Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Friday, November 26, 2010

Nak Rompak...Rompak Aje Lah

Assalamualaikum....

Pepagi lagi mood aku geram dengan satu berita nie...geram yang amat sangat..kejam sungguh manusia ini...syaitan bertopengkan manusia....klau tanya aku dorang nie tak layak panggil manusia dah...eeeeeee...geramnyeeeeeee...

Laporan dari Metro Harian - 26.11.2010

KUALA LUMPUR: Demi menyelamatkan maruah anak perempuannya berusia 12 tahun, seorang ibu terpaksa mengharungi detik hitam apabila diperkosa di depan gadis sunti itu oleh seorang daripada dua penjenayah yang memecah masuk rumah mereka di Kampung Melayu Subang, dekat sini.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 pagi kelmarin, ibu muda itu yang diikat tangan sebelum itu diberi pilihan oleh penjenayah terbabit untuk menentukan siapa yang akan dirogol sama ada dia atau anak gadisnya.

Dalam keadaan terdesak, ibu berusia 34 tahun itu tiada pilihan melainkan membiarkan dirinya dirogol seorang daripada dua penyamun berusia lewat 20-an terbabit.Menurut sumber polis, lebih menyayat hati ketika seorang daripada lelaki terbabit merogol mangsa, seorang lagi rakannya merakam perbuatan terkutuk itu menggunakan telefon bimbit.

“Sebelum itu, dua suspek terbabit yang memakai topeng memecah masuk rumah mangsa yang ketika itu tidur bersama anaknya dalam bilik utama manakala suaminya tiada di rumah kerana bekerja syif malam"

“Dua penjenayah terbabit mengikat dua beranak itu dan mengarahkan mereka mendiamkan diri sekiranya tidak mahu dicederakan,” katanya.Sumber itu berkata, suspek menggeledah rumah berkenaan sebelum mengambil wang tunai dan barang kemas yang nilai keseluruhannya dianggarkan RM2,000"

“Sebaik selesai menggeledah rumah mangsa, seorang daripada suspek seolah-olah tidak puas hati dengan hasil rompakan mereka dan memberitahu mahu merogol seorang daripada dua beranak itu."

“Selepas rayuannya tidak diendahkan dan tidak mahu anaknya menjadi mangsa penjenayah itu, si ibu terpaksa merelakan dirinya dirogol seorang daripada suspek dan ketika dia dirogol seorang lagi suspek merakamnya menggunakan telefon bimbit,” katanya.

Menurutnya, kedua-dua penjenayah melarikan diri dan mangsa membuat laporan di Balai Polis Kampung Baru Subang.Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Arjunaidi Mohamed ketika dihubungi, mengesahkan menerima laporan kejadian itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 395 serta Seksyen 376 Kanun Keseksaan.


>>>Nak rompak, rompak je lah...macam mana klau mak ke anak² korang kena macam tue....tempat kejadian nie kira dekat jugaklah dengan opis aku...


Free Signature Generator

16 comments:

chugie said...

eee.. setan betul lah kan?

bidadarihijau said...

eee jahatnye...

Joy said...

mmg jahat la..cian kt mangsa..

ardinihumaira said...

ni wat dni rasa nak mencarut nih wehhh argh geram tahap gaban tadi baca newspaper tentang kejahatan makhluk2 tu aniaya orang. sakit ati tahap max baca berita tuh. sengal! dah rompak rogol lak. dasat... nafsu syaitan. bianatang pun tak cemtu. biar kena panah petir je mereka!!!

atty's said...

ya allah..apa nak jadik le..betui ckp zura..kalo nak rompak , rompak je , x yah lah nak rogol ke apa ..

terharu dgn si mak ..
demi menyelamatkan anak gadisnya dia sanggup berkorban..

Zura said...

mmg setan zie..klau manusia xbuat cm tue de..

Zura said...

mmg jahat tahap max..

Zura said...

itulah..mcm manalah si emak ngan anak menghadapi situasi cm tue kan..

Zura said...

betul dini...biar kena panah petir..ya allah depan anak plak tue..cm ne lah rasenye...

Zura said...

itulah fesyen org merompak skrg nie kty..pakej..

Lovely Bella said...

binatang kah itu?

|| NaFiRaa || said...

Ya Allah!! kejam nye manusia sekarang nih!! binatang pon x kejam cam tuh!!

Zura said...

binatanglah tue bella..

Zura said...

tuelah..ape punye manusialah cm tue...

Zamz said...

betullah dah la jahat..perangai ngalahkan binatang..tak selamat la diorang ni dunia akhirat disumpah sume org

Zura said...

tuelah zamz...elok dpt je bunuh terus...