Pilihlah Aku Jadi Temanmu

Tuesday, November 9, 2010

Tip Penjagaan Tayar Kereta

Assalamualaikum....

Berikut beberapa panduan apabila anda mahu menukar tayar kereta.

PERTAMA
Pilih saiz yang sesuai dengan keupayaan kereta kita. Sebagai contoh, jika Proton Wira 1.3 dan hendak menggunakan sport rim, cukuplah setakat saiz rim 14 inci kerana jika menggunakan saiz 15 inci, kekuatan pecutan kereta akan menurun, speedometer tidak merekodkan bacaan tepat, semua peralatan penyerap hentak akan lebih pendek jangka hayat.

KEDUA
Selepas mendapat saiz sesuai, perhatikan di bahagian tepi tayar. Terdapat satu rangkaian nombor yang dicetak tenggelam ke permukaan tepi tayar. Sebenarnya rangkaian nombor ini memberikan kita maklumat mengenai tarikh tayar dikilangkan (minggu dan tahun). Maklumat ini kita boleh gunakan untuk tujuan keselamatan. Mengikut piawaian tayar antarabangsa, ia hanya boleh bertahan selama 2 tahun selepas dikilangkan.

KETIGA
Mengenai saiz, cuba perhatikan rangkaian nombor dan huruf yang tercetak timbul di permukaan tepi tayar. Sebagai contoh 205/50 VR 16 bermaksud tayar itu mempunyai
kelebaran 205 mm, ketebalan (dari rim ke permukana jalan) adalah 50 peratus daripada kelebaran 205 mm dan untuk kegunaan rim bersaiz 16 inci. Huruf VR bermaksud, tayar itu sesuai untuk kelajuan sehingga 240 km/j tanpa menjejaskan kekuatan dan ketahanan tayar.

KEEMPAT
Kebanyakan kita lebih suka memilih tayar import. Bagaimanapun, kebanyakan tayar berkenaan dibuat berdasarkan iklim dan apabila digunakan di Malaysia yang panas terik, jangka hayatnya lebih pendek.

KELIMA
Tayar sepatutnya ditukar kedudukannya setiap tiga bulan. Caranya, tayar depan kiri ditukarkan ke kanan belakang dan tayar depan kanan ditukarkan ke kiri belakang.

KEENAM
Sekiranya kadar kehausan bunga di bahagian tepi kiri dan kanan lebih cepat berbanding di tengah, ini bermaksud selama tekanan angin tayar kurang.

>>>Erm..tayar kete aku pun dh nk kena tukar..


Free Signature Generator

12 comments:

LyNn HaMzAh said...

hehehehe...good info...tayar kereta kitorang mr. hubby lynn jer yang handle...

ardinihumaira said...

tayar kete dni? alamak.. kena intai skang ;p

AngahSayang2314 said...

bagusss info yg bernas la zura tapi angah serahkan jer pada my hubby hehehee

Unknown said...

good2!! i like info camni..

Unknown said...

maklumat yg baik..TQ3..

[sutera kasih] said...

tq share info pasal tayar ni..baru jekk tukar tayar huhu..

Zura Tahir said...

ada hubby xpe lynn...sume dia tgk...kite dok pakai je..

Zura Tahir said...

hah g nengok..kang xpsl2 kena tukar tgh jalan plak kang..

Zura Tahir said...

senang kan angah dh ade husband nie..hehe..mcm zura serah pada abah zura...hehehe..tp kena juga tgk2 selalu..

Zura Tahir said...

u like zie...i lg like like like..

Zura Tahir said...

tq jgak LB

Zura Tahir said...

waahh...mesti best naik kete gune tayar baru...