Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Friday, February 6, 2015

Perbetulkan Posisi

Assalamualaikum.....

Aku nak sharekan sikit information untuk anak-anak yang suka duduk dalam posisi W termasuklah anak aku...hehehe...kena bertindak dari sekarang nie....




Duduk dalam posisi W merupakan satu posisi yang anak-anak sering lakukan ketika bermain. Adakah ianya baik? Atau sebaliknya. Teruskan pembacaan anda.


Bila bermain dalam posisi selain duduk-w , ianya dapat membantu dalam melatih anak-anak untuk mengawal pergerakan tubuh badan. Ini dapat membantu anak-anak di dalam perkembangan motor halus dan juga kedominanan tangan.

Duduk-W tidak digalakkan kepada semua anak-anak anda. memang tidak dinafikan anak anda secara natural duduk dalam kedudukan w ini, namun perlu diketahui bahawa duduk dalam posisi ini secara berlebihan akan menyebabkan masalah ortopedik kepada anak-anak.

Mengapa anak anda suka duduk dalam posisi ini?

Ketika bermain, anak anda lebih suka duduk dalam keadaan ini kerana mereka rasa lebih stabil di dalam mengawal permainan , mencapai dan memanipulasi mainan. Tanpa mereka risau akan keseimbangan badan mereka.

Secara ringkasnya, duduk dalam posisi W akan menyebabkan keadaan berikut.


  • Menyebabkan dislokasi pinggul kepada anak-anak tertamanya yang mempunyai  sejarah hip displasia.
  • Jika anak-anak mempunyai 'muslce tightness' duduk dalam keadaan w ini akan memburukkan lagi keadaan anak tersebut.
  • Menghadkan perkembangan dalam manipulasi tangan dan dominan tangan. 

Bagaimana nak elakkan anak-anak duduk dalam posisi W

Salah satu cara efektif adalah dengan mengelakkan supaya ianya tidak menjadi habit kepada anak anda. Perbetulkan kedudukan anak anda setiap kali mereka melakukannya.


~ zura ~

No comments: