Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Tuesday, June 8, 2010

Atasi Resdung

Assalamualaikum....

Tetiba plak blog aku nie tukar konsep kan...tapi info nie mmg berguna terutama untuk aku....

PETUA RESDUNG 1
Petua Resdung yang paling mudah dan berkesan ialah dengan mengamalkan menyedut air ke dalam hidung (seperti sebelum kita ber wuduk).Kemudian picit sebelah hidung dan hembuskan sekuat hati. Buatlah berulang-ulang kali sehingga selesai kedua-duanya. Air yang sebaiknya digunakan untuk kaedah ini air mineral yang dicampurkan sesudu garam bukit.

Respon Aku : Bapak aku selalu bising suruh buat cm tue tp aku je yg degil..

PETUA RESDUNG 2
Kurangkan pengambilan makanan laut seperti udang,sotong,kerang dan juga ketam.

Respon Aku : Nasib baik aku tak makan udang ngan ketam sgt tp sotong n kerang mmg feveret...kerang cicah sambal belacan...pergghhh...meleleh...

PETUA RESDUNG 3
Basuh muka dengan sabun antiseptik seperti PROTEX 2x sehari untuk membunuh semua bakteria dikawasan muka.

Respon Aku : Aku pakai sabun may atau lux...kna beli pas nie...

PETUA RESDUNG 4
Kurangkan pengambilan sambal belacan,budu ataupun cincalok.

Respon Aku : Alamak sambal belacan tue yg best tue...nak plak ade ikan terubuk bakar...

PETUA RESDUNG 5
Hindari persekitaran yang berhabuk dan juga pastikan rumah ataupun tempat kerja dalam keadaan yang bersih.

Respon Aku : Ini mmg aku try jauhkan iaitu persekitan berhabuk...tp aku suke mengemas...

PETUA RESDUNG 6
Kerapkan pengambilan buah oren ataupun pil vitamin c setiap hari bagi meningkatkan antibodi badan.

Respon Aku : Erm...

PETUA RESDUNG 7
Hindari mendapatkan rawatan resdung dengan benda-benda yang kotor seperti lipas tanah dan sebagainya.

Respon Aku : Eeeeeeee...tak penah umur aku buat rawatan cm tue...

PETUA RESDUNG 8
Istiqomah mengamalkan ayat-ayat syifa tiap-tiap lepas solat supaya anggota badan dipelihara Allah dari sebarang penyakit.

Respon Aku : Insyaallah....

PETUA RESDUNG 9
Jangan mengamalkan tabiat memicit jerawat dimuka kerana ia akan menyebarkan lagi banyak bakteria jerawat/resdung dikawasan muka.

Respon Aku : Ini tabiat plg aku suke....

PETUA RESDUNG 10
Mengamalkan pengambilan pil ataupun ubat tradisional resdung setiap hari dan anda juga tidak digalakkan bergantung pada ubatan moden kerana jangka panjang akan merosakkan buah pinggang.

Respon Aku : Erm...tradisional lagi bagus kesannye...



Free Signature Generator

4 comments:

chugie said...

huhuh.. info berguna ni!

Zura said...

amalkan...

Angin Selat Melaka said...

Assalamualaiku, Zura...
Daku di sini ingin hulurkan bantuan memberi jalan bagaimana para pesakit dapat mengubati resdung mereka:

Petua mengubati resdung

Sama2lah membantu mereka yg ingin pulih dari terus dibelenggu resdung. Harap dgn info ini, hari2 yg mendatang akan jd lebih bermakna. Thanks.

Zura said...

terima kasih angin selat melaka..