Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Tuesday, May 15, 2012

Tentang Mak Aku

Assalamualaikum....

Puan Ainon Binti Bakar

Boleh pulak terlupa nak buat entry pasal Hari Ibu...hari Ibu di sambut pada 13.05.2012 bersamaan hari Ahad....tak de pape sambutan pun dari ktorang tuk mak aku nie...mungkin esok² kot adalah...almaklumlah...anak² sume sekarang dah hidup sendiri.....

Mak aku adalah yang terbaik dalam hati aku...sepanjang aku di bawah jagaan dia....belum pernah aku di abaikan....even aku dah dewasa berumur 31 tahun nie...aku masih di beri perhatian dari mak aku...kalau susah dia lah yang banyak membantu....(nyaris air mata meleleh)

Ada kala hati rasa menyesal tatkala mengingatkan keterlampauan aku akibat mengikut emosi....aku tak boleh lari dari menyakiti hati kecil mak aku....tapi mak aku tetap maafkan aku....itulah kelebihan mak aku terhadap ktorang...

Seperti kelaziman ibu² kat dunia nie...mak aku selalu berpesan..."janganlah korang bergaduh adik beradik..."lagi ramai anak lagi banyaklah ragam anak² nie...tapi alhamdulillah setakat ini...ktorang adik beradik sentiasa menjaga hubungan tersebut....

Semasa membesarkan anak²nya yang seramai 11 orang nie...semua depan mata...tapi bila semakin meningkat usia anak²...sorang² mendirikan rumah tangga...sorang² keluar berpindah...itulah perkara yang sedih bagi mak aku...

Aku harap hubungan ktorang adik beradik sentiasa baik sampai akhir hayat...kelebihan punya anak perempuan ramai....hubungan lagi rapat dengan mak....harap² ktorang dapat menepis dugaan dari orang luar....

~ SELAMAT HARI IBU ~

~ zura ~

8 comments:

|| NaFiRaa || said...

selamat hari ibu jugak buat semua ibu2 seluruh dunia~

Unknown said...

Jasa ibu/emak/mama/mummy/ummi/bonda (dan seangkatan dengannya) memang tak boleh dinilai dengan harta. Segala pengorbanan dan penat lelah emak tak terbayar oleh duit.
Anyway entry yg bagus sebab aku pon rase nak nangis nih...huhuhu

Unknown said...

SELAMAT HARI IBU..

Myra Jay said...

Pesanan Ibu lah yang akan kita ingat sampai mati..

Selamat hari Ibu ;)

~ain said...

Kasih ibu bawa ke syurga.....

ejulz said...

smoga ibu2 dipeliharaNya sepertimana mereka memelihara kita dari kecil hingga skang.. amin

[sutera kasih] said...

selamat hari ibu :)

~ain said...

emak adalah segala-galanya.. kadang-kadang, kita rasa taknak ke mana-mana. nak duduk depan mata mak je, tapi apa kan daya....

rindu kat emak..