Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Saturday, October 16, 2010

Special Delivery From Dini

Assalamualaikum....

Ini cite ptg semalam...hampir² gugur jantung aku nie haaa...terkujat punye pasal...klau aku pengsan sapa yang di pertanggung jawabkan.....ayukkkk...sapa orang tue erk...??ptg semalam tgh tengok cite CSI (peminat fanatik skrg nie) tetiba..

"Nah ada karat (surat) tuk ko"...adik aku Izah bg bungkusan kecik....

Kening aku mulelah berkerut keheranan...dalam hati sapa plak yang baik hati nie bagi...teruslah teringatkan penyertaan aku dalam GA mber² blogger..."rase²nye tak ada...sapa plak yang bagi nie"...baru baca entry Zie Redbloodsnow dapat hadiah terkejut dari blogger....

Memang kemestian aku akan telek tulisan sapa..."rase² cm penah tgk tp sapa erk"...agak² tak bleh nak cam tulisan sapa aku pun dgn hemahnye membuka sampul tue...begitu cermat tp terkoyak jgak tapi sikit jelah...

Tengok² ada hadiah dari seseorang yang cukup aku kenal...hikhikhik...hati lagilah keheranan...nak kata aku menang GA 3 jam...tak de pun...selalu je join tapi tak penahnye menang...belum nasib lagi kot...


Tulisan si manis nie mmg aku suke tgk..cantik & tersusun...terutama sekali huruf Z...

Pastue tgk tulisan tak cam aku tgk setem plak dari mana...kedah..erm....


Bukak² je...jeng jeng jengggggg...nielah empunya diri yang buat aku terkejut tue...sapa lagi...sure korang kenal kan...one of the tip top blogger at this time....


Special delivery lagi ko...haaaahh...special tak special nye aku nie...hikhikhik....


Ingatkan Dini bagi duit raya...hahha...waaaahh ko berkepuk² sampul nie....

Inilah yang aku dapat dari Dini...so surprise tau...aku teruja dan warna purple tue mmg my peberet colour tue...macam tahu² aje Dini nie...hehehe...suke sgt brooch nie....nti akak pakai ye Dini...

Terima kasih daun keladi Dini...Dini berjaya buat akak terkejut...hehe...tapi sebab kenapa Dini bagi itu kena tanya Dini sendiri sbb aku sendiri pun masih konpius lagi nie....macam adegan kejut mengejut plak ktorg nie...sbb baru² nie aku terkejutkan dia...hehe...

>>>Mood masih senyum sampai ke telinga bila teringatkan hadiah Dini tue...

Free Signature Generator


Friday, October 15, 2010

I Like CSI

Assalamualaikum....

Aku sudah addict pada ini cerita...bukan dulu tak suka tengok tapi tak ambik port sgt...tp sejak tengok cite nie kat Astro dua hari nie rase terus nk jadi peminat fanatik...hahaha...cerita siasatan yang mmg meletup kat seluruh dunia...

Aku rase kehebatan cite nie dari segi siasatan memang tak dapat di nafikan...kalau tengok nampak macam real je dorang siasat...ada 3 jenis cite nie CSI, CSI-Miami & CSI-New York...semalam ketiga² CSI nie bergabung tuk selesaikan satu kes dan kes lain...

Berkaitan antara satu kes dengan kes lain...itu yang membawa CSI-New York bersambung ke CSI-Miami...unik sangat...bukan nk puji lelebih cite luar tapi filem kite kena byk belajar dari situ...bukan meniru tapi kena update sikit...




Tengok smpai 1 juta lebih fan dorang....


Aku pun baru je click kat "like" tue...



Free Signature Generator

Slow Mode Bawak Kete

Assalamualaikum....

Pagi tadi ikut belakang bende alah nie...bila dh ikut dia dr belakang speeding cume 40km/jam...slow mode...memula tak delah kesah nak ambik gmbar tapi bila teringat anak buah aku Muqri terus snap...

Muqri tue suke sgt tgk bende alah nie...sampaikan menangis² kalau orang tak bawak dia pegi tgk...dia pun dh pandai sebut nama bende alah nie...BAAAAAJAK....sekali aku pandang mcam katak pun ada..mcm raksasa pun ada...


Korang panggil bende nie ape erk..???



Free Signature Generator

Mc Flurry McD

Assalamualaikum....

Semalam dalam penat² tue boleh lagi ikut adik² ngaa mak aku pegi makan McD...oleh kerana belum ada nafsu nak makan McD aku just makan ice cream je...klau dulu makan ice cream waktu malam orang cam pelik tp lah nie tak kira masa pun....




Mc Flurry ice cream...sedap...nyum nyum nyum....

Ni leka makan ice cream ke leka termenung...



Free Signature Generator

Thursday, October 14, 2010

Perasaan Seorang Anak

Assalamualaikum

PERASAAN seorang anak ada kala tidak difahami oleh ibu bapa sehingga mengheret mereka menyimpan perasaan benci yang mendalam.Begitulah yang berlaku kepada Ifa (bukan nama sebenar) yang mengirim kisah hidupnya untuk renungan kita bersama.

Begini kisah Ifa. "Aku dilahirkan di sebuah daerah kecil di Negeri Sembilan. Sejak kecil aku memang seorang kanak-kanak yang aktif, nakal dan ada sahaja perbuatan yang membuatkan mak abah marah kepada."Kasih sayang ku kepada mereka tiada tandingnya walaupun aku hidup dalam keadaan yang terkongkong.

"Semua keputusan, arahan, permintaan dan apa sahaja perlu di rujuk pada abah sehinggakan aku benci melihat sikap mak yang langsung tiada peranan terhadap anak-anak."Makan minum pun mengikut selera suami sahaja. Mak memang seorang isteri yang lurus dan terlalu percaya dengan apa yang dibuat oleh abah.

"Penampilan dan sikap abah memang amat berbeza semasa di depan saudara mara, kawan-kawan dan isteri. Kematangannya dilihat sebagai seorang bapa yang amat bertanggungjawab. Pada hal dia abah yang bagaikan talam dua muka.

"Abah mengajar anak-anaknya mencium pipi kedua-dua ibu bapa setelah selesai mendirikan solat."Tetapi apabila remaja, aku merasa tidak selesa melihat kelakuan abah yang asyik meminta aku mencium pipinya ketika masak, semasa menjemput ku dari asrama.

"Lama kelamaan aku perasan permintaannya itu biasanya berlaku setiap kali ketiadaan mak sahaja."Masih segar dalam ingatan ku lagi peristiwa waktu Subuh semasa aku berumur 13 tahun. Biasalah remaja tidur pun lasak sudah semestinya kain terangkat sana sini.

"Rumah kami ketika itu cuma ada tiga bilik. Sebuah bilik wan dan atuk dan sebuah bilik mak abah. Bilik mak abah itulah yang kami adik beradik gunakan."Mak dan abah tidur di luar dan semestinya barang-barang mereka masih berada di dalam bilik itu.

Abah sering keluar masuk bilik itu apabila hendak mengambil sesuatu."Pada subuh itu sedang aku lena tidur bersama adik beradik ku yang lain, tiba-tiba aku melihat abah berada di hujung katil.

"Aku tergamam dan menjadi takut seperti tidak percaya apa yang aku lihat. Abah cuba mencabul kehormatan ku. Namun aku berpura-pura tidak sedar dan menggeliat supaya abah menghentikan perbuatannya itu.

"Perlahan-lahan aku membuka mata menyebabkan abah segera beredar dari bilik. Aku menggigil tidak tahu apa yang patut aku lakukan."Semasa tinggal di sekolah berasrama, abah yang akan menjemput aku setiap kali balik bercuti.

"Bencinya aku apabila abah mengambil kesempatan memaksa aku mencium pipinya berkali-kali sepanjang perjalanan sehingga terkadang terkena mulutnya."Dia turut memegang tanganku seperti seorang kekasih sambil mengatakan sayang padaku dan sekali sekala cuba meletakkan tangannya di atas pahaku membuatkan aku mengalihkan tangannya semula.

"Jika aku enggan abah mengugut meninggalkan aku di tepi jalan. Selepas itu aku sering memberi alasan untuk pulang bersama dengan rakan-rakan."Mahu sahaja aku menjerit pada mak bercerita apa yang telah abah lakukan, tetapi aku benar-benar tidak sanggup menceritakan perihal suaminya yang mak benar-benar percaya dan tunduk selama ini.

Sikap mak menyebabkan aku melabelkan mak sebagai isteri yang terlalu lemah."Aku memasang nekad untuk keluar dari 'neraka' itu. Aku belajar bersungguh-sungguh sehingga aku mendapat tawaran belajar di sebuah institut pengajian tinggi awam di Sarawak.

"Tamat pengajian, aku bertemu dengan seorang lelaki yang kini telah menjadi suamiku. Kakak pula telah mengandung sebelum menikah. Mujur lelaki itu mahu bertanggungjawab dan mereka akhirnya bernikah.

"Jauh di sudut hati aku merasakan inilah balasan buat abah. Walaupun aku melihat abah telah punya perubahan yang amat banyak berbanding dulu, tetapi aku masih benci padanya.

"Sepanjang hidup, aku langsung tidak ikhlas dan hanya berpura-pura mengambil hatinya."Selepas habis belajar aku mendapat tawaran kerja di bank dan pada pertengahan tahun aku selamat diijab kabul. Aku mengambil keputusan duduk berjauhan daripada mak dan abah.

"Sepanjang tempoh itu aku hanya datang sebulan sekali ke sana bertemu suami dan cuti selebihnya pulang ke rumah abah dan keluarga suami."Keluarga suami terlalu baik melayan aku sehingga ke hari ini.

Dengan mertua aku merasa nikmat kasih sayang sebenar ibu bapa."Aku mengalami dua kali keguguran tetapi mak abah tidak peduli, langsung tidak bertanya khabar."Mak aku tidak seperti mak orang lain yang penyayang mengambil berat dan prihatin dengan anak menantu.

Sepanjang tempoh aku berpantang, mak mertuaku yang setiap hari bertanya khabar dan memberi tunjuk ajar pada suami untuk menjaga aku sebaiknya," kata Ifa menutup ceritanya.Kisah Ifa bukan satu di dunia ini.

Banyak kes-kes seumpama itu berlaku tetapi tidak dilaporkan oleh anak-anak kerana sayang dan kasih kepada ibu bapa.Bagaimanapun saya puji sikap Ifa yang bijak menangani masalah ini walaupun ia menyebabkan tekanan perasaan kepadanya.

Kepada Ifa, tabahkan hati, kuatkan semangat. Pesanan saya, biar macam mana buruk sekalipun ibu bapa, mereka patut dihargai dan dihormati. Berdoa selalu agar satu hari mereka sedar kesilapan masing-masing dan kembali ke pangkal jalan.

Menutup kata, "sesungguhnya rahmat Allah amat dekat kepada orang-orang yang berbuat baik dalam sebuah kehidupan yang setiap saat daripadanya adalah satu nikmat."

>>>Apa punya bapak daaaa...


Free Signature Generator

Di Lahirkan Pada 10.10.10 Pukul 10:10:10

Assalamualaikum....

Petikan dari email :

SUTTON COLDFIELD, Britain - Seorang ibu melahirkan bayi perempuan pada pukul 10 pagi 10 minit dan 10 saat pada 10 Oktober 2010 di Hospital Good Hope di Sutton Coldfield, Britain.

Ibu itu, Keelie Hearne melahirkan anak perempuannya itu seberat 1.68 kilogram yang diberi nama Niamh Bond.

Sebuah jam digital mencatatkan masa kelahiran bayi itu dengan tepat.Hearne yang berusia 20 tahun berkata:

"Apabila dia merenung ke arah jam dan melihat sepuluh saat, dia berasa terkejut besar."

Menurutnya, tarikh lahir anaknya dianggap terlalu istimewa kerana kelahiran itu merupakan yang pertama buat dirinya.

"Dia (anaknya) amat kecil dan mempunyai jari-jari yang halus. Dia amat cantik," katanya.

Bayi itu dilahirkan lapan minggu lebih awal daripada jangkaan asal.Namun, air ketubannya pecah semasa dia bekerja sebagai pelayan pub menyebabkan dia dihantar ke hospital itu pada malam Sabtu lalu.

Pada pukul 9.40 pagi kelmarin, dia mula menunjukkan tanda-tanda akan melahirkan anak.Pasangan hidup Hearne, Dean Bond yang berumur 22 tahun yang masih belajar cara-cara menurap bata di sebuah kolej menganggap kelahiran anaknya itu merupakan hari yang paling bertuah dalam abad ini.

Bond berharap kelahiran anaknya itu akan memberi tuah untuk keluarganya.

>>>Tak semua orang dapat lalui benda yang istimewa....apapun kite kena sentiasa bersyukur....



Free Signature Generator

Hati Aku Sudah Dimiliki

Assalamualaikum.....

Kalau dulu....

Aku susah nak pandang dia dengan dua belah mata ini...pandang sekejap je terus toleh...dah toleh tue mmg tak ambik kesah dh...terus lupekan dia...mmg kalau balik rumah tak de nye dia dalam kepala otak nie...

Ibarat orang terpaksa je berkawan dengan dia...tapi hati kurang ikhlas...kejamkan aku...lepas terima dia sbg kawan aku sia² kan dia...tapi dia tak penah merajuk...tidak penah sekali kecil hati dengan aku...dia masih setia menunggu aku....

Kekadang aku bercakap jgak dalam hati...ape seronoknye berkawan dgn dia nie...ape yang aku boleh buat bile bersama dengan dia nie...sekadar bergambar, meluahkan seribu jenis perasaan, lepas tue berkenalan plak dengan kawan lain...

Tapi kini....

Dia macam berjaya menambat hati aku untuk terus berkawan ngan dia...dia berjaya buat aku terus mengadap dia sepanjang aku di opis....sampaikan kat umah pun bila nak online dialah yang aku cari dulu....

Semakin aku heppy plak bergambar, berkenalan dgn kawan dia...ish perasaan nie macam orang jatuh cinta plak...bila kelapangan mulalah aku mencurahkan isi hati aku kat dia...boleh di katakan setiap hari dia mendengar keluhan hati aku....

Lama kelamaan semakin berbunga plak hati aku kat dia...tapi mungkin ini bersifat sementara saje sbb aku nie jenis cepat bosan...alangkah baiknye kalau dia terus sabar dengan kerenah aku yang agak tak stabil nie...OHHH FACEBOOK....


Free Signature Generator