Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Wednesday, January 28, 2015

Basic H Pemusnah Kekotoran

Assalamualaikum......

Jom beralih pada Basic H...banyak kegunaan dan selamat....organik dan no chemical....so bagus untuk sesapa yang alahan pada sabun....

Sepanjang aku guna basic h nie memang puas hatilah....testimoni menarik dari kawan-kawan, keluarga sendiri, aku sendiri...antaranya :

• Rendam puting botol untuk hilangkan keladak-keladak susu.
• Hilangkan kekotoran pada baju terutama bahagian tengkuk baju kemeja.
• Hilangkan contengan pada dinding.
• Segarkan semula sayur yang layu.
• Basuh kasut sekolah.
• Mop lantai yang berlalat.
• Bersihkan cermin tingkap.
• Boleh diletak pada tangki wiper kereta.


So pada sesiapa yang nak mencuba boleh hubungi aku.

Zura
Sg Buloh
0122217442

~ zura ~

Kita Cuba Spageti

Assalamualaikum....

Wah kemain lagi ko Zura....sekarang terjah Deco Cafe aje....hahaha...nie gara-gara adik aku makan spageti cabonara kelmarin....terus set nak makan spageti cabonara....

Malam semalam janji dengan Imah nak bayar hutang pastue nak bank in duit Zie beli barang shaklee....so jumpalah di Petronas Kuang....center antara Kubu Gajah dengan Sri Kundang....

Nasib mesin cash deposit tak meragam....so segalanya dipermudahkan....lepas dah selesai terus bawak mak aku pergi Deco Cafe makan....bukan aku je mengidam....mak aku pun sama...hehehe...

Nasib kedainya dekat dengan rumah...nak terjah berapa kali pun tak de hal....




Bukan main relax anakku...dengan kaki naik sikit....


Dah pandai mengicak sekarang nie...


Bandung cincau...


Seafood spageti....sedap tp lama-lama muak...tetiba masa order terbayang mee rebus...kikiki...next timelah ye mee rebus...


Spageti cabonara...not badlah...pilihan adik aku Wiyah...mak aku order yee mee sizzling...mak aku cakap sedap...

💝 zura 💝

Tuesday, January 27, 2015

Diari

Assalamualaikum....

Walaupun sudah tidak bekerja...diari tetap ada...hehe...sibuk je kan....nak buat apa dengan diari...boleh tulis nota shaklee dalan tue....so tak payah nak beli note book...jimat....lagi pun ada ruang nota yang banyak....

Memang kelaziman aku akan kecek kakak aku diari....sebab diari dia besar....dan ruang pun besar untuk catat segala macam keje dalam tue....


💝 zura 💝

Aksi Berani Mati

Assalamualaikum....

Malam semalam pergi makan di Maju Ahmad Bukit Rahman Putra....memang dah jadi kebiasaan makan kedai mamak....semua permintaan abah tercinta....

Kekadang tue sampai dah tak tahu nak makan apa....kedai mamak nie kelebihan dia services yang cepat sebab staff dia memang ramai...sampai ada yang berdiri-diri menunggu pelanggan....

Kalau pergi kedai makan nie suka bawak anakanda tersayang sebab dia dah pandai makan....roti canai, kentang goreng, roti goreng....dudukkan dia kat baby chair bagi dia makan...so easy...

Tapi bila dudukkan dia boleh pulak dia buat aksi berani mati....kihkih....


Siap berdiri...aduhai....




Duduk katak atas baby chair....

💝 zura 💝

Sunday, January 25, 2015

Tewas Kepada Vivix

Assalamualaikum.....

Vivix memang diperakui boleh menghentikan perokok tegar....waaah....nie betul-betul mujarab nie....kalau sesapa dok kata vivix mahal....cuba buat kira-kira kalau beli rokok pulak...

Mengikut pengalaman aku tengok bapak aku, abang aku, pakcik aku, seppu-sepupu aku merokok...sehari dorang boleh makan dua kotak....bayangkanlah...tapi masa dulu harga rokok masih mampu milik....

Kalau kesemua duit tue beli vivix lagi berbaloi-berbaloi....bukan je boleh berhenti merokok malahan dapat kesihatan optimum sebab kandungan resveratrol yang tinggi....selain anti oksidan yang kuat....

Sempena promosi bulan Januari...pembelian enam botol percuma satu memang sangat berbaloi....pakat-pakat beli tujuh orang pasti dapat penjimatan yang affordable...



Testimoni perokok tegar yang akhirnya mengalah dengan vivix....

~ zura ~

Saturday, January 24, 2015

Tong ESP Jadi Bekas Biskut

Assalamualaikum....

Recycle bahan guna semula.....aku ada beberapa tong ESP....memang habit aku mengumpul botol-botol, tong-tong shaklee yang aku dah consume...tapi baru nie aku gunakan tong ESP untuk letak biskut...dalam tong tue ade saki baki serbuk ESP....jadinya biskut marie tue ade rasa-rasa ESP....


Biskut marie kopi bersalut ESP.....

~ zura ~

Mini Giveaway By Izzeyda

Assalamualaikum....

Hari nie hari sabtu....tergerak nak join giveaway mini dari kawan blogger baru aku....jom ramai-ramai kita hangatkan mini giveaway nie....eratkan silaturahim....


Tarikh tutup 31.Januari.2015

~ zura ~

Friday, January 23, 2015

Sicomel Penemanku

Assalamualaikum....

Peneman ke mana saja mak nya pergi....mana ada mak nya...mesti ada si jantung hati intan berlian nie...walau tido sekali pun mesti kejutkan bawak sekali...."jadi peneman mak sampai habis usia mak ye nak...."...hehehe....





Baby shaklee yang sihat...insha Allah...sesapa nak order supplement boleh order dengan mak saya...hihihi...(sempat lagi promot)

Sahabat Sihat Anda
Zura
Sg Buloh
0122217442

~ zura ~

Tuesday, January 20, 2015

Deco Cafe Destinasiku

Assalamualaikum.....

Lagi post pasal makan-makan sekeluarga....alhamdulillah....plan yang dah lama draf dalam kepala otak lastly jadi jugak di realisasikan....rezeki terpijak kata orang-orang tua....

Aku memang penggemar mee rebus...dan berapa kali jugak aku pernah mention....susah nak dapat makan mee rebus yang super duper sedap....alhamdulillah aku dah jumpa masa makan kat Satay Station beberapa bulan dahulu.....

Bila tahu je restoran Deco Cafe nie ada jual mee rebus terus plan nak pergi makan....dan malam semalam segalanya telah tertulis rezeki itu....dapat jugak merasa mee rebus....adik aku Seha nak makan spageti bolognese...tue yang sakan dia mengajak aku tue....

Aku pun apa lagilah kan....kedai pun bukan jauh mana pun...tak sampai lima minit perjalanan naik kereta....bergeraklah aku usung anakku, mak aku, adik aku Wiyah, Seha dan anak buah aku Jiyah.....

Sampai terus order mee rebus....itu menu yang ligat dalam kepala otak aku nie....air aku ambil jus epal....tak sedar diri tue tengah batuk dengan tekak sakit...ish ish ish....tak pe...itukan namanya ubat batuk...hehehe....

Okeylah aku show makanannya ye...jeng jeng jeng....


Jus oren dan epal pilihan aku dan adik aku Seha....


Cheezy wedges pilihan adik aku Wiyah dan Jiyah....


Nasi goreng Deco pilihan makku....banyak bahan...kalau ikutkan portion untuk dua orang punya makan....


Mee rebus pilihanku...tengok udang tue...besar...aku tak berani makan risau gatal-gatal menyerang....sepatutnya telur direbus bukan dimasukkan masak sekali dalam kuah....adik aku order spagety tapi tak sempat snap sebab teruja masuk mulut....


Inilah billnya...ada yang mengirim dari rumah...itu pasal harga jadi itu macam....overall puas hati....berbaloi...

~ zura ~

Friday, January 16, 2015

Suatu Kebetulan

Assalamualaikum....

Suatu kebetulan....tengok entry lama specially entry 2007...hati tergerak buka post 20 Julai 2007....tetiba hati bercakap "eh...kebetulan pulak"...nama yang bagi komen tue Hanim...nama inilah Allah s.w.t pilih untuk diberikan pada anakku...Ya Allah...hint tue macam dah nampak- nampakkan...kikiki....


~ zura ~

Hari Mulia Umat Islam

Assalamualaikum.....

Selamat hari Jumaat...sekejapnya budak-budak dah seminggu sekolah kan....mesti memasing dah serasi dengan alam persekolahan....mak bapaklah yang excited tak kurang jugaj risau....

Sempena Jumaat yang penuh barakah....marilah kita berselawat ke atas Rasul junjungan kita Nabi Muhammad A.S....renungkanlah sejenak pengorbanan Rasul kita supaya kita terus mengasihinya....

Lagi satu....janganlah kita jadi golongan ini......


~ zura ~

Thursday, January 15, 2015

Makan Dengan Famili Di DS Corner

Assalamualaikum...

Dah lama rasanya tak buat post pasal makan- makan....baru-baru nie kita orang pergi makan di DS Corner Saujana Utama....asalnya plan tempat lain...tapi kedai makan tutup pulak....


Air asam boi...masam baq ang...tak boleh nak tolan....


Tak tahu nak order apa...last-last minta nasi lauk paprik daging....kuah pekat....


Nasi putih...


Nasi goreng kampung dia sedap...5 bintang...adik aku Wiyah order makan tiga orang...

>>>syukur rezeki Allah....suami belanja...sian dia tak dapat makan kueh tiow di Deco Cafe...

~ zura ~

Saturday, January 10, 2015

Vivix Dan Kanser

Assalamualaikum.....


Maaflah info nie panjang bebenau....aku dapat dari 


Fakta Asas Kanser.

Kanser adalah penyakit yang disebabkan oleh pertumbuhan yang tidak terkawal sel-sel yang tidak normal atau abnormal di dalam badan. Ia berpunca daripada kegagalan sistem imun berfungsi dengan baik. Kanser yang tidak dirawat boleh menyebabkan penyakit serius dan kematian.

Sel Normal Di Dalam Badan.

Tubuh kita terdiri daripada trilion sel hidup. Sel-sel badan yang normal berkembang, berpecah untuk membuat sel-sel baru, dan mati dengan cara yang teratur. Pada tahun-tahun awal kehidupan seseorang, sel-sel normal berpecah dengan lebih cepat untuk membolehkan mereka membesar. Setelah seseorang itu menjadi dewasa, kebanyakan sel berpecah hanya untuk menggantikan sel rosak, sel mati atau untuk membaiki kecederaan.


Bagaimana Kanser Bermula.

Kanser bermula apabila sel-sel di bahagian badan mula tumbuh di luar kawalan. Pertumbuhan sel kanser adalah berbeza daripada pertumbuhan sel yang normal. Ia tidak mati, sebaliknya terus berkembang dan membentuk sel yang baru, yang tidak normal. Sel-sel kanser juga boleh menyerang (tumbuh di dalam) tisu-tisu yang lain, sesuatu yang sel normal tidak boleh lakukan. Pertumbuhan di luar kawalan dan menyerang tisu-tisu lain adalah apa yang membuatkan sel menjadi sel kanser.
Ini berlaku disebabkan sistem pengawasan imun badan tidak aktif. Sistem pengawasan imun yang aktif akan memilih, mengenalpasti dan memusnahkan agen karsinogenik (agen yang menyebabkan kanser) yang setiap hari memasuki badan kita. Mereka yang mempunyai sistem imun yang sihat dan kuat akan terhindar daripada kanser. Mereka yang tindakbalas sistem imunnya tidak berfungsi dengan baik berhadapan dengan risiko kanser yang lebih tinggi.
Masalahnya adalah semakin hari semakin lemah sistem imun kita. Kita tidak dapat lari daripada keadaan yang melemahkan sistem imun seperti pencemaran udara, racun perosak, bahan tambahan dalam makanan, kekurangan nutrien, stres dan lain-lain. Justeru kita perlu meningkatkan pertahanan imun semula jadi kita untuk melindungi diri kita daripada kanser.
"Untuk membolehkan kanser bermula dan terus berkembang, ia perlu mengalahkan pertahanan sistem imun anda. Sistem imun adalah benteng pertama dan terakhir anda daripada kanser." Dr. John Bailar, M.D., Ph.D., bekas Ketua Editor Jurnal Institut Kanser Negara, Amerika.



Bagaimana Sel Kanser Merebak.
Sel kanser sering berjalan ke bahagian-bahagian badan yang lain di mana ia boleh berkembang dan membentuk tumor baru. Ini berlaku apabila sel kanser masuk ke dalam saluran darah atau saluran limfa badan. Proses kanser merebak dikenali sebagai metastasis.


Jenis Kanser

Kanser menyumbangkan satu perempat daripada jumlah kematian di negara maju. Jenis yang paling biasa adalah kanser prostat, paru-paru dan kanser payudara. Jenis lain adalah kanser hati, kolon atau kolorektal, kanser, pundi kencing, ovari, endometrium, tulang, kanser kulit dan leukemia.
Penyakit ini akan dinamakan mengikut di mana ia bermula. Sebagai contoh, yang bermula di kolon akan dikenali sebagai kanser kolon. Jika ia telah merebak ke hati, ia dipanggil kanser kolon metastatik, bukan kanser hati. Dalam kes ini, sel kanser yang diambil dari hati akan sama dengan yang terdapat di dalam kolon.


Tumor yang Bukan Kanser

Tumor adalah satu ketulan yang tidak normal atau pengumpulan sel-sel, tetapi tidak semua ketumbuhan adalah kanser. Tumor yang bukan kanser dipanggil benigna. Tumor benigna boleh menyebabkan masalah - ia boleh tumbuh dengan besar dan menekan organ-organ dan tisu-tisu yang sihat. Tetapi ia tidak boleh menyerang tisu-tisu lain. Kerana tidak boleh menyerang, ia juga tidak boleh merebak ke bahagian badan yang lain. Tumor jenis ini jarang mengancam nyawa.


Rawatan, Ubat dan Penawar Kanser

Terdapat beberapa jenis rawatan, ubat atau penawar untuk kanser. Ketahui bagaimana ia bertindak dan mengapa ia digunakan, dan dapatkan maklumat apa yang boleh diharapkan daripadanya dan bagaimana ia mungkin memberi kesan kepada anda jika anda mendapatkannya.
Pembedahan - Pembedahan boleh digunakan untuk mendiagnosis, merawat, atau membantu mencegah kanser dalam beberapa kes. Ia selalunya mempunyai peluang yang besar untuk sembuh, terutama jika kanser belum lagi merebak ke bahagian badan yang lain.
Kemoterapi - Kemoterapi(kemo) adalah penggunaan ubat-ubatan atau dadah untuk merawat kanser. Ramai yang takut untuk menjalani rawatan kemoterapi. Ia akan membantu menenangkan ketakutan sekiranya diketahui apa itu kemoterapi, bagaimana ia berfungsi, dan apa hasil yang boleh diharapkan daripadanya.
Terapi Radiasi - Terapi radiasi atau sinaran menggunakan zarah bertenaga tinggi atau gelombang untuk memusnahkan sel-sel kanser atau sel rosak. Ia adalah salah satu rawatan yang paling biasa bagi kanser, sama ada secara sendiri atau bersama-sama dengan rawatan lain.
Sel Tunjang - Sel tunjang atau stem sel kebanyakannya hidup dalam sum-sum tulang, di mana mereka berpecah untuk membuat sel-sel darah yang baru. Pemindahan sel tunjang digunakan untuk memulihkan sel-sel tunjang apabila sum sum tulang telah dimusnahkan oleh penyakit, kemoterapi atau radiasi.
Imunoterapi - Imunoterapi adalah rawatan yang menggunakan bahagian-bahagian tertentu sistem imun seseorang untuk melawan penyakit seperti kanser. Ini boleh dilakukan dengan dua cara; Merangsang sistem imun anda untuk bekerja lebih keras atau lebih bijak untuk menyerang sel-sel kanser atau memberikan anda komponen sistem imun, seperti protein sistem imun. Namun terdapat protein tertentu yang membantu sel-sel kanser berkembang.

Alternatif lain boleh try consume vivix....kandungan vivix yang kaya dengan anggur muscadine bernilai ratusan USD dollar....anggur yang sebesar bola golf....sebab tue harganya yang mahal berbanding supplement lain keluaran shaklee....

Kalau hasil berbaloi apalah salah kita berbelanja lebih untuk kesihatan optimum...sempena bulan Januari nie shaklee buat promosi beli 6 free 1....


Banyak khasiat lain...jom jom cepat grab...


Zura
Sg Buloh
012217442
~ zura ~

Friday, January 9, 2015

Dia Kembali Di Pasaran

Assalamualaikum.....

Dulu masa aku join shaklee....vitalea chew for children nie tiada dalam pasaran....tapi tahun nie ada balik....mesti kanak-kanak yang pernah makan dulu akan lagi teruja dengan formulasi vitalea nie....sebab sudah di upgrade....

Sekarang nie set simanja sudah pun lengkap dengan adanya si multivitamin...mesti vitalea baru nie boleh buat kanak-kanak terus jatuh cinta dengan rasa dan baunya...jom baca fungsi-fungsinya....


📓 Keistimewa Chewable Vita - Lea :

🎀 Sesuai utk kanak² 4 tahun ke atas.
🎀 Ada 19 vitamin & Mineral penting yang diperlukan untuk tubuh badan.
🎀 Sumber kalsium untuk pembinaan tulang yang kuat.
🎀 Sumber harian tambahan bagi vitamin B

👓 Siapa perlukan Chewable Vita - Lea :

🏆 Kanak² dari usia 4 tahun.
🏆 Kanak² yang susah nak makan.
🏆 Anak yang aktif.
🏆 sesiapa sahaja.

🌳Fungsi Chewable Vita - Lea :

🌸 Melengkapkan nutrisi yang diperlukan oleh tubuh badan.
🌸 Meningkatkan kesihatan badan secara menyeluruh.
 🌸 Meningkatkan kesihatan tulang & sistem imunisasi badan.
🌸 Memberi tenaga untuk mengelakan keletihan yang melampau.
🌸 mencegah penyakit Tirod.
🌸 Membantu memulihkan selera makan & melancarkan sistem pencernaan. 
🌸 Meningkatkan kecerdasan minda.


Promosi bulan Januari 2015...beli 3 dapat 4 total belian RM333.00....kalau empat botol...sebotol boleh jatuh harga lagi murah...

Zura
Sg Buloh
0122217442

~ zura ~

Sunday, January 4, 2015

Perihal Anak

Assalamualaikum....

Hehehe...perihal anak kesayangan yang dah bertambah baik....aku yang dah kurus bertambah kurus....bila dia dah pandai merangkak, memanjat, berdiri2 nielah kita akan rasa penat menjaga....terkejar2 jadinya....kali nie dia buat hal lain pulak...





Siap tengok muka kat screen laptop...

~ zura ~

Saturday, January 3, 2015

Hujung Tahun Ke Pulau Pangkor

Assalamualaikum....

Pada 26.12.2014...aku dan famili aku bercuti kat Pulau Pangkor....kiranya plan last minitlah....booking chalet pun last2 minit...nasib baik ada kosong kat Suria Beach Resort Teluk Nipah....

Pergi Jumaat pagi....dapatlah bermalam dua malam kat sana....puas jugaklah sebab Pulau Pangkor nie kecik...bukan macam Pulau Langkawi....ini kali kedua aku menjejakkan kaki ke Pulau Pangkor....

Excitednya sebab dapat bawak anak tersayang pergi mandi laut....nasib baik dia tak melalak sakan...cuma muka tue je agak redha bila orang mandikan dia....luckly dia tak takut....

Dalam bercuti sebenarnya kerisauan melanda diri aku....maklumlah masa tue kan musim banjir....bila tengok air laut rasa seram je...macam manalah keadaan kat kawasan yang banjir lagi tinggi sampai cecah tingkat tiga....

Okeylah...jom tengok gambar...


Marina Island Pangkor adalah jeti baru...lagi dekat dari Lumut....perjalanan cuma 15 minit berbanding 45 minit dari Jeti Lumut....


Try guna baby carier....hahaha...sangat tak selesa....


Muka penat dalam feri....


Suasana dalam feri....



Pangkor Island terkenal dengan uptown...macam2 jenis barangan terutama sekali baju ada dijual....



Trip kedua...bapak aku, adik aku Ain dan Seha, adik ipar aku Din (suami Ain)....



Kak Long Zatul tanam kaki anakku....diam je dia...hehehe....




Jom dinner...dinner kedai tepi jalan je...sempit kedainya....masakan boleh tahan...harga pun boleh tahan mahalnya...kikiki....


Memain je minum guna straw...siap gelak2....


Keychain barang wajib di beli....malam kedua.....


Jari aku cenggitu sebab penuh kerengga kat pokok tue....


Makan time kat Jeti sebelum naik feri....boleh tahan lauknya...


Tengok...sekali dua stik dia makan....bila tak bagi melalak...dah comot....






Inilah ahli keluargaku yang pergi....


Badan dah lesu...mata dah mengantuk...mulalah meragam...alahai anak....



Baru beli baju nie dah terus pakai sebab comot makan coklat....

~ zura ~