.....

Sekarang nie resdung aku ketahap hidung dah tersumbat sebelah....memang tak selesa terutama sekali nak tido....adoooiii....kalau pepagi tue tak bersin tak sah....aku jgak alah pada habuk...boleh bawak ke demam....harap² berkesanla aku amalkan petua nie....


Hairanlah Myra...nape macam berminyak erk...memang macam tue ke...????


Selain cuba petua nie...aku makan jugak pil resdung nie....

~ zura ~

Wednesday, July 13, 2011

Kelebihan Telur Ayam Selain Melantak

Assalamualaikum.....

Aku bacalah komen sambil membalas komen member.....terbacalah komen dari Myra yang bertanya kan pasal telur ayam boleh kurang kan panas badan akibat demam....ya...inilah jawapan aku....memang boleh Myra....

Kalau panas tak kebah²....sebab budak² nie susah nak makan ubat....mak bapak aku akan sapukan telur ayam yang putih sahaja kat seluruh badan dorang....paling afdal telur ayam kampunglah....kalau cepat je kering tue tandanya memang panas sangatlah badan tue....

Alhamdulillah sejak amalkan petua nie....memang boleh kuranglah panas badan....macam sekarang nie senang...dah ada air cap badak...macam² cara sebenarnye boleh kurangkan panas badan budak² nie....

Antara yang aku tahu...mandi dengan air beras atau air suam....paling senang tampal je cool fever tue....tapi ada jugak budak yang tak suka dahi dia bertempek benda alah tue...so cubalah mana² cara pun...


Telur ayam kampung nie kuning dia keoren-orenan sikit...kekadang macam tak confident je aku nengoknye...


Buat telur dadar makan dengan nasi panas....perrgghhhh...tak toleh dah...tenyeh plak ngan cili api kat sos campur kicap...gulp..

kalau buat telur mata pun sodap....kuning jangan masak sangat...hehe..3² gambar nie dapat dari warung google...

~ zura ~

Tuesday, June 8, 2010

Atasi Resdung

Assalamualaikum....

Tetiba plak blog aku nie tukar konsep kan...tapi info nie mmg berguna terutama untuk aku....

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

Respon Aku : Bapak aku selalu bising suruh buat cm tue tp aku je yg degil..

PETUA RESDUNG 2
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.

Respon Aku : Nasib baik aku tak makan udang ngan ketam sgt tp sotong n kerang mmg feveret...kerang cicah sambal belacan...pergghhh...meleleh...

PETUA RESDUNG 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

Respon Aku : Aku pakai sabun may atau lux...kna beli pas nie...

PETUA RESDUNG 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

Respon Aku : Alamak sambal belacan tue yg best tue...nak plak ade ikan terubuk bakar...

PETUA RESDUNG 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

Respon Aku : Ini mmg aku try jauhkan iaitu persekitan berhabuk...tp aku suke mengemas...

PETUA RESDUNG 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

Respon Aku : Erm...

PETUA RESDUNG 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

Respon Aku : Eeeeeeee...tak penah umur aku buat rawatan cm tue...

PETUA RESDUNG 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

Respon Aku : Insyaallah....

PETUA RESDUNG 9
Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

Respon Aku : Ini tabiat plg aku suke....

PETUA RESDUNG 10
Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.

Respon Aku : Erm...tradisional lagi bagus kesannye...



Free Signature Generator

Wednesday, July 8, 2009

Tips Untuk Muhasabah Diri

Assalamualaikum...

Aku tertarik ngan satu email yg mber aku bg nie...tuk muhasabah diri mmg bagus amal kan tip nie....

Mencari Positif di Sebalik Negatif ;

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam, krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan, krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar, krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat, krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perlu dikemas , krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran², krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja, krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif, krn itu bermakna kita masih berupaya utk berjalan.

10.utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi, krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

Ada manfaatnye email nie yerk....so pendek kata bersyukurlah atas nikmat yg kita ade...dan jgnlah mengomel bile xdpt ape yg kita nk...Allah menyediakan yg terbaik tuk kite....

Free Signature Generator

Wednesday, June 10, 2009

Diet Yang Mujarab

Assalamualaikum.....

Diet Rasulullah...:

Jangan makan SUSU bersama DAGING
Jangan makan DAGING bersama IKANJangan makan IKAN bersama SUSU
Jangan makan AYAM bersama SUSU
Jangan makan IKAN bersama TELUR
Jangan makan IKAN bersama DAUN SALAD
Jangan makan SUSU bersama CUKA
Jangan makan BUAH bersama SUSU (koktel)
@@@@@@@
CARA MAKAN...;

· Jangan makan buah selepas makan nasi sebaliknya makan buah sebelum makan nasi
· Tidur 1 jam setelah makan tengahari.
· Jangan sesekali tinggalkan makan malam.
· Siapa yang tinggal makan malam akan di makan usia dan kolesterol dalam badan akan berganda

Al-Quran Juga mengajarkan kita menjaga kesehatan spt membuat amalan antara lain:
· Mandi Pagi sebelum subuh, sekurang kurangnya sejam sebelum matahari terbit. Air sejuk yang meresap kedalam badan dapat mengurangi penimbunan lemak. Kita boleh saksikan orang yang mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

· Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air es) setiap pagi. Mujarabnya
Insya Allah jauh dari penyakit (susah mendapat sakit).

· Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (yaitu sujud sekurang kurangnya semenit setelah membaca doa). Kita akan terhindar dari sakit kepala atau migrain. Ini terbukti oleh para ilmuwan yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang tersebut.

· Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menemukan bahwa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, yaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan)

Sama-samalah kita mengamalkannya........WallahuA'lam........


Free Signature Generator

Wednesday, June 3, 2009

Tilik Peribadi Diri

Assalamualaikum.....

Pagi td aku dpt email dr kakak ipar aku....email dia berkenaan ngan maksud huruf pertama pada nama.....ini huruf pertamaku....
H
Mudah simpati, bahasanya lemah-lembut. Tidak pernah melukai perasaan orang lain. Selalu tergesa-gesa dalam melakukan pekerjaan, suka berkhayal dan bercita-cita terlalu tinggi.

Mudah simpati ; Iye kot...:D...klau buat muke seposen mintak duit sure aku bg...hehehe....

Bahasanya lemah lembut ; ntahlah....kdg² kasar jgak....

Tidak pernah lukai perasaan org lain ; yg ini xbenar sama sekali.....

Tergesa² ; yg ini betul....sbb th nk siap cepat je...betul atau x...belakang kira...tp xselalu cm tue....

Suka berkhayal ; ermmmmm.....ye ke...mungkin kot....

Cita terlalu tinggi ; adalah sikit kot....klau xde nti org ckp hidup xde wawasan...

Free Signature Generator