Assalamualaikum....
Al-Fatihah aku sedekahkan untuk kawan satu opis aku yang telah kembali ke rahmatullah pada sabtu baru nie...pemergian dia adalah di luar jangkaan aku....walaupun aku tidaklah berapa rapat dengan dia tapi kehilangan dia tetap aku terasa....
Hari rabu minggu lepas kitaorang dapat berita yang dia tenat kat Hospital Besar Ipoh....dia di transfer kan ke Hospital Besar dari Hospital Sungai Siput akibat kekejangan pagi Rabu tue...dapat je berita...beberapa kawan opis bercadang untuk melawat dia....
Ada jugak hikmah komputer aku rosak...dari aku duduk kat opis tanpa dapat buat apa² baik aku ikut kawan opis pergi melawat dia...lagi pun aku sendiri tidak tahu kenapa dengar je berita tentang dia terus hati aku melonjak² nak melawat dia....akhirnya dapat jugak pergi tengok....
Lepas empat hari melawat dia kat hospital dapat plak berita kematian dia pagi sabtu tue....sangat terkejut sebab sehari selepas melawat dia tue aku dengar dia dah boleh minum susu dan boleh berbalas² sms dengan member opis...so pada aku keadaan dia dah eloklah...
Lepas dapat berita kematian dia terus kitaorang bersiap untuk pergi melawat....adalah dalam empat buah kereta yang pergi...pukul 9 lebih kitaorang bertolak ke Sungai Siput...rumah arwah...sampai dalam pukul 1 lebih...kebumi lepas zuhur...
Sampai je jenazah dah pun di kafankan...hanya menunggu untuk di bawa ke masjid terus ke kubur...masjid dan kubur sangat dekat ngan rumah dia...senanglah keluarga dia nak melawat...rasa nak suruh je famili dia bukak balutan muka arwah untuk kitaorang tengok buat kali terakhir...
Arwah meninggal akibat sakit...doktor suspek jangkitan kuman dalam paru²...lepas tue ada ketumbuhan kat kepala...tak tahu lah...arwah tak sempat nak buat citiscan...semasa hayat arwah...dia kerap demam...tak lalu makan...kalau makan dia akan muntah balik...badan susut teruk...
Sehingga kini aku masih terbayangkan muka arwah....yang muda pun akan menemui ajalnya bila sampai masanye...bersiap sedialah kita dengan amalan² baik...sentiasalah ingat akan mati...patutlah aku beriya² nak lawat arwah masa sakit rupanya aku terlepas tengok masa dia jadi jenazah...al-Fatihah...
Tag terakhir untuk arwah...dia tak sempat baca tag nie...
Jom join says.com & blingd untuk jana pendapatan sambil berFB
~ zura ~
5 comments:
al-fatihah
Al-fatihah buat arwah..
sedihnye bila dengar kes kematian..:)
al-fatihah..
mmg sedih kan..lebih2 kita kenal..;(
org ygkita kenal even tak rapat mermang terasa kehilangan.semoga roh aruah tenang disana..:)
Salam takziah, moga roh arwah tenang di sana
Post a Comment