Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Showing posts with label Resdung. Show all posts
Showing posts with label Resdung. Show all posts

Sunday, September 7, 2014

Shaklee Effect Resdung

Assalamualaikum....

Tengok nasi goreng nie....ada berbagai jenis bahan gatal ada...udang, sotong, telur....AWAS pesakit resdung di larang sentuh apatah lagi makan....

Pengalaman aku consume shaklee....consume set resdung....dah tak risau sangat nak makan....boleh bedal....sapa nak cuba...boleh aja....

Zura
Sg buloh
0122217442


Nasi goreng deco....

~ zura ~

Wednesday, June 18, 2014

Resdung Hilang Sudah

Assalamualaikum....

Alhamdulillah....setelah sekian lama mencari penawar resdung...akhirnya aku dh ketemuinya...dengan supplement shaklee...sekarang resdungku berkurangan....

Kalau dulu...tengok je makanan seafood macam udang, sotong....tapi sekarang nie aku boleh makan kenyangkan perut...memang ajaiblah...shaklee buat pencarian aku selama ini berhasil...

Jom baca info pasal resdung...

Penyakit Resdung adalah antara penyakit yang sering menjadi masalah kepada ramai orang di Malaysia.Pelbagai rawatan telah dicuba untuk atasi masalah penyakit resdung ini.  Set Resdung Shaklee disyorkan bagi membantu mengatasi masalah yang menghantui anda selama ini. Dalam istilah perubatan, penyakit resdung dikenali dengan nama sinusitis. Masyarakat lazimnya menganggap penyakit ini adalah penyakit yang tidak berbahaya walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut!

Punca Penyakit Resdung

Pada kebiasaannya, para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin dengan kerap, dengkuran luarbiasa, batuk, gatal hidung, cepat letih, muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi. Bagi pesakit resdung yang kronik, resdung berisiko menyebabkan punca telinga menjadi pekak. Sebelum bercerita lebih lanjut tentang Set Resdung Shaklee, terlebih dahulu kita perlu tahu apa punca sebenarnya yang menjadi penyebab berlakunya penyakit resdung ini.

Pakar Hidung, Telinga dan Tekak Hospital Pakar Perdana, Dr. Mohamad Hamzah menyatakan resdung adalah sejenis penyakit hidung yang berpunca daripada radang pada membran. Sinus pula merujuk kepada rongga dalam tulang muka yang dipenuhi mukosa. Rongga sinus yang tersumbat berisiko menyebabkan masalah kesihatan kerana bakteria dan kulat mudah membiak di dalamnya serta menghasilkan nanah. Sebagai tambahan, resdung juga boleh berpunca disebabkan oleh rerambut halus silia dalam rongga sinus yang gagal menyempurnakan tugas untuk melancarkan aliran mukus. 

Antara komplikasi penyakit resdung:

•Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
•Jangkitan otak (meningitis)
•Sakit tekak yang kronik
•Jangkitan tulang muka
•Memburukkan keadaan lelah
•Berdengkur yang kronik
•Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
•Alahan hidung atau hidung sensitif
•Selesema biasa yang melarat.


Set Resdung Sebagai Rawatan Penyakit Resdung

💊Alfalfa Complex
Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

💊B Complex
Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka. Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

💊Vitamin C
Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh. Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.

Ape lagi...tak kan nak garu je hidung mata telinga tue...jom cuba set resdung dari shaklee ni..pasti puas hati...

Sungai Buloh Distributor
Zura
📞 012 2217 442


~ zura ~

Tuesday, October 11, 2011

Cuba Petua Dari Myra

Assalamualaikum......

Masa dok baca² entry kengkawan....aku pun ternampaklah entry pasal petua atasi resdung kat blog Myra....kalau senang aku boleh buat....memang senang nak buatnya....so aku pun rembatlah halia seketul ngan lada hitam kat umah mak aku....senangkan...hehe...

Masukkan bahan² tue dalam periuk berisi air dan didihkan atas api....senang je kan....lepas tue bukan minum tapi just kumur² pagi, petang dan malam....sekarang nie aku tengah mencuba petua dari Myra nie.....

Sekarang nie resdung aku ketahap hidung dah tersumbat sebelah....memang tak selesa terutama sekali nak tido....adoooiii....kalau pepagi tue tak bersin tak sah....aku jgak alah pada habuk...boleh bawak ke demam....harap² berkesanla aku amalkan petua nie....


Hairanlah Myra...nape macam berminyak erk...memang macam tue ke...????


Selain cuba petua nie...aku makan jugak pil resdung nie....

~ zura ~

Wednesday, January 12, 2011

Lagi Pasal Kesihatan

Assalamualaikum....



Dapat lagi komen untuk kesihatan...kali nie berkenaan hidung tersumbat...terima kasih Armouris sebab bagi aku info nie....marilah kita manfaatkan ilmu yang di beri....

Tuesday, June 8, 2010

Atasi Resdung

Assalamualaikum....

Tetiba plak blog aku nie tukar konsep kan...tapi info nie mmg berguna terutama untuk aku....

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

Respon Aku : Bapak aku selalu bising suruh buat cm tue tp aku je yg degil..

PETUA RESDUNG 2
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.

Respon Aku : Nasib baik aku tak makan udang ngan ketam sgt tp sotong n kerang mmg feveret...kerang cicah sambal belacan...pergghhh...meleleh...

PETUA RESDUNG 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

Respon Aku : Aku pakai sabun may atau lux...kna beli pas nie...

PETUA RESDUNG 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

Respon Aku : Alamak sambal belacan tue yg best tue...nak plak ade ikan terubuk bakar...

PETUA RESDUNG 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

Respon Aku : Ini mmg aku try jauhkan iaitu persekitan berhabuk...tp aku suke mengemas...

PETUA RESDUNG 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

Respon Aku : Erm...

PETUA RESDUNG 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

Respon Aku : Eeeeeeee...tak penah umur aku buat rawatan cm tue...

PETUA RESDUNG 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

Respon Aku : Insyaallah....

PETUA RESDUNG 9
Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

Respon Aku : Ini tabiat plg aku suke....

PETUA RESDUNG 10
Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.

Respon Aku : Erm...tradisional lagi bagus kesannye...



Free Signature Generator