Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Saturday, November 26, 2011

Pergi Sabah Jumpa Kuih Nie

Assalamualaikum....

Alhamdulillah dengan segala nikmat yang di berikan kepada aku untuk tahun ini walaupun pelbagai dugaan yang aku tempuh ada kalanya buat aku nak rebah....tapi dengan sokongan dari keluarga dan sebahagian teman² buat aku mampu berdiri semula....

Dari 18.11.2011 - 22.11.2011 aku bercuti panjang untuk merentasi laut china selatan....kemanakah aku..??akhirnya sampai jugak aku ke Sabah...lagi satu negeri bawah naungan Malaysia yang aku teringin nak pergi...

Pergi ke Sabah bukanlah bercuti semata² tapi lebih kepada menghantar sepupu sebelah bapak aku kawin....dapat perempuan Sabah bah....berdialek sabah sekejap aku kat sana...belum jejak kaki ke bumi Sabah lagi ktorang dah berdialek Sabah....

Sangat seronok pergi Sabah nie walaupun kampung pengantin perempuan begitu di pendalaman...memang seronok menempuh kepayahan untuk sampai ke kampung dia...dengan perjalanan memakan masa dua jam dari Airport KK....satu pengalaman berharga....

Paling aku seronok bila dapat merasakan suasana majlis perkahwinan kat sana yang berbeza dengan kita kat semenanjung nie...dari segi makanan...perarakan...akad dan nikah...macam² lagilah....sebut pasal makanan...ade satu jenis makanan buat aku jatuh cinta....

Nama kuih nie Rongsong (betulkan kalau aku salah)....memang sedap bangat seh....even dah balik semenanjung nie pun aku masih teringat² rasenye...adoooiii...ada sesapa blogger Sabah nak kirimkan aku kuih tue...sangat teringat² nie...




12 comments:

Salwa said...

InsyaAllah I akan bercuti di sabah petang ni. First time! :D

saya_arief said...

adik beradik tapai ke.
:D

Myra Jay said...

Patut lama tak dengar cerita rupa2nya pergi bercuti..

Miss U :-)

sarah mohamad said...

Saya pun teringinnnnnn sangat nak ke sabah. Nak rasa suasana kat sana. Tapi belum ada rezeki lagi.

ieda said...

mcm mana rasa dia dik .. ada rasa mcm tepung pelita ke

Zura said...

beli pearl byk2 tau salwa..

Zura said...

xlah arief..jauh dr tapai..

Zura said...

hehe..thanks myra sudi rindu..

Zura said...

insyaallah sarah...mmg best kat sabah nie..

Zura said...

jauh sgt rasenye dgn tepung pelita kak...yg nie drg ade letak durian..tue yg buat rase dia sedap sgt,...

amal said...

setakat ni wani takde jumpa lagi kuih ni kat Tuaran. nanti cari kat pasar tamu kot kot ada. bleh ke nak pos kat zura? tkut nanti sampai je basi ehe

Zura said...

uwaaaa...nak jugak...hahaha..wani dok tuaran erk..