Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Thursday, February 24, 2011

Apa Maksud Bahlol

Assalamualaikum....

Pepagi nie aku nak share cite dengan korang yang aku rasa memang boleh jadi pengajaran pada kita semua...

Dalam bahasa melayu bahlol merujuk kepada bodoh atau tolol. Tahukah kengkawan siapakah bahlol yg sebenarnya?? Bahlol ialah nama seorang ulama yang hidup pada zaman pemerintahan Khalifah Harun Ar Rashid. 

Hebatnya Bahlol (Nama sebenarnya ialah Bahlol Dana r.a) ni sampaikan Imam Abu Hanifah (pengasas Mazhab Hanafi) pun mengiktiraf beliau sebagai gurunya. Ada pengkaji mengatakan Bahlol ini ialah saudara lelaki (tak tahu lah tiri atau kandung) dan penasihat kepada Khalifah sendiri.

Bahlol dikenali sebagai Madjzub iaitu golongan yang menyembunyikan kepintaran mereka dengan perbuatan2 yg tak masuk akal. Sesetengah orang sahaja yang mampu kenal siapa madjzub ni..

Kisah 1:

Masa zaman Bahlol tu, berlaku satu kemarau yg sangat dahsyat. Kira² ganda² la panas dari kita yg duduk Malaysia hari ni. Habis khalifah suruh para ulama solat minta hujan. Turunlah ulama, solat beramai-ramai tapi tak ada hujan yang turun pun. Pening khalifah masa tu. Dipanggillah menteri dia mengadap.


"Hah, habis ulama dah kita suruh solat mintak hujan ni. Tak setitik pun turun. Apa yg perlu kita buat lagi?"
"Tuanku, ada sorang lagi yang kita tak panggil"
"Siapa?"
"Bahlol!"
"Bahlol? Perintah dia buat solat minta hujan!"

Bahlol pun pergilah ke masjid. Masa tu ramai dah yang ikut berkumpul. Nak solat minta hujan kan. Tak best la kalau sembahyang sorang2 ni. Tiba-tiba, Bahlol naik atas mimbar, ditunjukkan jarinya ke langit dan dia minta...

"Ya Allah, turunkan lah hujan".

Tak ada solat apa pun. Hujan tiba² turun dengan lebat. Cepat sungguh Allah jawab permintaan wali-Nya.

Kisah 2:


Satu kisah yang menarik ialah, ketika Harun Ar-Rashid jalan² dgn isterinya Zubaidah, mereka ternampak Bahlol tgh buat rumah dari tanah liat. Zubaidah ni pun tanya,

“Buat apa tu Bahlol?”

“Buat rumah! Rumah ni untuk syurga!”
“Nak beli boleh?”
“Baiklah.. saya jual dgn 10 dinar”.


Zubaidah pun memberi 10 dinar kpd Bahlol. Lantas Bahlol terus buang duit itu ke dalam sungai.

“Haa.. balik lah, kau dah ada rumah dah kat syurga Zubaidah”.

Gelak-gelak Harun masa tu.. dia berkata kpd isterinya.

“Sayang dah kena main dah ngan Bahlol tu”.

Malam tu, Harun Ar Rashid mimpi, dia mimpi masuk syurga. Di hadapan dia masa tu ada sebuah istana, yang tertera nama Zubaidah. Harun pun cuba masuk, tapi dihalang oleh malaikat.

“Eh apsal halang2 ni? Ni rumah isteri ku!”

Malaikat menjawab “engkau hanya boleh masuk rumah isteri kau di dunia.. bukan di syurga!”

Harun Ar Rashid terjaga dr tidur dgn berpeluh2. Dikejutkannya isterinya dan pagi itu juga, mereka mencari Bahlol. Jumpa la Bahlol tepi sungai, tengah buat rumah tanah liat.

“Bahlol, aku datang nak beli rumah ni”

“Boleh!” jawab Bahlol
“Berapa harga?” tanya Harun Ar Rashid
“10,000 dinar!”
“Kenapa harganya naik sehingga 10,000?”
“Kerana semalam isteri kau ‘membeli tanpa melihat'!"


Apakah maksud tersirat Bahlol bila dia kata Zubaidah ‘membeli tanpa melihat’ sampaikan Zubaidah dapat harga murah?

>>>Tersirat betul maknanye...aku pun tak faham...

Blogger Templates

14 comments:

ardinihumaira said...

agaknya maksud tu isteri harun beli tanpa tahu keindahan rumah syurga tu ;) harun esoknya nak beli lepas tengok dalam mimpi ;)

Myra Jay said...

Hmm nmpknya Bahlol nie punya keistimewaan yg kita tak ketahui..

amal said...

sokong ardinihumaira. itulah maksudnye :)

hebat betul bahlol ni...

rizwan's sweetheart said...

aduhhh... fda pon tak faham gak! tp mungkin kata ardinihumira tu leh pakai... macam logik je tafsiran dia...

jemput singgah blo fda yea... ada entry ayat pengasih menunggu komen kamu

antudegil said...

wah! murahnya nak masok syurga. 10K of dirham dah boleh masok syurga? peh... tapi tu semua hanya sekadar perbandingan cerita org yang tinggi darjatnya.

wahida said...

la...x tau plak yg bahlol ni salah seorang ulamak...

d_LA said...

baru taw psl ni..mmg tersirat tol..huhu..mungkin sbb tugas sang suami utk membeli rumah sbb mula2 harun hanya gelak je tapi nak masuk jugak rumah tu..pepun thanx sbb share cite ni..

Zura said...

a'ahlah dini..br akak terpk cm tue...u r right..

Zura said...

tuelah dulu dok asik bahlolkan org je MJ...rupe2nye bahlol nie punye keistimewaan tersendiri...

Zura said...

yup wani..dini betul...

Zura said...

tuelah rizwan...mungkin dini punye tafsiran betul..

Zura said...

hanya bahasa kiasan je...

Zura said...

tuelah kak...dh th cite nie br th..

Zura said...

terpegun dengan cite nie kan dla...